Ris sedang menghidangkan makan malam yang merupakan nasi dan lauk
yang dibeli bungkus, sambil Alisya duduk memerhati dari meja makan. Wajah
Alisya kelihatan bosan, kemudian untuk menghilangkan perasaan itu, dia bangun
dan berjalan di ruang tamu Ris ini. Setiap perabot dan perhiasan di rumah
ini diperhatikan satu persatu. Siapa sangka gudang lama ini telah diubah
menjadi tempat tinggal, walaupun tiada apa sangat..Yang ada hanya meja
makan,sebuah sofa lama, sebuah tilam kusam , sinki dan sebuah almari kaca. Juga
tersembunyi sebuah bilik bawah tanah yang digunakan sebagai sebuah kurungan yang
menempatkan dirinya selama ini.
Alisya tidak pernah keluar dari sini, namun dia
tahu tempat ini terasing jauh dari penempatan, mungkin di kawasan hutan kerana
dia sentiasa mendengar bunyi cengkerik di luar.Alisya berhenti di almari kaca yang digunakan untuk mempamerkan
barang hiasan. Di dalamnya terdapat 5 anak patung berupa budak lelaki. Hanya
satu kelihatan cantik dan seakan tidak terusik, diletak di rak paling tinggi
bersama sebuah pisau bedah lama. Yang lain, semuanya berkeadaan mengerikan,
tiada anggota badan, mata dikorek, koyak rabak , muka dan dada penuh dengan
jahitan, rambut digunting dan kepala di dikorek.. Tidak senang hati Alisya
menatapnya.
“ Ditempah khas, milik Arsya.. semuanya..” kata Ris yang senyap-senyap berdiri di
sisi Alisya, seolah-olah mengetahui persoalan di hati Alisya. Alisya perasan reaksi wajah Ris suram saat merenung patun-patung itu . Alisya kembali memerhatikan patung-patung
itu. 4 patung itu semua.. ia seiras Ris.
“ Mari makan...” ajakan Ris diturutinya.
Mereka berdua menjamah nasi berlauk ayam goreng berempah dan udang
masak cili padi dengan senyap. Dari perkiraan Alisya, sudah hampir seminggu, mereka
hidup seperti ini, juga bermaksud sudah 7 hari, Ris tidak lagi mengurungnya di
bilik bawah. Tiada ancaman, tiada ketakutan sepanjang ini.. Ris tidak
mengasarinya , malah memberikan kebebasan untuk dia di sini, kecuali.. Alisya
menjeling pintu gudang yang sentiasa berkunci itu.. Ya, Ris masih memerangkap nya di sini..
“ Ini je mampu saya bagi awak, makanan bungkus. Saya tidak reti
memasak..tidak pernah masuk dapur selama ini, Arsya yang melakukan semuanya.” Ris
berbicara, wajahnya riang bila mengingati Arsya yang sedang masak di dapur
dan dia akan selalu senyap-senyap memeluk Arsya saat Arsya leka di dapur.
Mereka berdua cukup gembira..
“You are a great cook.” kata Ris.
Alisya diam tak membalas. Dia
tahu Ris masih lagi keliru.. Sekejap dia memanggil dirinya Alisya, kemudian memanggilnya Arsya.
“ Kita patut pulang ke rumah kita .. I miss everything, I miss
you...Ingat tak? Setiap hari Sabtu kita akan tonton this movie... “
“ Ris, saya tak pernah ke ke rumah awak.. ” potong Alisya.
Ris
tersentak.
“ Oh.. ya...tak pernah..”
Sudu
makan diletakkan ke tepi, tidak lagi menyambung makannya. Ris mengelap mulutnya
dengan tisu, kemudian dia memaksa dirinya tersenyum. Bangun menuju ke sinki dan
membasuh tangan yang menggigil.
“ Ya, .. Arsya dia.. “ Ris tidak meneruskan kata-katanya.
Dia
terbayangkan tubuh Arsya yang sedang sejuk dan keseorangan di suatu tempat, tidak percaya
yang dia sendiri telah mencampak dan menanam tubuh itu, perempuan yang
dicintainya, tanpa rasa belas.Tidak mungkin!tidak!! Bagaimana dia boleh silap?! Ris
menyental tangannya hingga merah dan melecet, seolah-olah hendak menghilangkan kotoran di
tangan.
Memori malam itu kembali jelas di ingatannya. Semuanya, dia masih
ingat arahan dari Arsya, butiran itu jelas dan padat. Dia ingat bagaimana dia masuk ke
bilik kurungan dan melihat Arsya sedang berlumuran dengan darah. Di hujung
kaki Arsya, Alisya terbaring kaku. Jika itu bukan Alisya, jadi adakah Alisya yang
membunuh Arsya? Tak mungkin kan? Alisya bukan begitu orangnya, antara mereka
berdua, Arsya lebih kuat dari Alisya, jadi kenapa? Tidak masuk akal!
Malah arahan malam itu, jelas di memorinya, semua rancangan Arsya,
semuanya diberitahu padanya malam itu juga..tentang Neal semuanya.. Ia tidak mungkin
Alisya! Tak mungkin! Malah selepas dia menyembunyikan mayat Alisya, apabila dia kembali
ke tempat kejadian kelihatan Arsya sedang tersengih-sengih sambil menyebut “ I found my lost doll. I found my lost doll.. i
found my lost doll..” berulang kali. Kelakuannya sama seperti yang di lihatnya
sepanjang mereka di hospital dahulu , ketika mereka melarikan diri dari situ,
malah ketika Arsya terlalu teruja bila mencederakan dirinya.. Seumur hidupnya
dia melihat pandangan itu, sengihan itu, suara itu.... Ia sama, ia milik Arsya.
“ Ris, berhenti.. “
Tangan Ris Alisya pegang dengan lembut, menghentikan
perbuatan Ris. Ris merenung darahnya yang mengalir bersama air
paip ke lubang sinki, tidak menyedari yang dia telah menggosok tangannya hingga
terluka. Paip air Alisya tutup, kemudian dia memimpin Ris ke sofa. Duduk di situ.
“ Jangan cederakan diri awak.. Ada pembalut? Atau plaster? “
“ Tiada..”
“ Nanti kena air mesti pedih.. Masa keluar
nanti, jangan lupa beli pembalut dan plaster.. minyak gamat sekali.."
Alisya bangun dan mengambil tisu makanan yang masih bersih. Dia membaluti luka di tangan Ris, menghentikan darah luka.
"Juga beli susu
segar. Saya perasan sudah berapa hari awak tak tidur lena, sebelum
tidur minum susu, ia dapat menenangkan awak ..” pesan Alisya.
“ Awak tak usah bimbang tentang saya."
“ Ini kehendak saya, nak bimbang atau tidak..Lagipun, saya memang
tak boleh tengok sesiapa pun cedera di sisi saya.. jadi, awak terima jelah!..” bebelan Alisya disambut Ris dengan senyum. Wajahnya ceria. Sudah lama Alisya tidak melihat senyuman seperti itu... seperti sewaktu mereka di kampung dahulu.
"You have become comfortable around me..” kata Ris.
“Kenapa tak boleh ke?”
“ Awak tak takut?” pertanyaan Ris itu buat Alisya terkedu. Dia hampir terlupa siapa Ris sebenarnya.
“ Saya takut. “ kata Ris.
“Takut yang saya juga akan begitu selesa dengan awak, kemudian terlupa..
siapa diri saya.. siapa awak.. “
Ris mencengkam lengan Alisya.
“ Awak Arsya! Awak tak mungkin Alisya!!! ”
Alisya geleng kepala,
menafikan. Pegangan Ris semakin menyakitkannya.
“Walau pun di mata saya, saat ini.. perbuatan awak, kata-kata awak,
ia sama seperti Alisya.. Tak mungkin awak Alisya tau! Saya tidak boleh kehilangan
Arsya!”
“ Ah, Ris... sakit!..”
Alisya mengaduh tidak tahan kepedihan bila kuku Ris mulai mencengkam tembus ke kulitnya.
“ Ris... sakit.. ..”
Ris
terkejut, pantas melepaskan pegangannya. Dia tidak sedar dia menyakiti Alisya.
Langsung tidak sedar! Melihat wajah Alisya dan air mata yang penuh dengan
ketakutan pada dirinya, cepat-cepat Ris menjauhi dirinya dari Alisya. Ris tidak mahu Alisya melihat
dia seperti ini..selama 7 hari ini, dia semakin sedar kesalahannya..
“ Di bawah sinki, ada kunci untuk pintu. Ambil dan pergi dari
sini.”arah Ris. Dia bangun menuju ke almari kaca, membuka dan dengan marah mengeluarkan keempat-empat anak patung yang rosak dan dicampaknya ke lantai.Dia
mencapai pisau bedah .
“Pergi!! “Alisya masih membatu.
“Pergi dari sini! Saya tidak mahu melakukan kesilapan lagi.”
“ Ris..”
“ Saya akan bunuh awak Alisya!” bentak Ris memberi amaran.
Dia
merenung Alisya. Di tangan, pisau bedah dipegang kemas-kemas. Ris
serius.
Melihat keadaan itu, Alisya cepat-cepat mencari kunci yang dimaksudkan itu. Sebaik memperolehnya, dia bergegas ke pintu. Namun sebaik
sahaja kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci, Alisya berhenti, tidak jadi
untuk keluar sebaliknya dia berpaling dan berlari ke arah Ris yang terkejut. Ris yang tidak menjangka akan tindakan itu. Tubuh Ris Alisya peluk.
“ Terima kasih.. akhirnya awak memanggil nama saya.. Alisya..
“ kata Alisya.
Air mata Alisya jatuh ke bahu
Ris.
Ris mengusap rambut Alisya..dia tidak keliru.. tidak lagi. Permainan ini sudah tamat.
“ Awak adalah Alisya.. maafkan saya Alisya..maafkan saya...“ kata Ris perlahan.
Senyap-senyap, pisau bedah yang berada di
tangannya dihala ke tubuh sendiri, bersedia menikam dirinya sendiri, membunuh
dirinya.. Ris memejam mata, berharap yang dia akan dapat melihat Arsya dalam
memorinya.
“ Tidak!..” tahan Alisya.
Tangan Ris dipegangnya kuat-kuat,
menghentikannya. Ris memandang Alisya yang rupanya menyedari niatnya ini. Alisya
sedang tersenyum.. Saat itu Ris sedar..
“ Selamanya aku adalah Arsya.. ” kata Alisya.
Sambil memegang tangan Ris, pisau ditusuk ke perut Ris lalu ditoreh naik hingga ke leher Ris. Segalanya begitu pantas. Darah memancut membasahi tubuh Arsya yang sedang merenung dingin padanya. Tubuh Ris jatuh terlentang ke lantai.
“ Kau memang terlalu mudah dipermainkan.. you almost win, almost had me.. ” kata Arsya angkuh. Dia mengesat bilah pisau yang berlumuran dengan darah Ris pada bajunya.
Ris perlahan-lahan memegang lehernya yang terbelah. Sekelip mata tangannya penuh seperti menadah air yang tumpah,semakin lama semakin banyak, panas dan merah, ini darahnya..Nafasnya pula begitu sukar disebabkan darah yang penuh di salur pernafasannya. Ia perit, menyakitkan, begini rasanya di hujung nyawa. Ris ketawa dan terbatuk-batuk dengan darahnya sendiri.
“ Apakah kesilapan saya? Mencintainya atau jatuh cinta padanya?”
Ris memandang Arsya yang semakin kabur di matanya.
“ Saya sukakan cinta, ia lemah dan saya boleh mempergunakannya sesuka hati saya. Seperti cinta Neal dan adik saya... dan seperti cinta awak pada saya...”
Arsya tidak pernah mencintainya, namun Arsya tahu dia mencintainya..Baginya itu sudah cukup. Itu sudah sempurna. Walaupun dia hanya sebuah 'patung'. Air mata Ris mengalir bukan dek kesakitannya, atau pembelotan ini. Dia memang tahu dirinya hanya dipergunakan.. malah dia sudah lama tahu cintanya ini akan membawa maut di penghujungnya.. dia sudah mengagak sejak kali pertama dia menyerahkan diri pada Arsya- menjadi 'milik'nya.
" I will play with you.. I'll be your doll"
Tangisan ini disebabkan dirinya begitu gembira bila mengetahui Arsya masih hidup. Di depannya ini, dia melihat Arsya! Arsya belum mati! Dia tidak silap..Matanya semakin kabur dan lama-kelamaan menjadi gelap gelita.. Ris tahu.. namun dia tidak menyesal.. peliknya dia tidak menyesal.. tiada penyesalan dalam percintaanya.. Ris berkumat-kamit.
‘ I love you...”
Itu yang difikirkan, ingin diucapkan, dan itu
yang bibirnya cuba ungkapkan dengan mulutnya yang penuh dengan darah. Kata-kata itu tak mungkin dapat disebutkan, tak mungkin Arsya dengar dan jika Arsya dengar pun, Arsya tidak akan membalasnya, . Selama ini, dia hanya sebuah 'anak patung' Arysa.
".. hakikatnya saya bencikan Arsya, terlalu membencinya namun terlalu mencintainya.."
" Cinta ini... ia merosakkan dan dia tidak dapat berhenti dari semua ini."
Ris mengukir senyum.. dia kini bebas.. akhirnya.. Nafasnya
terhenti.
“ Game ends. I love you my still doll..”
Arsya mengusap pipi Ris kemudian tubuh kaku itu dilangkahinya. Dia mencapai satu-satu patung yang masih terletak di atas rak,kemudian keluar.