Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 7 Februari 2013

Dia Gemini, Aku Libra Bahagian 2


 "Saya ada  extra tiket. Awak nak teman saya tengok bola? Negeri sembilan lawan Terengganu.  " 
" Ahh.. saya tak tengok bola, saya tak pernah tengok bola. Saya tak suka bola. "
" Ooh... "
" Nape? Awak dah beli tiket ke?Company awak bagi ticket bola ke?Awak tengoklah dengan kawan awak. Takpun jual lah ticket bola tu mesti ramai nak beli. Awak gak dapat duet lebey, jual mahal-mahal skit..  "

Panjang betul bebelan Wida. 

" Kawan saya dah ada tiket dah sume. Ingatkan nak ajak awak. "
" oo.. saya tak tengok bola la.. laen kali jer lar yer.. lagipun kalau pegi tengok tu, saya nak kena pakai baju t-shirt, and kasut, saya takde lah semua itu. Saya ada blouse and high heels sahaja .Tak sesuai lah!..."

Monolog Izahar dalam kepala otak
**. alasan kecik., small matter, small matter..boleh diatasi, no hal..

" Nanti saya belikan lah awak baju jersey sume.."
" Tapi.. saya malas lah nak pegi.. tak sesuai dengan imej saya. Lagipun mana ada perempuan tengok bola.. saya ni feminin ler awak.. tak sesuai...kalau ajak shopping ke.. tengok wayang ke... "

" Ok... ok senang cite. Awak nak pergi ke taknak?' 

Diam...

" Saya teringin nak pegi, curious gak nak tau best ke pergi stadium tu? Tapi kan cam takut.. tak tahu nak pakai ape. karang tak fit in the crowd camne? ha..!! .. awak gak malu nanti. kan? Lepas tu saya kene jumpe kawan-kawan awak.. saya tak tahu nak cakap ape dengan mereka nanti, nak borak apa ye? hmmm.... "

Jelas Wida pada Izahar , tetapi seolah macam bebelan untuk diri sendiri pula, 

" So awak teringin nak pergi, awak excited nak pegi sebab tu awak fikir macam-macam, seperti baju apa yang nak dipakai, kasut apa yang  nak pakai. Semua lah!.. Awak ni banyak fikir yer. "

Ulang Izahar secara tegas. Dia tahu Wida memang tidak tahu membuat keputusan.

Monolog dalaman Wida
# eee.. die ni cam tau jer apa yang aku pikir..

" Yerlah, memang saya nak pegi, tapi saya takut, saya belum bersedia sume . Takperlah awak, lain kali sahajalah. "

Akhirnya Wida buat keputusan yang berat. Dia memang teringin hendak pergi. Dia sukakan perkara yang baru. Tetapi dia juga tahu yang Izahar tidak suka alasan yang panjang-panjang. Izahar seorang lelaki yang hanya mahukan jawapan antara Ya atau Tidak sahaja. 

" Hmm.. sebenarnya kan awakaa. Saya bukan dapat extra ticket, saya beli khas untuk awak. Saya nak awak temankan saya.."

Wida memerhatikan riak wajah Izahar yang berubah sayu.

" Ala.. sorry  ah  awak..  "

Wida rasa serba salah. 

" Saya tahu awak tak suka rasa cam bersalah kan..Tapi saya memang nak awak rasa bersalah.."
"Haishh... rugilah duit saya, saya nak tengok dengan awak.. saya nak kenalkan awak dengan kawan-kawan saya.. haishhh..  "

Izahar masih berdegil, sengaja melakonkan drama air mata untuk meraih simpati Wida. Namun jauh di hatinya, bukan sengaja dia hendak Wida serba-salah. Dia mahukan Wida mengikut rasa hati sendiri. Wida sendiri jelaskan tadi dia berminat hendak pergi, cuma tiada keberanian dan fikir yang melalut-lalut. Setiap halangan ada, alasan bukan cara menanganinya. 

" Awak...awak sengajakan!... saja nak buat saya rasa cam bersalah tolak ajakan awak.."

Izahar menyembunyikan senyuman yang terukir di wajahnya. 

" Yerlah!! Yerlah!! Saya akan fikirkan nanti. Dah ada jawapan saya beritahu..!! " mulut Wida muncung.
" Hehe... Muncungnye die.. "
" Tapi lambat lagi kan.. ada lagi dua-tiga hari lagi kan before Sabtu ni? Biar saya fikirkan dulu.." 
" Ok. Tapi kalau awak cakap taknak pergi pun, saya tetap nak paksa awak pergi.  " kata Izahar yakin.

Wida keluar dari kereta. Sambil berjalan pulang dia tersenyum sendirian.
His confidence charm me.. 

Esoknya.


" Ok.. Saya dah survey kat internet, crowded panas n ada siap tuh siap tukar baju sebab lencun, then ade bawa banner, pki banner kat kepala etc sume.. saya takut r saya tak selesa t bile pegi sna tengok bola. t saya  muncung jer... spoil mood awak.. spoil mood member-member awak karang..t apa yang diorang cakap tnetang saya t, nanti die kata awek awak tak sporting, bla-bla.. bagi saya  that just not my crowd la.. saya tak yakin saya bley pegi, saya nak temankan awak tapi bukan ke situ.. saya taknak pegi n spoil everyone mood, sebab awk pun tahukan perangai saya , saya tak suke messy-messy bagai.. peluh-peluh sume..  Jadi untuk itu, saya rasa saya takyah pergi ok? this for your own good. "

Monolog Izahar
this girl talk to much, think too much..


'Ok, my answer is simple. Its not about the game, or the crowd, or the people. i just want you to be with me, that's why i want you at the game, right beside me.. "

" Eeee... " Merah padam muka Wida mendengarnya. Izahar senyum
Yeah, she insecure, she overreact on small think, irrational, chatty that lots of think doesn't make sense.. she indecisive but that's what makes me fall for her.









' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'