Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 23 September 2014

Berikan Kujawapan 91




Neal  merasakan kehangatan tangan Alisya yang membelai wajahnya. Merinduinya, menantikan saat-saat bila semuanya kembali kepadanya, bila Alisya kembali padanya... Hari ini, saat ini.. penantian dan rindu ini berakhir. Tangan Alisya dipegangnya seerat-erat ,  kemudian dia merenung wajah Alisya. Jernih air mata yang mengalir di pipi Alisya diusapnya perlahan-lahan.


“ Saya rindukan awak...” kata Neal, membelai wajah Alisya. Dan Alisya memejam matanya, merinduinya, sama seperti Neal. 
“ Saya pun..”
“ Awak ambil masa yang lama untuk kembali pada saya...”
“ Awak pun..”
“‘Jangan tinggalkan saya ... lagi...”

Alisya perhatikan Neal mengeluarkan seutas rantai silver berbentuk nota musik dari kocek seluarnya.  Ianya masih cantik walaupun sudah hilang sinarnya. Rantai yang sekian lama menanti pemiliknya.

“ Hadiah untuk awak..”

Neal menyarungkan rantai itu ke leher Alisya. Kemudian, sambil merenung Alisya, imej ini dipahat di memori.

“ Cantik, seperti yang saya bayangkan selama ini..”  kata Neal memuji.

Bibirnya terukir senyuman yang Alisya rindu, seperti dulu, wajah ini dan kegembiraan Neal lah yang menjadi teman dan semangatnya untuk meneruskan hidupnya yang selama ini terpenjara.  Kali ini, ia bukan lagi sebuah memori. Alisya memejam matanyanya,  dia mahu ingat segala rasa ini, debaran ini, kegembiraan ini... bila bersama Neal.

Alisya mengusap rantai di leher ini, mimpikah? Jika ini mimpi, dia tidak mahu bangun lagi. Tidak percaya yang kebahagiaan ini, kembali padanya. .Neal, kembali kepadanya.. Segalanya kembali kepadanya semula.  Adakah ini sebuah mimpi? Air matanya kembali menitis.

“ Kenapa?” tanya Neal lembut. 

Serta-merta Alisya memeluk Neal. Wajahnya dibenam ke dada Neal yang kini basah dengan air matanya.

“ Saya ingat segalanya.. apa yang saya lakukan terhadap Arsya..”
Wajah Neal serta-merta berubah, seakan tahu perkara ini akan berlaku..
 “ It was a self defense..” balas Neal.
“ Terhadap Ris, Khairul, Alisa... ”
“ Awak tidak tahu apa yang awak lakukan, awak keliru, awak adalah mangsa..mereka akan faham, saya akan buatkan mereka semua faham.. ”
“Tetapi diri ini yang melakukan semua itu.. saya, Alisya.. .”
Neal diam..

 “ Lepaskan saya..lupakan saya.. “ kata Alisya.

Neal terkejut. Pelukannya terlepas, dia memandang Alisya seakan tidak percaya dengan permintaan Alisya itu. Matanya bergenang, tidak sangka permintaan itu yang Alisya mahukan..Dia tidak inginkan ayat itu, dia tidak mahu mendengar itu. Berhenti, jangan teruskan lagi!

“Neal, awak tidak perlu melindungi saya lagi..” sambung Alisya.

“ Saya tidak pernah melindungi awak... seumur hidup ini, apa yang saya lakukan.. kerana saya ..”

Neal tidak menghabiskan ayatnya bila Alisya meletakkan jari telunjuk nya ke bibir Neal,  menghalangnya dari meneruskan kata-katanya.

“ Jangan teruskan.....  ia akan mengubah fikiran saya.. “

Neal tidak mengerti. Namun semuanya jelas bila tiba-tiba Alisya  meninggalkan dirinya. Dan arah laluannya bukannya menuju ke hutan sebaliknya  tanpa henti ke tebing puncak ini, Dan dengan keberanian yang masih tinggal, Alisya menarik nafasnya dan terjun ke bawah dengan mata yang dipejam rapat-rapat.

Namun, dirinya bukan berseorangan. Tangannya dipegang seseorang dan bila kelopak mata dibuka, wajah Neal dilihatnya, berada di sisinya.  Tubuhnya ditarik dan dipeluk Neal seerat-eratnya.

“ Bodoh..” kata Neal. 

Kebussshhhhhhhhhhhhhhh........... Kedua –dua tubuh itu jatuh ke dalam aliran air terjun yang sedang menggila.







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'