*They say love is blind, oh
baby you so blind…”
Meronta-ronta jeritan di hati Razi, terbuka
terperangkap. Dia tak mampu mengucapkannya. Kerana apa jua yang diluahkannya
hanya mengundang kebencian Mia padanya.
Dia tidak mahu itu! Cukuplah dia tidak dapat
memiliki Mia, dia tidak mahu kehilangan Mia. Dia sangggup sekadar menjadi kawan
karib pada Mia. Tapi perasaannya pada Mia semakin mendalam.
“ We are engaged!! See!” Mia mehalakan tangannya
yang bertakhtakan cincin berlian itu pada Citra, Ryan dan Malissa di pertemuan
mereka. Terbeliak dan terkezut di riak muka masing-masing.
Razi lihat Mia senyum melebar bila membuat
announcement itu. Senyuman yang dapat dilihatnya bila mana dia berada di sisi Mia. Dia jatuh hati pada
senyuman dan keceriaan yang bukan miliknya. Hatinya rasa sakit.
“ Congrats!!” jawab Citra. Ryan dan Malissa juga
menurut apa yang Citra lakukan.
“ Thanks dear! I found my mr right at last!” Mia
merangkul erat dia yang tersipu-sipu malu dipuji di hadapan mereka yang lain.
Citra, Ryan dan Malissa, mereka tersenyum
melihat gelagat pasangan itu, namun di mata masing-masing tersembunyi kemelut
tidak selesa. Mereka kerap kali mencuri pandang pada Razi. Mata itu meminta
penjelasan. Masing-masing menyembunyikan kebencian dalam senyuman.
Razi meneguk air yang terasa begitu kelat di dalam tekaknya. Razi tahu mereka juga tahu tentang
dia. Itu lebih membuatkan Razi terasa
begitu perit.
XOXOXO
Razi mengesat air mata Mia yang sedang
merebahkan kepalanya di peha Razi. Kepala Mia dibelai lembut, seperti mendodoi
kan anak kecil yang sedang menangis. Sekali lagi lelaki pengarang jiwa itu membuatkan
Mia menangis, menyakitkan hatinya.
Razi masih ingat betapa jeliknya kawan-kawan
yang lain bila Mia memperkenalkan lelaki itu pada mereka. Masing-masing
menyembunyikan kebencian dalam senyuman.