“ Apanya?”
“ Semuanya..”
Neal tidak mempedulikan Kenny, dia menjenguk ke bilik tidur,
melihat Alisya yang sedang berselimut, sedang lena tidur. Bibirnya menguntum senyum kemudian
perlahan-lahan merapatkan bilik tidur. Dia berjalan ke ruang tamu dengan Kenny
mengekori.
“ Bukankah kau nak balik tadi?”
“ Ya, aku tau. Tapi ada benda aku nak beritahu kau.
Kerunsingan aku.”
“ Terima kasih ya, kerana kau aku dapat berjumpa Alisya
kembali.”
Neal menepuk bantal tidurnya. Dia tidur di ruang tamu dan Alisya di bilik, itu maksudnya bila Alisya diajaknya tidur di sini.
“ Good night, kalau kau nak tidur, sofa tu free..”
“ Neal, dengar ni.. aku rasa ada yang tak kena dengan
Alisya.”
Kenny menjeling pada bilik tidur, takut-takut Alisya tiba-tiba keluar.
“ Camne aku nak cakap,emm.. dari tadi , kekadang aku rasa
dia bukan Alisya. Maksud aku dia memang Alisya tapi at the same time, dia
buatkan aku rasa dia macam orang lain. Honestly, kekadang aku rasa selesa
dengannya tapi satu-satu masa aku rasa takut skit.. tak tahu kenapa.. setiap
kata-katanya kekadang aku rasa seakan mengancam.. she isjust not like the person
i knew.”
Neal membisu. Sekali
pandang Kenny dapat rasa yang Neal tahu tapi sengaja tidak memberitahunya.
Soalnya sebab apa Neal tidak memberitahunya?
“ Kau tahu kan? Alisya, sejak dari awal, kau tahu dia bukan
Alisya kan? Sebab itu kau diam sejak dia datang.”
“ Apa kau melalut ni. Kalau di dalam bilik tidur itu bukan
Alisya, habis siapa dia?
“
Kenny tidak dapat membantah. Ya, itu Alisya. Takde yang beza
pun Alisya itu, rupanya, suaranya, segalanya – Itu Alisya yang dikenalinya, Apa
yang dia fikirkan ini?
“ Habis kenapa kau diam tadi, apa yang kau fikirkan bila
melihatnya?.”
“ Aku memikirkan yang semua ini mimpi, hampir tidak percaya,
yang di depanku, adalah Alisya..Sebab itu bila dia ingin pergi, aku tidak mahu
lepaskannya, takut kehilangannya lagi. “
Kenny juga tidak membantah jawapan Neal. Ia logic, ia
munasabah.. Mungkinkah dia yang keliru?
“ Maaf kan aku.”
Kenny rasa bersalah kerana mencurigai Alisya, dan Neal. ah, apa yang difikirkannya ? Mungkin sebab proses mencari Alisya selama ini buatkan fikirannya cam nak jadi detektif. Semua perkara nampak bermuslihat, nampak pelik, tidak kena. Syukurlah pencarian ini sudah berakhir, mereka boleh kembali kepada kehidupan sebelum ini dan yang penting Neal dan Alisya dapat hidup bersama gembira.
“ Terima kasih sebab risaukan aku . “
Neal menepuk bahu
Kenny, meyakinkan yang dia tidak langsung tidak ambil hati.
“ Kau tidur sini ke?”
“ Tak, aku balik. Kau jangan buat benda bukan-bukan dengan
Alisya. ” pesanan Kenny itu buatkan Neal
ketawa
“ Lagi satu.. “
Kenny mencapai jaketnya yang tergantung dan kunci kereta yang diletak di
atas peti ais.
“ Bila aku katakan
ada yang tak kena. Aku maksudkan kau juga.”
Neal senyum mengerti.