Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 27 September 2013

Berikan kujawapan 65




“ Kau dari mana?” 

Tidak menjawab pertanyaan itu Kenny menuju ke dapur terus meneguk segelas air kosong. Neal mengekori. Diperhatikan baju Kenny yang kotor, bibir yang luka dan tangan yang berdarah. Dia mengagak yang Kenny bergaduh dan hatinya sudah tahu sebabnya..

Kenny selalu begitu berbeza dengannya Kenny melepaskan marahnya terang-terangan. Dia tidak pandai menyimpan di hati. Tapi itulah kebaikannya.Bukankah luka di luar itu lebih mudah diubati dari luka di hati?

Neal  mengambil peti kecemasan yang terletak di atas peti ais. Dikeluarkan pembalut dan diletaknya di depan Kenny yang masih membisu seribu bahasa. Melihat tiada reaksi dari Kenny, Neal menarik tangan Kenny yang luka dan mencuci nya dengan antiseptic. Kenny membiarkan, diam memerhati.

“ Terima kasih..” kata Neal seolah-olah mengetahui apa yang Kenny telah lakukan. Dia membalut luka di tangan Kenny dengan cermat. Kenny merenung wajah Neal yang tenang.



“ Kau tiada perasaan kah?”
“ Ada”
“ Kau tidak marah kah?”
“ Lebih dari itu...”
“ Jadi kenapa kau mendiamkan diri?” Balutan di tangan Kenny siap. 

“Ada seorang teman ini, dia pernah satu ketika memiliki seseorang yang disayanginya. Dia berjanji akan melindunginya, berada disisinya untuk selamanya. Tapi, dia kehilangannya, betul-betul di depan matanya. Di saat itu juga dia mati.” cerita Neal.

“Kemudian , seseorang yang disayanginya itu kembali. Kembali di depannya. Sekali lagi dia berjanji untuk melindunginya lalu berada di sisinya dan dia tidak lagi mati.  Namun, sebaik dia mulai ingin memiliki, dia kehilangannya.  Kau tidak rasakah takdir seakan mempermainkannya?” Neal menyimpan peti kecemasan kembali ke tempat asal.

“ Tidak! aku tidak rasa takdir mempermainkannya. Sebaliknya, aku rasa dia yang tidak mahu menghadapi takdirnya...”

 “ Itu juga yang aku rasakan!. Namun apa yang kau tidak tahu, teman itu telah lakukan satu kesilapan besar. Kesilapan yang menyebabkan insan yang disayanginya kecewa dengan dirinya. ”

 Jadi inilah jawapan awak?


“Teman itu tiada jawapan untuk soalannya.”


Apa gunanya jawapan dari saya, bila awak sudahpun melakukan apa yang awak inginkan. Kan?

“ Dia tiada jawapan untuk tindakannya.”

Air mata Alisya yang mengalir terbayang di fikirannya. 

“ Tapi dia adalah punca  bagi air matanya yang mengalir, sejak dulu dia hanya sumber keperitan baginya. Bagaimana dia layak memilikinya sedangkan dia hanya tahu melukakan perasaannya?! ! Dia.. dia betul-betul tak guna! Ceritanya juga! " marah Neal


Kenny membatu.  Kemarahan itu, kesedihan itu, walaupun dia faham dan mengerti, walaupun dia jelas kenapa kemarahan itu wujud, ia tak mungkin sama dengan apa yang Neal  sedang rasai dan sedang sembunyikan.  Tak sama langsung, kerana ianya lebih derita bila tidak dapat diluahkan. Dan Neal, dia telah bertahan terlalu lama.. 

“ Tapi kau tau tak cerita teman kau itu masih belum tamat? Jika dia sudah bersedia menghadapi takdirnya, mungkin dia akan menukarkan takdir yang kembali sebagai peluangnya, bukan lagi untuk dipermainkan.. Lain kali, kau ceritakan penamatnya nanti. 


Kenny bangun dari tempat duduknya. 

“ Air mata hanya mengalir untuk mereka yang kita sayangi, bukan yang dibenci.  Dia menangis kerana kau..bukankah kau adalah satu-satunya jawapan baginya? "

Neal dibiarkan sendirian. 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'