Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 13 Februari 2014

Kawan




Bolehkah kau jadi kawanku? Katanya
Sentiasa mendengar sentiasa mengharap
namun jarang sekali mereka ketawa bersamanya
hanya bila diperlukan, mereka hampiri dan mempelawa

Buat separuh harinya sunyi
separuh lagi sendirian
Rutin dalam putaran masa yang sekian lama semakin sepi

dia cuba jadi terbaik, tapi mereka tidak endahkan
dia cuba tersenyum pada mereka, sopan itu katanya
dia buat segalanya, menjadi sempurna layak digelar setia
Bolehkah kau jadi kawanku?
Ah.. Bolehkah kau jadi kawanku? 

Tidak melibatkannya, dia makan sendirian
tidak memberitahunya, mereka bercuti bersama
Dia cuma memerhati mengetahui
Tiada lagi di bibir, tiada lagi bermakna
Bolehkah kau jadi kawanku? 







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'