“ Air mata hanya mengalir untuk mereka yang kita sayangi, bukan yang dibenci.Dia menangis kerana kau..bukankah kau adalah satu-satunya jawapan baginya?”
Kenapa mesti kata-kata Kenny itu yang menyedarkannya? Kenapa? Kenapa baru kini dia sedar yang dia telah membuat kesilapan? Janjinya..
" Awak tidak akan terluka..Saya janji. "" Sebab saya tak nak awak menangis. ""Saya akan buat apa saja untuk buatkan awak tidak mengalirkan air mata.."
Janji itu dari dulu hingga kini, Dia tidak pernah kotakan,
yang dilakukannya cuma melarikan diri dari menghadapinya. Difikirnya dengan membohongi perasaannya, membelakangi perasaannya, dia tidak akan
melukakan perasaan Alisya, dia mampu melindunginya.. Sebaliknya, kebenarannya, dia hanya melindungi dirinya. melindungi dirinya dari terluka lagi. Dia seorang
yang mementingkan diri sendiri.Jauh meninggalkan dirinya yang sebenar.
Neal menyentuh parut di tangannya. Memento cinta nya pada Alisya. Mengingati semua itu, perasaan itu.. dia kembali mengingati kenapa dia melakukan tindakan bodoh itu, menerima segala ancaman dari Arsya.. mengetepikan kepentingan dirinya..semuanya kerana dia adalah dia. Dia percaya untuk melindungi insan yang kita sayangi adalah dengan berada di sisi nya, walau apapun.. Itulah dirinya yang sebenarnya. Dia mencintai Alisya, dan walau apa pun ancaman, dia ingin berada di sisi Alisya, melindunginya, mencintainya.
Neal menyentuh parut di tangannya. Memento cinta nya pada Alisya. Mengingati semua itu, perasaan itu.. dia kembali mengingati kenapa dia melakukan tindakan bodoh itu, menerima segala ancaman dari Arsya.. mengetepikan kepentingan dirinya..semuanya kerana dia adalah dia. Dia percaya untuk melindungi insan yang kita sayangi adalah dengan berada di sisi nya, walau apapun.. Itulah dirinya yang sebenarnya. Dia mencintai Alisya, dan walau apa pun ancaman, dia ingin berada di sisi Alisya, melindunginya, mencintainya.
Maafkan makcik. Tetapi, satu hari nanti, bila kamu ingat kembali semua ini, makcik pasti kamu akan membuat pilihan yang betul."
Selama ini bukan Alisya yang kehilangan memori tetapi
sebaliknya dirinya. Dia juga telah lama kehilangannya identitinya. Neal
menyarung jaketnya dan keluar dari rumah.
“ Jadi inilah jawapan awak?”
Soalan Alisya itu dia akan berikan jawapannya yang sebenar.
Bunyi gegaran dari ranting yang bergoyang dihinggapi dek burung untuk istirehat menarik perhatian Neal. Sambil memerhatikan burung yang sedang membersihkan kepaknya itu, tiba-tiba hatinya rasa gusar. Sangkaannya tidak silap bila kehadiran Boy yang tiba-tiba muncul tercungap-cungap, keletihan. Nampak
seperti dia berlari ke sini. Hati Neal rasa tidak senang.Suasana ini..
Neal menyarung kasutnya dan terus mencapai basikal dan
berkayuh laju meninggalkan kawasan rumah tanpa sempat Boy memberitahu sebab kehadirannya di sini.
“ Kenapa Neal tu? “ tanya Kenny yang baru muncul di muka pintu, terpinga-pinga bila melihat gelagat Neal yang tergesa-gesa.
“ Aku baru nak beritahu dia tapi dia dah pergi dulu."rungut Boy duduk di tangga.
" Beritahu apa?"
" Alisya dan Ris nak tinggalkan kampung ini, Pak Mail kata mereka nak ke KL sebelum pergi ke US..”
" Beritahu apa?"
" Alisya dan Ris nak tinggalkan kampung ini, Pak Mail kata mereka nak ke KL sebelum pergi ke US..”
Kenny terkejut.
“ Bila?”
“ Kenapa tiba-tiba tergesa-gesa nak balik sekarang? Katanya
petang nanti..”tanya Pak Mail bersalaman dengan Ris.
“Tiba-tiba saya ada hal nak diselesaikan cepat. Lagipun, bertolak pagi lagi selamat dari
petang yang gelap..” balas Ris.
Alisya bersalaman dengan Mek Jah dan Umi Mazlah-isteri Pak Mail. Mereka berdua masuk ke kereta dan selang beberapa minit kemudian kereta meninggalkan laman rumah.
“ Hati aku rasa tak sedap.” Kata Pak Mail. Mek Jah diam namun di hatinya dia juga rasa begitu.
“ Ishh.. apa cakap bukan-bukan ni! Macam mengharapkan pula...” tegur Umi Mazlah tidak suka bila suaminya mengenang benda-benda lama yang perit untuk diingati.
“ Aku tau, cuma teringatkan kisah dulu, masa Neal dan Alis..” belum sempat habis Pak Mail , Neal muncul di perkarangan rumah dengan basikalnya.
“ Pak Mail! Alisya, mana? !Alisya? !!“
Pak Mail menuding ke arah kereta yang sudah jauh dari pandangan mereka.
Tanpa lengah, Neal terus
mengejar kereta itu..
“ Ya, Allah.. kali ini, biarkanlah mereka bersama...” doa
Pak Mail dalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ris memandu tenang, sesekali melihat Alisya yang diam
membisu jauh mengelamun ke luar tingkap. Dia tahu Alisya berat hati untuk bertolak
awal. Jelas keraguan terlukis di wajah Alisya, namun itu tidak menarik perhatian, sebaliknya apa yang dilihatnya di cermin pandang belakang lebih menarik
perhatiannya. Ris senyum tipis.
" Betulkah saya kena pergi? " tiba-tiba Alisya bersuara.
" Em.. Pihak hospital cuma perlu awak tandatangan dan baca beberapa dokumen sebelum memindahkan Arsya ke tempat lain. Kita hanya singgah sekejap tanpa perlu berjumpa Arsya, terpulang pada awak. "
" emm.."
"Parents saya pun ada di KL sekarang ni, bila berjumpa mereka nanti saya pasti awak akan lebih ingat tentang kita. "
Alisya kembali termenung. Melihat tiada reaksi dari Alisya, Ris membuka radio.
" emm.."
"Parents saya pun ada di KL sekarang ni, bila berjumpa mereka nanti saya pasti awak akan lebih ingat tentang kita. "
Alisya kembali termenung. Melihat tiada reaksi dari Alisya, Ris membuka radio.
Ris memandang cermin pandang belakang lagi. Jelas
kelihatan Neal sedang mengejar mereka. Sejak dari tadi Ris sudah perasan. Malah dia juga mengetahui dan menyaksikan basikal yang Neal kayuh tersadung dan kini Neal sedang berlari ke arah mereka. Mengejar mereka. Neal
kelihatan melaung-laung memanggil nama Alisya. Ris menguatkan volume radio.
" Seperti saya cakapkan, di KL nanti, awak fikirlah balik dan buat keputusan samada ingin pulang ke US bersama saya atau tidak. Apapun, saya akan terima. Walaupun saya berkemungkinan balik sendirian.. "
Alisya masih jauh termenung langsung tidak menyedari
kehadiran Neal yang mengejar mereka dari
belakang. Ris rasa selesa. Pedal minyak ditekan laju dan kereta bergerak lebih jauh meninggalkan Neal.
Ris menahan tawa yang ingin tersembur . Diam- diam bibirnya melebar tersenyum menyeringai
“ Jika awak ingin tahu, bolehkah awak berjanji akan kembali pada saya dan lupakan Neal?”
Semalam, Alisya tidak memberi jawapan untuk soalannya, tetapi dia sedikitpun tidak kisah, kerana dia tidak perlukan jawapan Alisya ataupun Alisya.