Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 3 Jun 2014

berikan kujawapan 85

"Ada seseorang yang sentiasa dapat membezakan siapa Alisya dan siapa Arsya. Walau sebanyak mana Arsya cuba menjadi Alisya, membohonginya , dia tidak pernah tertipu."
"Siapa?"
"Neal hanya budak itu sahaja yang tahu"

Kenny tidak mengerti mengapa Neal tidak nampak seperti apa yang dia lihat.  Neal sepatutnya lebih tahu siapa perempuan itu kan?

"Di dalam rumah ini, perempuan yang berada di dalam ini, perempuan yang kau ragu-ragu identity nya,  dia adalah Alisya. Kepastian aku takkan berubah dan apa jua yang kau nafikan atau jelaskan, ia tidak bermakna apa-apa padaku..
“ Kau keliru! ”

Keliru, ya, Neal keliru.. Itu bukan Alisya. Perempuan di rumah itu jauh berbeza perwatakannya. Dia bukan Alisya yang Kenny kenal. Jelas, semuanya jelas, sesiapapun boleh melihat yang Alisya ini bukan Alisya. 
Mengingat kembali saat Alisya muncul kembali di depan Neal, diingati kembali, bagaimana Neal menyambutnya, senyumannya,pandangannya semuanya membuktikan yang Neal seolah-olah mengetahui di depan mereka hari itu, adalah orang lain. Bukan Alisya! Jadi kenapa kata-kata Neal menyatakan yang sebaliknya? Apa yang Neal sembunyikan?

Mesej dari telefon bimbitnya berbunyi dan menganggu khayalannya. Kenny membacanya.

“ Keputusan forensik tentang cap jari yang dijumpai di tempat penemuan mayat tu masih belum dapat. Aku akan update kau lagi - 010xxxxxx-“

Kenny tahu perbuatannya ini salah.  Diam-diam dia menggunakan ‘seseorang’ dalam pasukan polis yang menyiasat kematian Ris,  cuba mendapatkan maklumat  yang selaku orang biasa tidak wajar mengetahuinya. Kenny menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek.

“ Hai, Kenny...”

 Kenny- untuk pertama kalinya dia tidak suka dipanggil Kenny. Tidak suka bila nama ‘Kenny’ itu disebut secara kasual seperti itu, oleh suara itu. Ia serba tidak kena.Kenny menoleh pada Alisya yang dipelawanya untuk bertemu di sini ,tanpa pengetahuan Neal.  Ini sajalah caranya untuk dia berdepan dengan Alisya dan mendapatkan kepastian dan dia terpaksa berbuat begini kerana sejak peristiwa tempoh hari, Neal tidak membenarkan dirinya mendekati Alisya. Apa yang membuatkan Neal terlalu melindungi Alisya seperti ini? Hinggakan menjadikan sahabat sendiri sebagai orang asing sedangkan perempuan ini yang lebih asing dari mereka.

“ Awak tidak pernah panggil saya sebagai Kenny selama ini, tapi sejak awak muncul kembali, ianya berubah? apa yang mengubahnya?”
 “ Itu bukan soalan yang awak ingin tanyakan sebenarnya kan?”

Jawapan itu sedikit mengejutkan. Di sebalik wajah jelita yang kemerah-merahan disinari mentari yang sedang mengarak senja, Kenny tidak sukakan apa yang dilihatnya. Renungan dan senyuman Alisya yang  seolah-olah sedang mempersendakan dirinya.

“Tanyalah, semua yang kau ingin tahu..“
Nada suaranya tenang dan angkuh. Lain.. setiap minit, Kenny semakin tidak mengenal Alisya.
“I think you might lie..“
“ What lie?”
“ Tentang kau adalah Alisya..”
“Who told you? ”

Alisya memerhatikan kocek Kenny yang menyembunyikan telefon bimbitnya, seakan mengetahui apa yang Kenny cuba lakukan. Perbuatannya itu meresahkan Kenny. Namun paling tidak selesa bila melihat tiadanya reaksi dari Alisya.  Jauh berbeza dari ketika kali pertama dia menuduh Alisya adalah seorang psiko. Kali ini juga sama, dia menuduh Alisya, namun reaksi Alisya berbeza, seolah-olah Alisya tidak kisah, tidak peduli..Mana air mata, mana penafian? Mana kemarahan? Seolah-olah Alisya adalah orang lain. 
Ketenangan Alisya ini menakutkan Kenny kerana dia tidak dapat mengagak apa yang Alisya sedang fikirkan atau akan lakukan.

“ Bukankah sepatutnya kau nafikan? Kenapa kau tak nafikan?!”

Melihat kemarahan dan kekeliruan Kenny, Alisya tidak dapat menahan rasa lucu di hatinya.

“ Aku Alisya...seratus ...peratus.. ”

 Kenny geram. Jelas Alisya mempermainkannya, kata-kata yang keluar dari mulut Alisya semuanya dusta.

“Jangan pandang aku begitu..  “ tegur Alisya, kali ini dia ketawa.
Bagi Kenny, situasi ini tidak lucu jauh sekali kelakar.
“ Apa yang kau nak dari Neal?” soal Kenny bila  tawa Alisya berhenti.

“ I want him to die.. M.A.T.I. Tapi, jika dia mati, I won’t have any doll to play right? So I guess, i stick with him, and get rid people around him, starting with Alisya..”

“ Apa kau buat pada Alisya?!Mana dia!” tempik Kenny bila mendengar jawapan tidak siuman Alisya itu.

“ Citcitcit..kenapa kau terlalu risaukan Alisya sedangkan kau tak pernah mengenalinya selama ini? “

Alisya mendekati Kenny.
"Hey, don't call me Khairul."
"Khairul, khairul, khairul, khairul!!.”
"Saya suka borak dengan awak. Awak buat saya ketawa. Saya sukakan keadaan macam ini."

Kenny tergamam. Dialog yang hanya antara Kenny dan Alisya di dusun rambutan diulang Alisya , lebih tepat dipersendakannya.  Kenny tergamam.  Dia menepis tangan Alisya yang cuba menyentuh pipinya. Alisya ketawa.

“ Kau...” Kenny menggenggam penumbuknya, wajahnya merah padam.Segalanya kini jelas,  selama ini, selama ini.. perempuan di depannya .. bukannya Alisya!

“ Well, life is full with lies... of course yours too..”
Kenny merentap tangan Alisya.
“ Arsya?!” Alisya senyum mengiyakan.

“ Neal, i gave him something.. Would you check him for me?”

Serta merta Kenny teringatkan Neal. Arsya dilepaskan. Tidak! Dia telah meninggalkan Neal dengan perempuan gila ini. Sepatutnya dari awal lagi dia menegaskan bantahannya, mempercayai nalurinya. Apa yang Arsya telah lakukan pada Neal, kesannya.. traumanya pada diri Neal, Kenny telah lihat selama ini dalam hidup Neal.  Selama ini dia hanya memerhati , tidak mengerti kali ini dia sudah faham.. dia ingin berada di sisi Neal. Itu janjinya, namun dia gagal.. melindungi sahabatnya.
Kini,  apa sahaja mampu terjadi pada Neal.

Tanpa berfikir panjang,  dia meninggalkan tempat ini, terus menuju ke keretanya sambil tidak putus-putus menelefon Neal. Tiada sesiapa yang menjawabnya, ianya berderingan tanpa penghujung.

“ Answer me Neal!”

Kereta dipandunya keluar dengan laju. Namun tidak sampai beberapa minit, keretanya hilang kawalan sebelum ia tergelincir dan terus merempuh masuk ke deretan-deretan lot kedai. Jeritan memenuhi ruang dan asap tebal keluar dari bonet depan kereta Nissan yang terbuka. Di dalamnya Kenny tidak sedar diri di tempat duduk pemandu. Dari darah yang berlumuran di tubuhnya, Kenny kelihatan parah.
 Orang ramai mula berpusu-pusu ke tempat kejadian. Terdapat  beberapa pekerja kedai yang tercedera.

“ Stupid, you should drive far and get hurt somewhere else.” rungut Arsya sambil mengigit ibu jarinya tidak puas hati.

Dari celah orang ramai, Arsya terus memerhatikan cubaan dua pemuda yang cuba mengeluarkan Kenny yang tersekat di dalam kereta . Di hatinya mengharap kereta itu meletup , agar lebih ramai yang terkorban.

“ Kenny!! “ jerit Alisa yang turut menyaksikan kejadian itu.




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'