“ Dah lama dah abah tak jemput zira, Sebelum ni beriya-iya Zira taknak abah antar dan jemput lagi. Kenapa tiba-tiba berubah?”
Hazira membisu. Dah sebulan dia pergi sekolah dan balik sekolah berhantar dan berjemput. Sejak kejadian tempoh hari, dia tiada mood untuk naik lrt lagi. Lebih tepat dia tidak ingin berjumpa budak lelaki itu lagi. Hatinya betul-betul terguris. Terasa seperti semua harapannya jatuh. Seperti dirinya dipermainkan.
MP3 di tangan digenggamnya erat-erat. Walaupun dia sudah
melihat kejadian itu, malah sudah tidak mahu menyukainya lagi, dia masih
rasa berat hati untuk membuang MP3 ini. Sejak diperoleh, dia cuma mampu
menyimpannya dan melihatnya. Semua memorinya dengannya dustakah? Kenapa dia
sungguh berbeza dari apa yang diketahuinya selama ini. Ahh.. mungkin silapnya sendiri.
“ ha, kau dah tak cari lagu-lagu lagi ke?” tegur Atira.
Hazira geleng kepala. Mp3 di meja direnungkan.
“ Kau masih tak pulangkan budak lelaki tu punya mp3 ke?’ Kau
dah tak jumpa dia lagi ke?”
“ Tak, dah tak lagi. Aku dah tak minat dengan dia dah lagi.”
“Camtu pulak, bagi aku..” cubaan Atira untuk mendapatkan mp3
gagal. Hazira pantas menyimpannya dalam kocek baju.
“ Tak boleh.”
“ Kau masih suka kat dia lagi lah tu....”Hazira diam.
Suka.. memanglah.. dia sudah menyukainya sejak 11 bulan lalu. Sejak saat pertama mereka bertemu.. dia sudah gila gila menyukainya.
“ Kau tak datangkan Minggu kebudayaan hari tu? HH datang tau, dia jadi cameo kat drama club sekolah kita. Hensemnye dia....”
“Emm...” Hazira tidak berminat.
“ Watak yang dia bawa memang menjadi, kalau kau tengok citer
playful kiss camtu lah.., ahhh.. hensemnye..cara dia reject surat cinta budak
perempuan tu.. fuuhh.. tapi cairnya aku... sebab dia hensem sangat.!!.. “
“ Reject? Reject surat cinta?" serta merta Hazira teringat hal tempoh hari. Atira terus bercerita. Dari A-Z... dan sepanjang cerita itu,
Hazira terkedu. Dia salah faham selama ini. Jadi, apa yang dilihatnya tempoh hari adalah babak dalam drama ke?
“ HH gile sangat baik tau! . Tengok, dia sign majalah sekolah aku.
Rugi kau, kiteorang siap bergambar dengan dia..”Atira menunjukkan gambar dalam
handset nya. Atira sedang tersenyum gembira di keliling mereka dan
pelajar-pelajar kelab drama. Antaranya budak perempuan yang dilihatnya di taman
tempoh hari.
“Dia genius k! kau tahu dia dapat masuk ke Juilliard. Tahun depan, dia akan ke US... “
Hazira bangun, mengemaskan barang-barangnya.
“ Kenapa kau ?”
“ Aku balik dulu. Nanti kau jumpa bapak aku kata aku balik
sendiri. Thanks!”
Hazira berlari ke stesen lrt. Dia perlu
beritahu yang dia salah faham, dia perlu beritahu yang dia sukakan lelaki itu.
Perasaan yang di pendamnya selama beberapa bulan ini, dia ingin beritahukan..Tak peduli apa reaksinya nanti, Hazira tidak mahu dia
menyesal kemudian hari.Yang paling penting Hazira nak ucapkan..
Terima kasih sebab menjadikan hari-harinya bahagia. Terima
kasih sebab menemaninya selama ini. Terima kasih sebab berkongsi kegemarannya
dengan dirinya. Terima kasih... kerana membenarkan dia mencintai dan menyukai
dirinya selama ini..~
Menaiki lrt, masa berlalu dengan pantas. Dan setiap stesen
bayang Hyzal Hakimi tidak kelihatan.Hinggalah hampir ke senja, dia tidak dapat berjumpa
dengannya. Mungkin kah dia sudah tidak menaiki lrt lagi. Mungkin HH tinggalkan
mp3 padanya bukan untuk dia pulangkan tetapi sebagai cenderamata terakhir
sebelum dia pergi. T-T
Hazira duduk di tempat yang selalu dia duduk bersamanya HH- Hyzal Hakimi-akhirnya dia tahu namanya. Gerabak ini semakin kosong. Perjalanan dirasakan masa begitu lambat. Perlahan-lahan dia menerima reality yang semuanya
sudah berakhir. Lagipun tak lama lagi bulan December dan sekejap je tahun ini juga akan berakhir. Dia kena buka buku baru. Terima kasih.. sebab membahagiakan tahunnya sebagai pelajar akhir sek. Men Sentosa.
“ Saya.. saya sukakan awak.. Terima kasih.. “
Hazira memasukkan earphone ke telinga. Takpelah.. dia dah
cukup bahagia dengan memori dan cenderamata ini. Terima kasih..
Hazira membuka mp3. Menekan butang play namun tiada
kedengaran bunyi lagu. Ah, rupanya lagunya sudah habis. Hazira menekan rewind
dan kemudian play untuk dengar dari mula. Selama ini dia tidak pernah mendengar lagu
dari mula, ingin juga dia mendengar lagu first dalam list mp3 HH. Hazira
memejamkan matanya.
Zziizzzzzzzzztt....... Satu suara kedengaran.
“ Emm.. . testing testing hahhaha... “
“err.. actually this is the song i composed for Julliard
audition.. it’s for a girl that i fall in love with, the one i sit with, and
share my music. “
“ so cheesy .. ehhmm..ok.. " (diam lama diikuti bunyi hembus nafas
yang kuat. )
“ Awak!, awak yang sedang dengar sekarang ni.. ..”
Earphone direntap. Terkejut Hazira. Dia memandang Hyzal yang
sedang duduk di sebelahnya.
“ Sekarang baru awak dengar?! “ marah Hyzal.
Mukanya menahan marah. Hazira confused. Masih tidak percaya yang Hyzal ada di depannya.
“ Sebulan ni awak pergi mana!? Saya tunggu awak hari-hari! “
marah Hyzal lagi.
Dia mengambil mp3 dari tangan Hazira,duduk di sisi Hazira,
kemudian dengan muka segan dia memandang ke arah lain.
“ Awak dah dengar ke?’ Tanya nya lembut lebih kepada ingin
tahu.
Hazira masih terkebil-kebil. Melihat itu serta merta Hyzal berubah.
“ Awak tak dengar lagi kan? Tak sempat dengar? Haishhh!!.. “
rungut Hyzal. Mukanya merah padam.
“Biar saya explain!
Saya! Saya bukan saja-saja untuk duduk di sini hari hari di tempat yang
sama. Saya buat tu semua sebab! “ Hyzal
diam. Suara yang lantang itu hilang. Dia diam malu kemudian..
“ Sebab ada awak! Setiap hari, ada awak di sini.. sebab tu
saya akan berada di sini.. sebab saya ingin melihat awak setiap hari. Saya..
saya sukakan awak.. ”
Air mata Hazira mengalir.
“ Eh! Kenapa awak menangis..?!” Hyzal gelabah. Dikesatnya
kekok ,malu menyentuh pipi Hazira
“ Akhirnya awak bercakap dengan saya, mendengar suara awak
.. Saya betul betul terharu. Saya rasa tak percaya sebab tu.. saya..
huhuu.. saya...” kata Hazira tersedu-sedu. Hyzal senyum.
“ Itu yang buat awak terharu? Saya baru sahaja buat
confession pada awak tau.. “
Hazira baru sedar Oo.. ini bermaksud yang Hyzal juga suka
padanya. Serta merta muka Hazira naik merah padam. Melihat itu, Hyzal ketawa.
Mereka berdua ketawa.
“ Awak!, awak yang sedang dengar sekarang ni.. dengar betul-betul. Nama saya Hyzal Hakimi dan saya sukakan kan awak.miss LRT. " music berkumandang