Neal
keluar dari bilik air. Di setiap susuk tubuh Neal yang berusia 10 tahun itu,
ada banyak kesan bakar dan lebam yang lama. Dia membelek bibirnya yang pecah
dan mulai kebiruan di cermin. Kepalanya
masih terasa perit kerana ada luka di kepala yang masih belum kering.“ Aahh..” keluh Neal perlahan bila menyentuh pinggangnya yang sakit, bekas dibelasah Boy
dan gengnya semalam.
Selepas mengeringkan badannya, dia menyarung
baju tshirt biru pekat yang tertulis Chelsea, kemudian keluar dari rumah. Arah langkahnya cuma satu- ke rumah Alisya, tapi bukan berjumpa Alisya sebaliknya Arsya- Rutin
hariannya.
“ Aku akan berhenti pukul Alisya,
tapi dengan syarat, kau kena ‘main’ dengan aku. ”
Sejak syarat Arsya dipenuhinya,seperti janjinya, Arsya tidak pernah lagi menyentuh
Alisya. Arsya dan Neal bebas bermain dan bertemu sesuka hati. Petang mereka akan pusing-pusing kampung dengan basikalnya dan di waktu pagi, Alisya pula mengajarnya
bermain piano. Kehidupan mereka seperti kanak-kanak lain. Namun tiada sesiapapun yang sedar yang Neal mengorbankan
dirinya demi Alisya. Ini rahsianya. Malah Alisya pun tidak mengetahui perkara ini.
“ Kau lewat...”
Tegur Arsya sebaik sahaja Neal masuk ke bilik piano. Bilik piano dikunci dari dalam dan Arsya mendekati Neal. Dia menyentuh bibir Neal yang bengkak dengan penuh kerisauan. Serta merta tangannya Neal tepis secara kasar.
Arsya senyum. Neal masih bencikannya, walaupun sudah setahun mereka bertemu seperti ini.
Arsya senyum. Neal masih bencikannya, walaupun sudah setahun mereka bertemu seperti ini.
“
Aku takkan tinggalkan dia! Aku takkan.. aku takkan.... !! Hah...hahahahha...”
Arsya melakonkan kembali dialog antara Neal dan
Boy semalam. Neal merenung Arsya. Rupanya Arsya yang arahkan mereka buat
begitu. Dia dah agak, Arsya dalang semuanya.
“
Kenapa kau taknak tinggalkan dia?! Bagus sangat kah Alisya tu?!”
Rambut Neal direntap sekuat hati dan dengan marah dia menolak Neal sehingga tersungkur mencium lantai. Luka di kepalanya yang belum sembuh kembali berdarah.
“
Alisya.. Alisya.. Alisya.. Alisya..!!.”
ulang-ulang Arsya, sambil
memijak-mijak badan Neal yang sedang meringkuk di lantai. Neal cuma memejamkan
matanya Dia tidak melawan , cuma membatukan dirinya. Inilah permainan Arsya, Neal dah lali dengan kesakitan ini. Cuma hari
ini, dia dapat rasakan Alisya lebih agresif dari
kebiasaannya, atau mungkinkah disebab luka dibelasah semalam yang masih belum sembuh; dia rasa tidak tahan bila dikasari begini. Neal terbatuk dan tidak sengaja mengejutkan Arsya.
“Sakitkah?
Maaf, Arsya tak sengaja.” kata Arsya dengan nada bersalah. Bagaikan
tersentak dari kegilaanya, Arsya memeluk Neal. Dia menangis teresak-esak manakala Neal hanya mendiamkan diri. Dia sudah biasa dengan drama ini.
Arsya mengesat air matanya kemudian
bergerak ke arah empat anak patung yang
disusunnya di sekeliling meja kecil. Dua
adalah anak patung beruang yang dalam keadaan tidak sempurna dan mengerikan, manakala
dua lagi adalah anak patung berupa kanak-kanak perempuan yang tidak berkepala. Teko dan cawan kecil juga terdapat di meja kecil itu. Arsya
berpura-pura menuangkan air pada cawan kecil, seolah-olah bermain 'jamuan teh' kanak-kanak. Dari jauh, Arsya tampak biasa, suci sama seperti Alisya.
kata Arsya sendirian. Dia mengambil gunting kain
yang berada di atas meja. Bilah gunting sengaja Arsya buka dan tutup, menunjuk-nunjuk pada Neal. Rasa gementar menguasai tubuh Neal, lalu Neal alihkan pandangannya, cuba mengawal ketakutannya itu.
“
Hari ini nak main apa ya?’
“
Kita main O tu som, sapa kalah kena soal
dengan yang menang, kalau tak dapat jawab soalan kena denda? Mari!”
Arsya, dia menarik Neal menuju ke meja mainannya. Dipaksanya Neal duduk di salah satu bangku yang kosong.
“
O tu som!..”
Arsya
menang. Batunya membunuh burung Neal.
“
Neal rasa Arsya sama tak seperti Alisya?”
Neal
diam, dia tahu jawapan yang diberinya mungkin akan menyebabkan dirinya akan
di’denda’ Arsya, tapi...
“
Tak sama langsung!”
Arsya
merenungnya tajam. Renungan itu membenci jawapan Neal.
“
Betul! Lagi sekali.. O.. tu som!”
Batu Arsya masuk ke kolam Neal.
“
Kenapa kau nak aku tinggalkan Alisya?” Arsya senyum sinis.
“ Lagi sekali!.. o tu som!..”
Burung Arsya minum air di kolam Neal.
“ Jadi, kau akan tinggalkan Alisya atau tidak? ”
“
Takkan!! Kenapa kau nak pisahkan aku ngan Alisya?“
Marah Neal serentak berdiri
dan menghentak meja mainan mereka. Dia memandang Arsya marah, tidak sangka Arsya cuba
memisahkan dia dengan Alisya disebalik janjinya.
“
Jawapan Neal salah! ”
Arsya mencapai kayu besbol yang disembunyikannya di bawah meja
dan terus menghentak tubuh Neal, tepat di pinggangnya.
Krakk!!
Neal dapat dengar bunyi sesuatu yang retak sebaik sahaja kayu itu mengena
pinggangnya. Dia tersungkur ke kaki piano yang terdapat di tengah-tengah, sambil menahan sakit, mulutnya menyembur darah pekat. Neal cuba berdiri kembali namun kesakitan menguasai setiap gerakannya. Dia tidak mampu bergerak. Kesempatan ini Arsya gunakan dengan terus menerus memukul tubuhnya dengan kayu itu.
“
Bodoh! Bodoh! Bodoh!! “
jerit Arsya gembira seperti gila. Dia memijak kepala Neal, tidak peduli dengan darah yang mengalir dan keluar dari mulut dan kepala Neal. Tiba-tiba Arsya berhenti. Dan dalam kabur, Neal nampak Arsya sedang menarik keluar sesuatu dari bawah piano, sesuatu yang
dibungkus dengan selimut.
“
A..Alisya.....”
Sebut Neal sebaik sahaja selimut itu diselak. Tubuh Alisya kelihatan kaku dengan kedua belah tangannya diikat dengan wayar telefon.
Membiarkan Alisya, Arsya terus mengheret Neal kembali ke meja mainannya. Jeritan Neal berkumandang saat tubuh yang lemah itu digerakkan. Terasa seluruh tulang belulangnya hancur. Dia dapat mendengar dengan jelas bunyi tulang-tulangnya yang patah.
“Apa
yang kau dah buat dengan Alisya?”
Arsya menyandarkan Neal yang lemah dan dalam separuh nafas itu ke
kerusi. Neal terbatuk dan darahnya terpercik pada baju Arsya.
“ I just play with my little sister..”
“
Tipu!! Kau kata takkan cederakan Alisya lagi!” jeritan Neal itu cuma bergema di
hatinya. Dia sudah tidak berdaya mengerakkan bibirnya. Dia memerhatikan Arsya yang
sedang mengambil sesuatu dari beg sekolah.
“
I don’t want to play anymore.”
‘ I’m bored..”
‘ Arsya suka
Neal...”
“
Alisya.. Alisya.. Alisya.. Alisya..’
Sayup-sayup kedengaran Arsya mengomel
sendirian. Nafas Neal yang semakin payah membuatkan Neal hilang tumpuan. Dia dapat rasakan yang Arsya akan bunuh dia kali ini.. Kali ini bukan seperti
biasa, selalunya Arsya tak pernah mencederakan dia seteruk ini. Rasa takut menguasai dirinya. Neal tahu kali ini nyawanya betul-betul di hujung tanduk.
Tukul dan paku dikeluarkan dari beg. Arsya mendekati Alisya. Dikuisnya tubuh Alisya dengan ibu jari kaki kanannya. Neal perasan ada gerakan kecil dari tubuh Alisya, yang bermakna Alisya belum mati lagi.
Tukul dan paku dikeluarkan dari beg. Arsya mendekati Alisya. Dikuisnya tubuh Alisya dengan ibu jari kaki kanannya. Neal perasan ada gerakan kecil dari tubuh Alisya, yang bermakna Alisya belum mati lagi.
“
Kita main satu lagi game ..”
“
Kalau kau diam sepanjang game ini, aku akan lepaskan Alisya.”
Neal tidak mengerti, tapi dia tak mampu untuk
membangkang. Matanya memandang Alisya yang masih tidak sedarkan diri,
memerhatikan Arsya mengambil plastik sampah hitam lalu membungkus kepala
Alisya ketat-ketat.
“
Alisya!!”
jerit Neal , dan kali ini darahnya lebih banyak keluar, membasahi
lantai di kakinya.
Alisya terjaga. Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri, namun untuk setiap tenaga yang digunakan, semakin kurang udara di dalam plastik hitam itu. Akhirnya gerakannya menjadi lemah, yang tinggal cuma gerakan plastik hitam yang turun naik mengikut nafas Alisya yang semakin nipis. Tidak
mempedulikan Alisya, Arsya mendekati Neal. Perlahan-lahan dia meletakkan telapak tangan kiri
Neal di meja. Satu paku dihalakan di atasnya.
“ Satu!”
TAK!!!!
Paku itu diketuk dengan tukul , menembusi kulit Neal, terlekat di permukaan
meja Tangan Neal mengeletik seperti cicak yang putus ekornya. Darah merah memancut-mancut ke muka Arsya.
“ahhr....” jeritan itu Neal tahan sedaya upaya. Dia teringatkan kata-kata Arsya dan risikonya pada Alisya. Dia mengigit mulutnya sekuat boleh. Menahan dirinya, dan air matanya mengalir.
Arsya ketawa, darah yang terkena di bibirnya
di jilat gembira. Bebola hitam matanya galak merenung tompokan darah Neal yang semakin membesar dari
telapak tangan Neal. Sama seperti air yang sedang tumpah di meja. Cantik.
“ Dua!”
Satu
lagi paku menembusi tapak tangan Neal yang sudah terlekat itu.
Kali ini Neal rasa segala otot dan deria tubuhnya mati. Tangannya menjadi kebas dan sejuk. Jemarinya juga tidak dapat digerakkan. Rasa sakit yang ditahannya membuatkan urat-urat di kepalanya menonjol-nonjol. Bibirnya terasa kering. Tekaknya terasa begitu haus. Pandangannya sudah samar-samar dan nafasnya juga semakin payah. Tambah lagi melihat darahnya yang penuh di meja hingga menitis-nitis ke lantai, Neal tidak pasti berapa lama lagi dia mampu berjaga dan bertahan seperti ini.
Seksaan ini, Neal ingin ia berakhir segera.
Kali ini Neal rasa segala otot dan deria tubuhnya mati. Tangannya menjadi kebas dan sejuk. Jemarinya juga tidak dapat digerakkan. Rasa sakit yang ditahannya membuatkan urat-urat di kepalanya menonjol-nonjol. Bibirnya terasa kering. Tekaknya terasa begitu haus. Pandangannya sudah samar-samar dan nafasnya juga semakin payah. Tambah lagi melihat darahnya yang penuh di meja hingga menitis-nitis ke lantai, Neal tidak pasti berapa lama lagi dia mampu berjaga dan bertahan seperti ini.
Seksaan ini, Neal ingin ia berakhir segera.
Dalam keadaan lemah, Neal menjeling pada Alisya yang kaku. Plastik hitam itu sudah tidak bergerak, berhenti seperti nafas Alisya. Mungkinkah..
“
Alisya... “ bibir pucat itu membisik nama Alisya.
“
Tiga.....”
Neal memejamkan mata, berserah dan berdoa. Bunyi tukul yang jatuh ke lantai, diikuti bunyi barang-barang yang terhempas, menganggu telinganya- seolah-olah wujudnya satu pergelutan ketika ini Dia
mendengar namanya dipanggil, kemudian jeritan Arsya yang bingit.
“
Lepaskan aku!! Lepas! Lepas!!!
AAAAAAAAAAAAAaaa!!!!!!!!“
Perlahan-lahan Neal membuka matanya. Neal lihat Arsya sedang meronta-ronta berusaha melepaskan dirinya dari pelukan Pak Mail. Kakinya menendang-nendang Pak Mail dan dia cuba mengigit lengan Pak Mail. Namun orang tua itu, berkeras tidak mahu melepaskannya.
Ibu Arsya & Alisya pula kelihatan sedang kaku -terduduk di depan pintu yang terkopak. Wajahnya terkejut dan tergamam, bagaikan tidak percaya melihat blood bath di bilik pianonya. Sementara di satu sudut, Mek Jah tidak putus asa memberi pernafasan mulut ke mulut pada Alisya.
Nama Neal kedengaran dipanggil berulang kali.. dan semakin sayup.... Kali ini, pandangan Neal terus gelap.
“ Neal.. Neal... Neal...