Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 18 Mac 2013

Berikan Kujawapan 50





Neal mengangkat tangannya ke muka, cuba menghalang silau mentari yang menyakitkan matanya. Alisya di sisinya pula sedang membaca buku novel- janji Azura yang dipinjam dari perpustakaan tiga hari lepas. Menyedari kelakuan Neal itu, Alisya meletakkan buku novel di riba, lalu memandang Neal.

“ Kenapa?” tanya Alisya. Mata jernih itu bertembung matanya. Pipi gebu kemerah-merahan itu sentiasa buatkan Alisya kelihatan comel. Sama seperti kali pertama Neal bertemunya. 
“ Hmm.. takde apa-apa..”

Neal kembali  membetulkan rantai basikalnya yang terlerai. Rasa tidak sedap di hati itu disembunyikan dari Alisya. Entah kenapa hari ini, dia teringatkan hal-hal lama, lebih spesifik, dia teringatkan Arsya. Hal yang sudah hampir 3 tahun berlalu. Cerita itu sudah lama berlalu.  Mereka berdua sudah berjanji untuk melupakannya. Neal juga sudah bersumpah pada diri sendiri untuk tidak mengenangnya. Parut di tangannya diraba. 

“ Minggu depan, ada majlis sambutan hari jadi ke-13 saya. Awak datang rumahkan Alisya?”
“ Mestilah! Mana boleh saya lupa hari jadi awak . Lagipun, nak jumpa Ne-yal ..” balas Alisya. Neal senyum. Rasa tidak senang di hati masih terasa. 

“Neal, tahu tak lepas UPSR nanti, saya tekad nak masuk sekolah menengah yang sama dengan awak. Kemudian, kita akan dapat pergi sekolah bersama-sama, seperti waktu sekolah rendah kan?”

“ Berangan je, ada lagi dua tahun ye nak kejar.  .... “ Neal mendekati Alisya dan menarik hidung Alisya, sengaja mencalit kotoran gris pada hidung kecil yang sudah merah dicubitnya. Dia ketawa jahat. 
“Eee!!!... kotorlah.. jahat!...” Alisya cepat-cepat bangun mengejar Neal. Dan mereka berlari-lari di sekeliling rumah dengan tawa yang begitu riang. 

Kemudian... Segalanya berubah...

XOXOXO

Memori terakhir bermain denganAlisya itu tidak mungkin dia boleh lupakan sampai bila-bila. Neal meletakkan bungkusan hadiah berbalut pembalut warna merah jambu ke dalam bakul basikalnya. Saat namanya di panggil, dia sedang menyarung kasut sudah siap-siap untuk keluar dari rumah. 

“ Kau nak ke mana ni?”tegur ibunya yang terpancul di muka pintu.
“ Nak ke rumah Alisya mak! ”  dia hendak memberikan Alisya hadiah sempena kejayaan UPSR Alisya tempoh hari.

“ Kau masih bertandang ke rumah Alisya lagi ke?” nada ibu Neal jelas tidak senang. Dia tahu yang Neal begitu degil tentang ini.  Berulang kali diingatkan Neal yang perbuatannya itu sia-sia, tetapi Neal tidak peduli. Kadang-kadang dia tidak faham apa yang difikirkan anak bujang nya ini. Baginya, banyak lagi sahabat lain yang seusia yang boleh dijadikan sahabat. Silapnya juga membiarkan mereka rapat sejak kecil. Kini, Neal sudah terbiasa dengan Alisya dan sentiasa ingin bersama seperti belangkas. 

Ibu Neal masuk ke rumah tidak mahu campur dengan keputusan Neal. Baginya, Neal yang sudah berada di tingkatan 2 ini, sepatutnya tahu mana yang baik dan buruk untuk dirinya.

Neal mencapai basikal yang tersandar di dinding rumah kayu ini. Bunyi burung berkicauan mengalihkan perhatiannya seketika. Sepasang burung layang-layang sedang terbang tinggi saling beriringan .

Dahulu, dia selalu masuk ke hutan kampung sini dengan Alisya yang mengekornya. Pak Mail selalu menegah mereka bermain di situ bimbang kalau-kalau mereka sesat di hutan. Hutan itu tebal dan tidak pernah diterokai. Penduduk kampung pula takut hendak ke sana. Khabar angin kononnya di situ ada harimau sebesar kerbau, bunian berkampung, penunggu dan macam-macam lagi.. Maka disebabkan desas desus itu, hutan itu ditinggalkan tidak pernah diusik. Jika sesuatu terjadi pada Neal dan Alisya di sana, terang-terang tiada sesiapa yang boleh membantu. 

Namun, Neal dan Alisya selalu senyap-senyap ke sana.  Di sana, Neal bebas menangkap ayam hutan, memanjat pokok, melastik burung dan kera, memancing di sungai dan macam-macam lagi. Alisya yang menemaninya pula selalu membebel dengan Neal yang terlalu berani meneroka hutan ini. Bebelan Alisya serupa nenek tua. Neal tersenyum sendirian.

Namun, di sebabkan keberanian dan  penerokaan senyap-senyap dia itulah,  dia menemui keindahan hutan dan  'taman rahsia' untuk Alisya. 

Teringatkan semua itu, Neal tahu yang dia merindui saat-saat bersama Alisya. Jadi hari ini, walaupun dia akan dihalau seperti biasa dari rumah Alisya,  dia akan pastikan hadiah ini sampai di tangan Alisya. Dia mampu untuk curi-curi masuk ke rumah banglo itu seperti waktu kanak-kanak dulu. 

Bunyi daun-daun bergeser secara kasar mengejutkan Neal. Dia memerhatikan semak yang bergerak-gerak, seolah-olah ada biawak yang bersembunyi.

“ Neal!” dari balik semak, muncul kepala Boy, persis pencuri ayam.
“ Hoh,  kau Boy! Terkejut aku!. Apa kau buat dalam semak tu?”

Boy keluar dari semak. Dedaun yang jatuh di rambut dan bajunya gugur bila tubuh gedempol itu bergerak mendekatinya. 

“ Neal, kau tau tak Alisya dan keluarga dia hari ini pindah dari kampung!? Alisya kena hantar ke sekolah asrama penuh di bandar.  Baru tadi, aku nampak kereta mereka keluar dari rumah mereka.”

" Mungkin ni kali terakhir kau dapat jumpa dia."







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'