Temujanji pertama, it was fun, entertaining, menakjubkan! Izahar hanya tersenyum sambil mendengar keletah Wida yang sokseksok dari awal pertemuan. Mulut itu asyik berkumat-kamit bercakap benda-benda yang bagi Izahar, sesuatu yang normal. Tetapi melihat sinar di mata Wida, kegembiraan yang keluar dari setiap bait-bait katanya; Izahar jadi gembira.
Dan bila giluran Izahar pula bercerita hal-hal dirinya pula,tentang kerjanya, plan future nya, hal-hal intelek, Wida mendengar dengan penuh kagum. Izahar rasa selesa. Kemudian bila Wida terus-terang mengatakan yang dirinya tidak faham apa kebenda yang Izahar cakapkan, tidak sedikitpun Izahar rasa marah, sebaliknya Izahar rasa kelakar. Mungkin hatinya sudah terpikat dengan kejujuran Wida.
" Apa pendapat awak tentang saya? Your impression about me, about today?" tanya Izahar, sebaik sahaja kereta Myvi Kelabu yang dipandunya berhenti di depan rumah Wida. Menandakan temujanji mereka berakhir sudah.
Wida memandang ke luar tingkap kereta. Bibirnya masih mengukir senyuman, sinar di matanya masih lagi jelas. Nyata-nyata kegembiraan tentang temujanji mereka terpacar di wajahnya. Izahar tahu kerana dia juga rasa begitu.
" Saya gembira keluar dengan awak.... tapi... "
"Tapi?"
Wida sengih-sengih.
" kita cam berbeza some part cam awak tak suka makan tomyam,saya suka gile.. awak suka pakai sempoi jer, saya pentingkan penampilan tau, lagipun awak cam nampak muda dari saya, malu saya nak kuar dengan awak.. kalau awak bela misai ke, janggut ke..
**Monolog Izahar dalam otak
"apa lar dak kecik ni melalut, tak munasabah betul ni reason nih.."
"apa lar dak kecik ni melalut, tak munasabah betul ni reason nih.."
Izahar memandang Wida, serius.
" Sebelum saya jumpa awak kan saya ada beritahu yang saya suka perhatikan orang, saya tak suka buang masa dan saya decide saya sukakan perempuan itu atau tidak on the first date."
Wida angguk-angguk.
"Jadi, saya nak bagi pendapat saya... Saya sukakan awak, saya suka berjumpa dengan awak, suka berborak dengan awak.. dan saya nak kita berjumpa lagi seterus.. seterus .. dan seterusnya ..."
Wida tidak dapat menyembunyikan senyumnya.
" Bagi saya semua alasan yang awak bagi tu is not rational, benda kecik jer. Saya memang tak boleh nak ubah semua itu, if i look young or old, or dari cara penampilan saya. Yang awak lihat ini adalah saya, diri saya, not a hipokrit, begitu juga what i see in you.. Saya tak boleh janji saya akan ubah penampilan saya..
" Saya taknak awak ubah apa-apa pun!! " bantah Wida.
"Shh.. bagi saya habis cakap dulu" lembutnya bicara Izahar buatkan Wida menurut.
"Yang saya tahu saya sukakan awak, dan awak kata awak pun sukakan perangai saya, suka keluar dengan saya.."
" Memang ahh. Saya suka cara awak.. tapi..."
**Monolog Izahar dalam otak
"degil lagi ni nak potong-potong cakap orang.. eee.. geram nye..
Izahar memandang Wida yang terkebil-kebil, kelihatan tidak yakin untuk membuat keputusan.
" Ok!, jika 'TAPI' tu takde. Pasal benda-benda yang awak sebut tadi tu takde.. Awak rasa-rasa ada tak peluang pada saya? Peluang pada diri awak untuk kita jumpa lagi? Untuk awak fikir maybe hubungan ini boleh lebih serius?"
Wida senyap gaya berfikir. Tak lama kemudian dia mengangguk gembira.
" Then, i will take this chance even it just 1%, because I already know what i want.."
"I want you."