Tanya Ris bila melihat Alisya muncul di muka pintu biliknya sedangkan
dia sedang berkemas untuk bersiap pulang esok.
“ Emm..Ris,, saya“
“ Awak nak cakap hal kita pulang ke US tu ke?”
Alisya merenung wajah Ris yang tenang, dan soalan yang tepat itu buatkan dia terpaksa menelan rasa
bersalah. Memang dia rasa keberatan untuk pergi ke US bersama Ris. Setelah apa
yang Kenny cakap tempoh hari, buatkan dia terfikir semuanya. Dia belum buat
keputusan lagi. Dia rasa dia perlukan lagi sedikit masa untuk membuat keputusannya.
“Ah,
setelah apa yang saya cakapkan depan kawan awak semalam. Sekarang saya rasa
malu sendiri pula. Nampaknya seperti susah nak kejutkan awak dari 'mimpi' ini..” Ris senyum nyata dia hanya bergurau.
“
Sekarang awak ragu-ragu untuk pergi? Atau awak sudah buat keputusan tidak mahu
pergi bersama saya?"
Tiada
jawapan.
“ Melihat awak mendiamkan diri, saya agak awak masih belum buat keputusannya
lagi.” Ris mendekati Alisya, mencapai tangan kanan Alisya, mengusap permata cincin di jari manis Alisya.
“
Dan melihat awak datang ke sini, membuktikan saya masih tidak boleh lepaskan awak."
" Lagipun, hakikatnya selama ini,
sebelum ini, awak adalah milik saya.. ” bisik Ris.
“Cuma
seminggu, tidak! cukuplah satu hari!. Benarkan saya bawa awak melihat dunia
awak yang sebenarnya. Selepas itu awak buatlah keputusan. Apa sahaja,
saya akan terima!” pujuk Ris. Alisya masih ragu. Plan mereka hendak pergi dari
sini esok, tapi hatinya masih berat. Esok terlalu cepat memandangkan dia masih
belum bersedia.
“
Bolehkah kita pergi lewat beberapa hari lagi?”
Ris
memegang kedua belah tangan Alisya. Wajahnya betul-betul gembira dengan jawapan
Alisya itu. Hampir sahaja dia ingin meloncat kegembiraan.
“
Boleh! Apa sahaja untuk awak!” ujar Ris seolah anak kecil. Alisya mengganguk
setuju.
“
Ah! Tapi sebelum itu..” Ris mencapai beg bajunya dan mengeluarkan sebuah buku
nota. Dihulurkan pada Alisya. Di situ tertulis alamat sebuah hospital swasta
psikiatri di Kuala Lumpur.
“
Saya ingatkan taknak beritahu awak. Awak tahu salah satu kebaikan awak hilang
memori ialah awak tidak ingat tentang ini. Tapi bila memikirkan ini permintaan
awak pada saya , saya rasa."
“
Apa ini?”
“
Tempat Arsya ditempatkan. Awak suruh saya cari..”
Buku itu terlepas dari
pegangan Alisya. Tidak pernah dia terfikir yang nama itu akan didengarnya lagi. Setelah
mengingati memori silamnya sikit demi skit, dia juga dapat rasakan ketakutan
bila mendengar nama itu. Dan tubuhnya bereaksi begitu. Mana mungkin tubuh itu
dapat lupakan segalanya tentang. Serta merta wajah Alisya jadi pucat dan dia
memegang lehernya, teringatkan memori dia dikurung dalam beg plastic.
“
Ke...kenapa saya hendak mencari Arsya? “ tergagap Alisya.
“
Ya, kenapa? Itu juga saya ingin tahu.. setelah apa yang dia lakukan pada awak!” kata Ris sedikit marah.
Nampaknya Ris juga tahu tentang Arsya. Mestilah, Alisya dirinya yang dulu mestilah berkongsi
segalanya pada Ris, bukankah Ris tunangny??. Ini membuatkan dirinya tertanya-tanya adakah Ris
begitu istimewa hinggakan dia sanggup berkongsi memori gelap ini dengannya. Betapa
jauhkah dia mencintai Ris? Seperti Neal kah? Atau lebih dari itu? Ris mengutip buku nota itu.
“
Saya tak patut beritahu awak pasal ini! Silap!Satu-satunya kebaikan bila awak
hilang ingatan ialah awak dapat melupakan dia. Saya silap! Lupakan pasal ini.
Maafkan saya.” Kata Ris kesal. Buku itu dimasukkan kembali ke dalam beg.
“
Bila awak cakap yang saya selalu ceritakan pasal dia , adakah awak bercakap
tentang Arsya? Tapi.... saya tiada keluarga lain selain Mek Jah. Mek Jah cakap ibu bapa saya meninggal
dalam kemalangan. Arsya juga sudah tiada...”
"Jika mereka cakap begitu, saya tiada bantahan tentang itu. Lupakan sahaja apa yang saya beritahu ni.. “
“
Tak! Itu tak betul, mereka sembunyikan sesuatu dari saya, tapi awak tahu
kebenarannya kan?”
Ris
diam.
“
Ris, please.. beritahu saya segalanya tentang diri saya?” rayu Alisya memegang lengan Ris.
“ Jika awak
ingin tahu, bolehkah awak berjanji akan kembali pada saya dan lupakan Neal?”
next previous
next previous