Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 7 Januari 2013

Lelaki itu




Prologue.

Bahu mereka berlaga.

“ Sorry, sorry.. ..” kata lelaki itu sambil mengangkat tangannya dan menunduk-nunduk kepalanya tanda maaf. Mengakui kesilapannya yang leka tidak memerhatikan sekeliling sehingga terlanggar dia.

Tanpa memandangnya, lelaki bergaya itu beredar,  terus berjalan ke arah seorang perempuan cantik yang sedang melambai-lambai memanggilnya. Mereka berpelukan mesra sebelum beredar bersama masuk ke hotel Hilton Kuala Lumpur.


***

Razi memutarkan cincin halus bertaktakan berlian di atas meja. Setiap putaran itu mengembalikan ingatannya pada lelaki dan perempuan yang ditemuinya seminggu lepas. Kemesraan mereka menganggu fikirannya.
“ How am I look?”
Seorang perempuan yang sangat jelita mendekatinya. Kulitnya yang putih mulus itu boleh membuatkan mana-mana mata lelaki mendambainya. Bibir merah itu, mata galak, rambut ikal itu.. dan tubuh yang berukuran 36-24-36 itu, melengkapkan segalanya. 

“ So camne? Cantik tak?” ulang Mia sambil berpusing-pusing, mengayakan dirinya dalam gaun pengantin lace warna putih susu. Razi memandang dalam kekaguman. Matanya terkunci menikmati kecantikan Mia. Bibirnya menguntum senyum. Rasa bangga mengembang di hatinya. Mia.. dia sangat cantik, sangat innocent.

“ Razi.. cantik tak? “ Mia masih menanti jawapan dari Razi dan tidak akan putus asa selagi Razi tidak mengucapkan kata-kata yang ingin didengarnya. Razi tahu itu, lalu dia mendekati Mia dan menyarungkan cincin yang dipegangnya pada jari manis Mia dengan penuh kasih.
“ You look so dazzling..” puji Razi ikhlas dari hatinya. Pujian yang selalu diucapnya di hati setiap kali bertemu Mia. Tak kira di waktu pagi tika Mia baru bangun tidur, wajah comot dan serabai itu comel dan cantik. Atau ketika Mia sakit, Mia masih kelihatan cantik. Setiap saat, setiap nafas. Di matanya Mia begitu indah, begitu sempurna.

“ Thanks! You are the best!  Jawab Mia gembira. Dia berdiri mengadap cermin besar dan sekali lagi mengayakan dirinya di depan cermin. Kegembiraan terpacar di matanya. Razi turut rasa gembira. Gembira melihat Mia gembira begini. 

Rasa gembira itu kekal hinggalah Mia mendekati seorang lelaki yang sedang leka membaca majalah, yang  duduk sendirian di penjuru. Mia mencium pipinya dan lelaki yang pada mulanya  terkejut itu akhirnya membalas ciuman Mia. Jemarinya yang tersarung cincin yang mempunyai design sama dengan milik Mia, membelai rambut Mia penuh dengan rasa cinta.

Razi beredar dan fikirannya kembali kabut dengan bayangan lelaki dan perempuan tempoh hari.  




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'