Memoir~
Ris bersandar di tepi
dinding bilik kurungan ini. Dari celah tiang, satu tangan terhulur mengusap
pipinya yang lekit dengan darah yang kering. Ris memejam mata, tidak peduli.
Ris tahu siapa di dalam bilik kurungan ini, juga tahu mengapa insan itu berada
di sini. Tangan itu kembali masuk ke
dalam kemudian selang beberapa minit keluar
dengan memegang segelas air. Ris tidak mempedulikannya.
Tidak putus asa, dengan kain basah di tangan, penghuni bilik kurungan itu
menyentuh dan membasahkan bibir Ris, seolah-olah mengetahui Ris sudah lama
tidak minum air dan tubuhnya sangat lemah.
“ Tahu berapa lama manusia boleh hidup tanpa air? “
kata Arsya satu hari dan dia diarahkan untuk tidak minum untuk beberapa hari
itu. Pada hari ke 5., saat Ris begitu lemah, . Arsya mengurung Ris sendirian di
bilik kurungan ini dengan kata kata “ Bosan! Permainan ini membosankan, Kau
membosankan.. ”.
Di sini, terdapat sebuah
penjara kecil dari besi yang menempatkan penghuninya. Sekali sekala Ris akan
ditempatkan di sini dan sekali sekala Ris melihat wajah di sebalik bilik kurungan
itu. Di sebalik tiang besi itu, seorang gadis persis Arsya berada di situ.
Walaupun wajahnya seringkali kelihatan pucat lesi, bibirnya sentiasa menguntum
senyuman saat mata mereka bertembung. Kemesraan dipamerkan diwajahnya walaupun
mereka jarang-jarang berbicara.
“Alisya, mengapa awak berada di sini?” soalan itu yang diajunya
saat kali pertama dia berjumpanya. Sewaktu Arsya membawanya ke sini. Kali pertama dia tahu rahsia Arsya.
“ Awak tahu siapa saya?”tanya Alisya kembali.
Ris keliru. Sepatutnya Arsya tidak akan mencederakan sesiapa
setelah mempunyai ‘boneka’nya sendiri.. itu yang sepatutnya, jadi kenapa Arsya
boleh menyembunyikan Alisya di sini?
“ My lovely little twin.. “
kata Arsya memperkenalkan. Ris dipeluknya gembira..
“ Siapa dia?” tanya Alisya
marah.
“ My doll...”
“ Kakak! Kak tak patut libatkan orang lain..”
“ Shh... kau patut diam. Disebabkan dialah, kau tak cedera
lagi..Dan disebabkan dia...lah i won’t play you.. I will play with my new toy.”
Arsya sengih
kemudian membuka kancing butang baju Ris, mendedahkan dada lelaki ini. Ris diam rela.
“ Lihat ini..”
Arsya mengeluarkan sebuah pisau pemotong daging,
kemudian perlahan-lahan mengoresnya di dada Ris.
Ris tersentak dari lena. Badannya terasa lebih segar berbanding sebelum ini. Perlahan-lahan Ris cuba bangun dan ketika itulah tangannya terlanggar gelas kaca yang sudah kosong. Di tepi tiang,
Alisya sedang tertidur keletihan.
Menyedari yang Alisya lah yang tidak putus-putus menuang air pada nya, Ris panas hati.Sekali lagi, kenapa mesti Alisya mempedulikannya? Bunyi gelas yang tergolek mengejutkan Alisya.
“ Awak....awak dah ok?” tanya Alisya sebaik sahaja terjaga dan melihat Ris berdiri di depan bilik kurungannya.
“ Awak tak perlu buat semua ini!.Sebaik manapun layanan awak pada
saya, saya tak boleh buat apa-apa untuk awak. ”
“ Saya tidak perlukan apa-apa pun daripada awak. Ini kehendak
saya.. ” tegas Alisya.
Ris berpaling untuk naik ke tingkat atas, kembali menanti Arsya
seperti biasa.
" Terima kasih." katanya perlahan.
“ Awak! Awak bukan sebuah boneka." panggil Alisya, menghentikan langkah kaki Ris.
" Awak mempunyai pilihan..jadi kenapa? Kenapa awak berada di sini? ”
“ Sama seperti awak.."
“ Awak lakukan semua ini untuk melindungi siapa?"
Ris mendaki anak tangga untuk naik ke atas.
" Awak korbankan diri awak untuk siapa?Beritahu saya... adakah dia orang yang awak cinta?"
di tengah tangga, Ris berhenti dan memandang Alisya.
“ Saya cintakan Arsya, demi melindunginya dari dirinya.. dari
kegilaannya, saya lakukan semua ini.”
Jawapan Ris membuatkan Alisya terdiam.
“ Kenapa? Awak rasa saya bodoh kerana mencintai seorang gadis
seperti Arsya? Dia takkan menghargai saya, malah tak mungkin mencintai saya
kembali... dia.. hanya mempergunakan saya, mempermainkan perasaan saya, ‘merosakkan’ saya.... “
Alisya geleng kepala tidak bersetuju dengan anggapan Ris terhadap
dirinya.
“ Tidak saya tak fikir begitu.Yang saya fikir ialah awak mengingatkan saya pada dia. Sanggup melakukan apa sahaja melindungi cinta
awak.. ianya tidak bodoh, dan tidak salah. Sebuah pengorbanan tanpa pembalasan,
ia sebuah cinta yang kukuh.. tapi...
“awak akan mati demi cinta ini..seseorang perlu hentikan awak.. “
luah Alisya risau.
Kerisauan itu yang membezakan antara Alisya dan Arsya. Dua
wajah dengan jiwa yang berbeza. Hatinya tersentuh melihat Alisya risau pada
dirinya. Tetapi...
“Alisya, hakikatnya saya bencikan Arsya, terlalu membencinya namun terlalu
mencintainya. Kerana terlalu
mencintainya saya juga semakin membencinya.. Apa yang saya lakukan terhadap
diri saya,saya tiada kawalan terhadapnya. Juga tiada sesiapa yang dapat membebaskan
saya dari semua ini. Kerana disebalik keperitan dan penderitaan ini, kegembiraan juga hadir bila saya berada disisi Arsya , mencintainya, menjadi miliknya. Gila.. Memang diri ini bukan lagi milik saya. Selamanya-lamanya ia sudah menjadi milik
Arsya. Cinta ini sudah menghilangkan semua pertimbangan, jadi apa perlu saya
lakukan? Saya mencintai Arsya..”
“ Jangan
berhenti mencintainya.. Jika kehilangannya lebih perit dari berada di sisinya, maka jangan lepaskannya... ia sakit, ia menyeksakan tetapi ia jua sebuah cinta.. "
Ris senyum...
“Alisya, Apakah kesilapan saya? Mencintainya atau jatuh cinta padanya?”