Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 22 Januari 2014

LRT 7



“ Biar saya berterus terang..  SAYA tidak suka orang yang bodoh..”

“SAYA  benci perempuan bodoh yang datang dari sekolah low class seperti ini. Dan paling BENCI,  bila perempuan itu tidak menyedari betapa bodohnya dia dan berani meluahkan perasaan pada saya.” dia mengoyakkan surat cinta pelajar perempuan itu.

“Mereka yang kurang bijak dari saya,  Jangan cuba menyukai saya. Ia menjatuhkan imej saya. “

Hazira terkesima. Terkejut mendengar jawapan tegas dan berlagak darinya.  Hazira yang memerhati dari belakang semak, pantas berlari meninggalkan tempat itu. Air matanya mengalir. Bodoh!  Hazira juga menyukainya, tanpa sedar yang dirinya sebenarnya tidak layak menyukainya seperti kata -kata itu.... tapi.. tapi mengapa .. layanannya begitu baik, jika dia betul-betul membenci sekolah ini, kenapa dia tidak membencinya ketika bersama di lrt?

Selama ni, takkan budak lelaki itu tidak menyedari yang dia juga pelajar dari sekolah ini. Sekolah yang tidak pandai, tidak menempat budak-budak pandai? Mengapa? Mungkinkah dia cuma mempermainkan perasaan nya?  Tapi, apa yang ingin dipermainkan sedangkan mereka tiada apa-apa, tidak pernah bercakap dan hanya berkongsi lrt sahaja. Jadi... Dirinya  yang rupanya memperbodohkan dirinya. Hazira, kau bodoh!

Hyzal Hakimi memandang ke arah semak yang bergegar dan sekilas melihat budak perempuan yang tiba-tiba melarikan diri. Dia kemudian dia mengalihkan pandangannya pada budak perempuan yang meluahkan perasaan padanya tadi.

“ Okey ke macam ni?”

Budak perempuan itu senyum riang kemudian mengangkat ibu jari menunjuk tanda bagus. Mereka yang memerhati, tepuk tangan dan menghampirinya.

“ Bagus! terima kasih ye..terima kasih sebab sanggup jadi cameo untuk drama sekolah kami minggu depan. Kami betul-betul terhutang budi. ”kata pengerusi kelab drama sek. men. Seri Kemboja.

“ Maaflah disebabkan aku  tiba-tiba minta kau berlakon untuk drama ni tanpa beritahu awal-awal. Tapi kau berlakon sangat real, terkedu kami semua yang menonton.HAHHAAha...” Kata Shahril menepuk bahunya. Shahril dan dia adalah jiran dan walaupun mereka tidak bersekolah sama, tapi mereka saling study group setiap hujung minggu. Jadi permintaan Shahril yang tiba-tiba itu tidak mampu dia tolak. Segan pula dia menjadi cameo drama mereka.

 “ Takpe.. ah, tapi watak ni, cam kasar sangat. Betulkah budak-budak perempuan suka watak egois camni? 
“ Aah, aku pun tak sure. Minah tu yang director,dia kata nak watak genius cam drama korea playful kiss camtu ler,  terus aku ingat kau ! tambah-tambah dengan popularity  yang kau ada, so mesti ramai budak perempuan datang tengok nanti. “ balas shahril ketawa besar. Nampak sangat dia cuma nak ramaikan rating penonton. Tapi betullah, walaupun dia babaknya hanya kecil begini, dan dia rrehearsal camni je, dah ramai yang keliling menonton.

Hyzal memandang semak tadi. Dia yakin dia kenal persis gadis yang melarikan diri itu. Atau mungkin dia silap?





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'