Alisa membasahkan wajahnya dengan air , kemudian merenung
dirinya di depan cermin. Dia benci
melihat dirinya dan wajahnya yang serius ketika ini, terutama bila teringatkan memori itu.
Dia keluar dari bilik airnya, menuju ke arah dua orang jururawat , doktor dan
ayahnya yang menanti dari tadi.
“ Alisa, Alisa baru jer sihat. Kena rest banyak-banyak, don’t keep moving.”
Alisa kembali berbaring di katil. Doktor berbangsa singh itu terus mengambil suhu badannya. Setelah dia buat apa yang patut, dia dan jururawat itu keluar, membiarkan anak beranak ini bersendirian.
“ Daddy dah tahu kat mana Neal sekarang?”
“ Hmm...”
Dato Adzhar mengeluh, serba salah untuk memberitahu
Alisa. Lebih-lebih lagi Alisa baru jer sihat dari sakit yang teruk.
“ Daddy, please...” rayu Alisa.
“Emm... i know where he is.”
“ Really!? Mana daddy? Neal di mana?”
“ Tapi Alisa janji, selagi doktor belum pastikan yang Alisa
betul-betul sihat, Alisa tak boleh fikir nak pergi jumpa Neal ok?
“ Ok, i promise.”
Akur Alisa walaupun dia sudah tidak sabar
untuk berjumpa Neal. Dia sangat rindukan Neal.
Dato Adzhar mencium dahi anak tunggal kesayangannya ini.
“ I love you.. I will do anything for you..” bisik Dato adzhar.
“ I love you too.” kata Alisa sebelum Dato’ Adzhar keluar
dari biliknya.
Bersendirian, sekali lagi Alisa teringatkan Neal. Addiction? Alisa mengetap bibirnya, rasa tidak senang.
Waktu dulu, dia tidak faham maksud Neal. Tapi kini dia
mengerti. Dia tahu perkataan addiction adalah sesuatu yang tidak baik. Sama
seperti addiction to drugs..Ia bermaksud sesuatu yang membuatkan seseorang itu
perlukan walaupun benda itu memudaratkan dirinya. Dan cara Neal mengelarkan seseorang itu sebagai ‘addiction’ dan bukannya sebagai ‘special’ membuatkan
Alisa rasa sesuatu yang tidak kena dengan
‘seseorang’ itu. Siapa dia yang memudaratkan dan diperlukan Neal?
Siapa ‘addiction’
itu? Neal tidak pernah sebut lagi sejak hari itu. Perbualan mereka di dewan itu juga tidak
diungkit lagi. Lama kelamaan Alisa juga turut terlupa. Mungkin dibayangi dengan kasih sayang dan
percintaan yang indah-indah dengan Neal, Alisa jadi leka.. dan lupa dengan
janjinya pada dirinya dan Neal hari itu, di dewan itu. Hari yang menjadi detik permulaan hubungannya dengan Neal hingga kini.
" Jadi, jika saya beritahu yang nama awak mengingatkan saya pada seseorang, adakah awak akan sukakan saya lagi? "
" Siapa 'seseorang' itu?"
" My addiction."
“ Ya!! Saya tetap sukakan awak! ”
Neal mengusap lembut kepala Alisa yang hanya setinggi paras bahunya. ,kemudian sekali lagi tanpa perasaan dia ingin melangkah keluar dari pintu yang kini tidak lagi
terhalang. Meninggalkan Alisa, menolak cinta Alisa. Sekali lagi, perbualan mereka tamat setakat ini;tetapi Alisya tidak mahu melepaskan Neal. Dia sudah hampir mengenali Neal, mendekati Neal, memilikinya.
“ I will stop your
addiction, i promise!.” Janji Alisa.
Langkah Neal mati.
Langkah Neal mati.