Neal tidak terkejut bila melihat Kenny sedang menantinya di luar
rumah. Sudah beberapa hari Kenny tidak ke sini dan Neal mengagak Kenny
pasti sudah mengetahui segalanya. Neal
keluar dari rumah, menghampiri Kenny dan juga Alisa. Kedua-dua mereka kelihatan
berbeza, Kenny terutamanya, sudah lama dia tidak melihat kemarahan itu di wajah
Kenny.
“ Kenapa ?” tanya Neal.
Senyuman dilemparkan cuba
menjernihkan suasana.
“ Kau tak pernah beritahu aku yang Alisya dan Arsya adalah
kembar.”
“ Apa kaitannya?”
“ Kau juga tidak beritahu ‘game’ yang Arsya suka main, how she
love to act like her little sister.. and she’s good with it..”
“ Details itu tidak penting.”
“ Hmm. Ok how about this details? Arsya masih hidup, you know
about it right?’You should know about it!" Kenny mencampak satu file hitam ke dada Neal.
“ Mana kau dapat ni?”
“ Private investigator kita yang bagi.. sewaktu kita cari
Alisya for 5months ni, kau suruh dia
siasat juga pasal Arsya..dan kau sembunyikan laporan ini dari pengetahuan aku..
kenapa? Apa lagi yang kau sembunyikan? “
Tiada jawapan dari Neal- kaku membisu.
“Keraguan aku itu bukan tidak berasas, everything makes sense
now.. Apa kau pasti yang di dalam rumah
ini adalah Alisya bukan Arsya?!”
“Ini tiada kaitan dengan kau.” Balas Neal dingin.
Kenny tergamam. Tiada kaitan? Jadi apa yang dia lakukan selama ini
tidak pentingkah? tidak bernilai bagi Neal hinggakan Neal menyembunyikan semua
ini dari pengetahuannya. Bukankah mereka adalah sahabat, bukannya sekejap
tetapi sejak sekolah lagi dan Neal sentiasa menyembunyikan segalanya,
seolah-olah tidak percaya pada dirinya, tidak menggap dirinya sebagai sahabat?
Jadi siapa dia bagi Neal? Dammit!
“ Aku tak pernah minta kau terlibat dalam hal aku.” Sambung Neal .
Hampir-hampir sahaja mereka bertumbuk, tapi tindakan Alisa yang
pantas memegang Kenny, menghalang semua itu dari berlaku. Alisa merenung Neal
yang kelihatan tenang menghadapi kekecohan ini. Alisa tidak faham kenapa Neal
seperti orang lain, Neal yang dikenalinya tidak pernah bertindak mementingkan
diri seperti ini.. terutama pada Kenny-satu-satunya sahabatnya.
Jangan risau, aku masih Neal.
“ Everything is wrong here,
and you know it!” luah Kenny berang.
Pintu rumah tiba-tiba terbuka, dan Alisya melangkah keluar,
melihat kekecohan di luar rumah ini. Dari reaksi wajahnya, dia tidak tahu.
“ Neal? Kenny..? Alisa?”
“ Kau siapa sebenarnya ha?” soal Kenny mendadak. Neal mengangkat tangannya menghalang dari Kenny mendekati Alisya.
“ Cukup, jangan libatkan dia..”
Neal mengalih Alisya supaya berada
di belakangnya. Terpinga-pinga Alisya.
“ Kenapa? kau takut yang aku akan mengetahui kebenarannya?”
“ Alisya, awak masuk dulu...”
“Kenapa?...’
“ Please...” akhirnya Alisya akur dalam kekeliruan.
“ Kenny, apa yang kau nak sebenarnya?”tanya Neal sebaik memastikan
Alisya selamat di dalam.
“ Berikan aku jawapan yang memuaskan semua persoalan aku dan
keraguan ku..”
“ Baiklah.. Di dalam rumah ini, perempuan yang berada di dalam ini,
perempuan yang kau ragu-ragu identitinya, dia adalah Alisya. Kepastian aku takkan
berubah dan apa jua yang kau nafikan atau jelaskan, ia tidak bermakna apa-apa
padaku.. “
“ Kau keliru! ”
“ Tidak!”bangkang Neal. Dia membuka pintu rumah untuk masuk.
“ Kau berdua, cukup sampai sini sahaja. Jangan libatkan diri lagi
dalam hal aku. ”
Neal masuk dan pintu dirapatkan.
Sebaik sahaja Neal melangkah
masuk, sepucuk dart melayang ke arahnya. Walaupun sempat Neal mengelak, namun
lehernya tergores dek serangan yang mengejut itu. Darah mengalir dari lukanya dan disambut dengan ketawa kecil yang berkumandang lembut.
Neal memandang Alisya
yang dari tadi senyap-senyap menunggu dia masuk. Sengihnya melebar ke telinga seolah-olah
mengetahui apa yang berlaku di luar sana.
“ Upss...” kata Alisya comel.
Dibelakang Alisya, kaca
televisyen yang terpasang sedang mempaparkan berita tentang penemuan mayat yang hampir reput di
sebuah gudang lama. Identiti mayat itu
dikenali sebagai Rishaz Zakrie, lelaki yang dilaporkan hilang ketika berusia 12
tahun dan terlibat dalam penculikan serta pembunuhan di sebuah hospital swasta
, 10 tahun lalu.