Satu persatu album dalam telefon bimbit Ris diselaknya. Dan kesemua gambar itu punya ceritanya. Senyuman dan gelak tawa, serta pandangan mata Alisya itu miliknya tetapi dia rasa kosong melihatnya. pertunangannya, gambar mereka berdua.. ianya begitu meriah dan indah Namun dimatanya, ia sunyi. Seolah-olah melihat cerita mereka yang bukan miliknya. Ingin sahaja dia berpaling, duduk di satu sudut menyembunyikan diri namun, dia tidak ingin mengecewakan dan mensia-siakan usaha Ris. Ris lakukan semua ini, meluangkan masa ini demi mengembalikan memorinya. Untuk cinta mereka.
Alisya
memandang wajahnya di dalam album Ris.
Itu dirinya.. dia akan kembali ceria seperti gadis ini bila semua
memorinya kembali lengkap. Tidak rindukah dia pada dirinya itu?
Cincin di jari manisnya diusap perlahan-lahan. Dirinya yang dulu adalah dirinya yang lengkap dengan memori, jadi dirinya itu tahu yang dia mencintai Neal, tapi membuat pilihan untuk melepaskan Neal. Sama seperti Neal sebelum mereka bertemu kembali. Neal dan dia sudah lama berjalan di haluan masing-masing. Jelasnya yang haluan mereka tidak sama. Dia itu telah memilih mencintai Ris dan dia kini perlu yakin dengan keputusan dirinya. Dia mencintai Ris, dia milik Ris. Sebaik sahaja dia ingat kembali, rasa tidak pasti dan ragu-ragu ini akan pergi dan keperitan di hati ini juga tidak wujud lagi, membawa pergi memorinya.

“
Kenapa?” tanya Ris bila menyedari yang Alisya tidak memberikan sepenuh perhatian. Melihat Alisya diam membisu, dia menyimpan telefon bimbitnya. Cukuplah sampai sini sahaja, fikirnya. Dia memandang Alisya.
“Apa jua yang awak fikirkan awak boleh kongsi segalanya dengan saya. Walaupun saya tak
boleh buat apa-apa, tapi saya sedia
mendengarnya, seperti dulu..”
“
Seperti dulu?”
“
Ya, seperti dulu,awak juga sering meluahkan perasaan awak pada
saya. Berkongsi segalanya. Menangis,marah dan ketawa di sisi saya. Dari seorang teman, awak membuatkan
saya jatuh cinta pada awak. Jadi, sekiranya saya terpaksa ulangi balik seperti
itu, saya sanggup. "
“ Apa yang saya kongsikan?”
“
Segalanya... “
Ris
mengusap rambut Alisya.
“ Segalanya termasuk dia...”
Bunyi
pintu bergendang kuat, seolah-olah diterjah mengejutkan mereka. Di situ, Kenny meluru mendekati
mereka berdua . Kolar baju Ris direntapnya
dan ditolaknya Ris hingga terhempas ke dinding. Habis jatuh meja kopi di sisi mereka. Kenny menahan tubuh Ris di dinding, kolar Ris makin kuat dipegangnya, mematikan gerakan Ris. Ris tidak mengerti, namun tidak pula membalas.
“
Khairul! Berhenti! Kenapa ni!”pekik Alisya cuba meleraikan pegangan Kenny yang
utuh.
“
Ini apa yang Neal ingin buat! Kemarahan ini, kebencian ini! pada lelaki ini
yang tiba-tiba muncul betul-betul di depannya sebaik sahaja dia mula... “
“
Lepaskan dia! ” marah Alisya tidak mahu mendengar.
“
Tapi disebabkan dia selalu mementingkan orang lain, dia lupa kepentingan dirinya.
Sebab dia ingin memberikan kebahagiaan pada orang lain, dia mengorbankan kebahagiaannya.“
Ris
dilepaskan dan Kenny mengadap Alisya.
“
Mungkin awak fikir sebaik sahaja awak ingat segalanya, awak akan lupakannya. Fikir awak, Neal cuma kisah lampau awak, bukan masa depan awak. Tapi, apa awak nak buat dengan memori yang telah wujud antara awak dan Neal ketika ini,di sini!? Ia
bukan masa silam juga bukan masa depan awak! Jadi awak ingin letakkan ia di
mana?”
Alisya
kelu.. Ya, dia langsung tidak terfikir tentang itu.. Memori dia dan Neal di sini,
perasaan ini.. dia masih akan rasanya kan? Walaupun setelah mengingati segalanya, dia bukan lagi Alisya dulu.
“ Mimpi.!. “ Balas
Ris.
Kenny memandang Ris yang tiba-tiba menghampiri dan memegang bahu Alisya. Ris menarik Alisya ke arahnya dan memeluknya erat-erat.
Kenny memandang Ris yang tiba-tiba menghampiri dan memegang bahu Alisya. Ris menarik Alisya ke arahnya dan memeluknya erat-erat.
“ Aku akan
jadikannya hanya sebuah MIMPI.! “
“ biarkan saya, perlahan-lahan membawa awak pergi dari dia... “