Neal merenung langit yang diterangi bulan dari beranda rumahnya yang berbumbung atap zink lama. Sambil-sambil itu dia mengingati perbualannya dengan Alisya di kedai kopi siang tadi. Dan serta merta, memori silamnya kembali berputaran seperti baru sahaja semalam ianya berlaku. Menemani Alisya dan membantu Alisya mencari memorinya, membuatkan dia sendiri kembali mengingati semuanya, setiap butir bicara dan kisah mereka.
**
" Hachooo!!
"
" Bersin je kamu ni dari tadi.. " rungut seorang wanita di awal usia 30-an. Neal tidak menjawab, sebaliknya lincah mengambil lauk ikan goreng ke nasinya.
Kemudian bergerak hendak kembali ke biliknya.
" Neal! Nak pegi mane tu?!Makan di meja makanlah. "
" Neal nak ulang kaji lah mak! Periksa nak dekat ..
Achoo! Achoo!"
" Kamu bersin teruk ni, tak sihat ke?
Wanita itu mendekati anaknya yang baru sahaja sebulan lepas menyambut harijadinya yang ke-12. Dah kira besar dah anaknya ini, tahun depan sudah pun masuk tingkatan 1. Namun naluri ibunya sentiasa merasakan anaknya masih kecil lagi. Kerana itu, dia risau dan sangat prihatin terhadap Neal, walaupun hal-hal sekecil kuman pun. Dia meletakkan tangannya ke dahi Neal, cuba menjangka suhu
badan anak tunggalnya ini.
" Achoo!... takde pape la mak..hidung gatal
jer. Achoo!"
" Kamu ada simpan kucing ke?"
" Tak ahh!! Mana ada.. "
" Kamu jangan macam-macam Neal. Kamu tu alergik teruk
dengan bulu kucing tau!.."
" Takkk… Achoo.." dalih Neal
Neal terus masuk ke biliknya sambil diperhatikan ibunya. Sebaik sahaja masuk, laju-laju dia mengunci pintu lalu mengeluarkan NEyAL yang diletakkan di dalam kotak kasut bata terbuka dari bawah katilnya.
Neal memberikan ikan goreng yang telah digaul bersama nasi untuknya. Sambil memerhatikan NEyAL makan, dia mengusap-usap bulu NEyAL.
Miow! Miow!
Neal memberikan ikan goreng yang telah digaul bersama nasi untuknya. Sambil memerhatikan NEyAL makan, dia mengusap-usap bulu NEyAL.
" Achoo! Haichuu!! "
Dari hari pertama mereka terjumpa NEyAL dalam longkang semasa dalam perjalanan ke sekolah, Neal tahu yang Alisya sudah jatuh hati dengan anak kucing yang comel ini. Jadi, bila Alisya hendak menjaga Neyal secara sembunyi, Neal ikutkan sahaja. Hari-hari dapat melihat senyuman Alisya, hari-hari dapat temankan Alisya bermain dengan Neyal, Neal jadi tidak kisah, hingga lupa akan alergiknya.
Tetapi bila petang tadi melihat wajah muram Alisya , hatinya rasa serba tak kena. Jadi, tanpa fikir panjang dia mengofferkan dirinya untuk membawa pulang dan menjaga Neyal ke rumah. Dia tak suka melihat kesedihan di wajah Alisya!.Jadi, dia cuma dapat buatkan begini, demi Alisya. Walaupun..
" Hachoo!!…"
**
Titisan air terasa menitis di pipinya. Hujan ke? Neal
membuka matanya, dan terkejut melihat Alisya sedang menangis di sisi nya . Dia
memerhatikan sekeliling dan sedar yang dia berada di hospital.
" Alisya?"
" Neal.. huhuhu.. Neal…" esakan Alisya semakin kuat.
" Kenapa?"
" Awak sakit sebab alergik dengan NEyAL. Apsal awak tak
beritahu yang awak alergik ngan kucing?!" marah Alisya dalam tangisan yang
masih tidak berhenti.
" Sebab saya tak tahu."
" Tipu!"
" Sebab saya tak tahu."
" Tipu!"
Neal sengih. Kelakar pula melihat Alisya marah-marah begini.
" Sebab saya tak nak awak menangis. "
"Saya akan buat apa saja untuk buatkan awak tidak mengalirkan air mata.." jelas Neal.
"Saya akan buat apa saja untuk buatkan awak tidak mengalirkan air mata.." jelas Neal.
Wajah budak berusia 12 tahun yang sedang berlagak cool itu, di renungi Alisya. Serta merta air matanya mengalir deras macam banjir. Sampai meleleh-leleh hingusnya. Berkerut-kerut muka Neal melihat keadaan itu.
" Eee...Awak ni selalu macam ni lemah sangat." Dikesatnya air mata Alisya.
" Tangisan awak tu buat saya tak selesa!, jadi dah jangan menangis lagi.."
Alisya mengangguk. Dia mengesat hingus dan air matanya, patuh dengan permintaan Neal dan cuba menahan diri dari terus menangis. Neal senyum.
Khayalan Neal berakhir. Di luar, malam rupanya sudah semakin menganjak jauh. Angin malam yang sejuk bertiupan sebagai petanda embun-embun pagi yang akan hadir. Neal masuk ke dalam rumah.
Di kedai kopi itu,dia ceritakan memori ini pada Alisya, tapi cuma sehingga takat itu.
Sengaja dia tidak ceritakan penamat memori itu.
Biarkan dia seorang sahaja yang mengingatinya
Di kedai kopi itu,dia ceritakan memori ini pada Alisya, tapi cuma sehingga takat itu.
Sengaja dia tidak ceritakan penamat memori itu.
Biarkan dia seorang sahaja yang mengingatinya
***
Neal senyum. Melihat Alisya yang comel itu sedang tersedu-sedan, cuba menahan tangis, hatinya tersentuh, Dia mengosok lembut kepala Alisya memujuknya.
" Tahu tak saya sukakan awak sangat-sangat "
" Saya lagi sangat-sangat suka kat awak"
Mereka ketawa