“ Mia, aku terserempak dia kelmarin, bersama seorang
perempuan.”
“ Mungkin kawan dia itu…”
“Mereka begitu mesra, bercanda seperti pasangan kekasih”
“Mungkin dah lama tak berjumpa, jadi mereka kelihatan lebih mesra”
“Dan dia tidak memakai
cincin kamu berdua.. “
“ Mungkin dia terlupa..”
~ Bayangan lelaki itu menanggalkan cincinnya dan menyembunyikan di
dalam koceknya mengetuk ingatan Razi~
Razi diam, memerhatikan Mia yang memasukkan gula-gula ke dalam
bekas kecil sebagai gift door untuk majlis perkahwinannya.
“ Mia…”
“ Dahlah tu Razi! Enough okey!Aku betul-betul sibuk sekarang. Banyak
benda yang aku nak fikirkan!!..”
Mia merenung Razi. Wajahnya merah padam menahan geram.
Tergamam.,Razi hanya mampu memandangnya renungan itu . tidak mengerti. kenapa mesti Mia marah padanya?..
“ Dia bukan jenis orang
macam tu!”
Tegas Mia.Matanya bergenang dalam jernih-jernih air mata yang hampir mengalir. Razi tidak
sanggup meneruskan lagi. Dia tidak
sanggup melihat air mata itu berjujuran. Dia tahu betapa cintanya Mia pada
lelaki itu. Betapa percayanya Mia pada lelaki pengarang jantung itu.
Kepercayaan dan cinta Mia begitu sempurna, sama seperti hatiny Mia yang suci dan
tulis. Hati yang bukan miliknya, bukan untuk dijaganya.
Razi mengetap geram. Sakitnya perasaannya setiap kali melihat tangisan Mia. Sebab itu
dia tidak mampu berkata-kata lagi. Walaupun ini bermaksud dia terpaksa
akur dengan kehendak Mia, dengan kepercayaan Mia pada lelaki itu.
“ Maafkan aku… Mungkin aku tersilap pandang.”
Bohong Razi- walaupun bayangan lelaki dan perempuan itu sangat jelas di
fikirannya.
Mia menarik nafas lega. Satu Message tiba-tiba masuk. Message dari lelaki itu.
“ Hi baby…I miss you so
much… ”
Razi beredar. Hatinya
sakit. Dia tak mungkin tersilap pandang. Kerana ini bukannya kali pertama ia
terjadi.