Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 15 Januari 2013

Berikan Kujawapan 39


Alisa menerjah masuk ke dewan sekolah. Hatinya panas! Dia tidak mengerti kenapa Neal membencinya. Apa salahnya? Apa silapnya?

“ Neal!” panggil Alisa. 

Suaranya bergema di dewan yang kosong ini. Sudah lewat 6 petang, jadi kebanyakan pelajar sudah kembali berehat di asrama masing-masing. Kecuali Neal. Tak salah, dia ternampak Neal senyap-senyap masuk ke sini.

“ Ya?” di sebalik piano yang terletak di tepi pentas dewan, Alisa lihat Neal memanjangkan lehernya, meninjau padanya. Kemeja sekolah yang dipakainya tidak dikancing, menampakkan baju singlet warna hitam, dadanya yang bidang, serta kulitnya yang putih.  Alisa terasa malu memandangnya.

“ Kenapa? “ tanya Neal, tidak memahami kenapa namanya dilaung dengan marah sebegitu sekali.  Matanya kelihatan jernih dan lembut saat mereka berbalas pandangan. Serta merta, Alisa rasa serba salah dan ragu-ragu . Tak mungkin Neal yang begitu baik ini, mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati, inikan pula membencinya tanpa sebab. Entah-entah, Kenny cuma menipunya, mengusiknya. Kenny ni memang loyar buruk sikit, tapi takkan benda macam ni boleh dimain-main lak? Lagipun, Kenny betul-betul serius tadi.

“ Err...” Alisa tidak tahu hendak mulakan dengan apa. Otaknya tiba-tiba rasa seperti tak berfungsi.  Satu ayat pun dia tidak tahu untuk ucapkan.

“ Betul kah awak bencikan saya?”  akhirnya Alisa meluahkan soalan yang terpendam.
“Ya.”

Hati Alisa terasa tersentap. Sakit hatinya bila Neal menjawab dengan selamba sahaja tanpa sedikitpun rasa keraguan. Satu saat pun Neal tidak teragak-agak . Neal memang tidak berhati perut! Tak berperasaan!  Tetapi dia masih lagi sukakan Neal.

“Kenapa? Sebab apa?!”
“ Sebabnya?  awak tidak perlu tahu. ” jawab Neal secara tenang.

Neal bangun dari duduknya,  meninggalkan tempatnya dan berjalan ke pintu keluar dewan. Alisa tahu Neal tidak mahu meneruskan perbualan antara mereka. Cepat-cepat Alisa berlari ke pintu dewan. Tangan didepanya menghalang Neal.

” Jika awak tidak mahu memberitahu sebabnya, saya percaya ia bukannya ‘sebab’ yang kuat untuk awak membenci saya. Ia cuma alasan kan?” tegas Alisa. 

Matanya merenung tajam pada Neal. Tiada langsung keraguan dalam kata-katanya mahupun tindakannya. Cuma keberanian.

Neal tersenyum kecil.  “ Awak memang betul-betul sukakan saya kan?”

Wajah Alisa terus naik merah padam.  Dia langsung tidak sangka yang soalan itu tiba-tiba muncul di situasi ini, lebih-lebih lagi bila Neal menanyakan soalan itu secara bersahaja di sebalik senyumannya yang manis. Cool nya! –bisik hati Alisa yang berbunga-bunga. Dia menutup kedua-dua pipinya yang terasa hangat sambil mengangguk-anggukan kepalanya. Rasa malu menyebabkan dia menunduk tidak berani memandang Neal.
“ Ya!”
" Jadi, jika saya beritahu yang nama awak mengingatkan saya pada seseorang,  adakah awak akan sukakan saya lagi? "
“ Siapa 'seseorang' itu?  ” 
“ My addiction. ”


next

previous


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'