Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 12 Februari 2014

Berikan kujawapan 72




“Ris bukan seperti apa yang kita sangkakan. Dia menipu kita selama ini.”
“ Maksud awak?”
“ Setelah awak hilangkan diri, Ris juga hilang.Kami siasat tentang dia dan dapat tahu dia bukan seperti yang dia katakan. Dia bukan tunang awak, tiada maklumat tentang dia,  keluarga yang dikatakan. Malah, tiada rekod menunjukkan dia pernah tinggal di US.  Kami sangkakan dia apa-apakan awak.”  jawab Kenny panjang lebar.
“ Oh, saya tidak tahu tentang itu.” 

Alisya memandang pada Neal yang hanya duduk menjadi pendengar dari tadi. Di meja makan ini, walaupun Alisya, Kenny dan Neal duduk sekali, Cuma Alisya dan Kenny yang berborak dari tadi. Neal dari tadi diam, tidak melibatkan diri, tidak berganjak dan pastinya matanya dari tadi memerhatikan setiap pergerakan Alisya.

“ Syukur tiada apa-apa berlaku pada awak. Tapi peliknya, apa motif dia mendekati awak , menipu kita semua kemudian bila sampai di KL berpisah begitu sahaja? Awak tak rasa pelik?”
“ Mungkin saya.. bernasib baik. Atau dia... yang tidak bernasib baik.” jawab Alisya melemparkan senyum. 

Kenny tidak faham maksud Alisya, tapi dia tidak suka senyuman Alisya itu. Tidak tahu mengapa setiap kali Alisya senyum ia kelihatan sinis dimatanya.

“ Dari tadi awak diam sahaja, kenapa? Apa yang tidak kena?” soalan Alisya tidak Neal jawab.
Kenny pelik, kenapa Neal ini?

“ Saya rasa saya better balik dulu, lagipun hari dah hampir lewat malam. “ 

Alisya bangun dari tempat duduk. Ditemani Kenny mereka berdua berjalan ke pintu keluar.

“ Apa kata kalau saya hantar awak pulang? Lagipun saya nak balik gak, sekalilah!” Cadang Kenny.  Alisya tidak mengendahkan cadangan Kenny, dia menyarung kasut tumit tingginya, bersedia untuk keluar. 

“ Alisya, bermalamlah di sini.” Tiba-tiba Neal bersuara. 

Merah padam muka Kenny bila mendengar Neal terang-terangan mengajak Alisya tidur di apartmentnya. Selama ini, tidak pernah Neal berani seperti ini, malah walaupun dia bertunang dengan Alisa, tidak pernah dia bawa Alisa tidur di rumahnya. Neal lelaki yang bertatasusila, menjaga adabnya dan batas pergaulannya.. Tapi bila dimbas kembali, itu Neal yang tiada perasaan pada Alisa, malah pada semua wanita lain. Kali ini perempuan ini adalah Alisya, cinta hati pengarang jantung Neal dan Neal sudah ingat segalanya, terutama perasaannya pada Alisya. Jadi adakah Neal maksudkannya?

Kenny yakin Alisya pasti menolak dan  naik malu  mendengar ajakan berani Neal itu!.Dia teringat yang betapa malunya Alisya sampai menyorok dalam selimut dahulu. Kenny tersengih sendirian bila teringatkan hal itu, betapa comelnya perangai Alisya ini.  Adakah Neal sengaja mahu trick Alisya seperti dulu? Diorang ni!

“ Hey, hey.. Neal..”
“ Saya ingin awak  di sini.. bersama saya.”   
Sambung Neal tidak memberi peluang Kenny menganggu. Neal mendekati Alisya.

“ Awak perlukan saya. Menarik... “ 

Alisya tidak jadi keluar.  Dengan lembut dia mengusap pipi kiri Neal.

“ I miss you Neal..”  Alisya ketawa kecil kemudian, dia memeluk Neal.

“ Saya cintakan awak Alisya..” kata Neal.
“ Saya tahu.”

Kenny yang memerhati, berkerut,hatinya rasa tidak senang. Kerana apa yang dilihatnya dia sangat berbeza dengan apa yang dilihatnya sewaktu Alisya hilang di hutan tempoh hari. Di matanya apa yang dilihatnya,  antara  mereka tiada langsung perasaan cinta.




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'