Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 4 Februari 2013

Cermin Kecil - Hujan dan Malas

Aku sukakan hujan. Terutama hujan di kala malam. Dingin dan sejuk dibuatnya. Kucing aku yang semakin kurang montel selalu tidur meringkuk memeluk kakinya di hujung katil. Comelnya dia macam bayi berusia dua bulan . Dan aku suka menguis dia dengan hujung jari kaki. Sedikitpun dia tidak berganjak. Lena seperti bayi berusia dua bulan.

Bulu roma aku semakin meremang kesejukan. Bunyi guruh di luar makin kuat, dan angin yang dingin bertiup masuk ke dalam bilik. Aku rasa tubuh aku mengigil kesejukan, tetapi aku tidak mahu menggunakan selimut yang berada di sisi. Aku sengaja letakkan kakiku di atas badan kucingku yang berbulu gebu itu. Dia tidak memberi apa-apa tindak balas. Kesempatan ini aku guna untuk memanaskan tubuhku dengan haba badannya. Rasa sejuk berkurangan.

Bunyi hujan di luar semakin berirama lagu-lagu dodoian. Aku ngantuk, dan semasa mataku makin berat , percikan air hujan mengejutkanku. Aku pandang tingkap bilik yang tidak tutup dan sekali lagi percikan dan tempias hujan di luar, mengenai muka. Aku mengiring, membelakangi tingkap dan meneruskan tidur yang baru hendak bermula.

 Di luar, hujan turun dengan lebat.


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'