Soalan itu dari Arsya dan Alisya tahu segalanya akan berubah. Bermula dengan sekatan pertemuan dengan
Neal dan diikuti dengan perpisahan mereka yang membawa kepada penderitaannya.
Alisya tahu sekembalinya Arsya.. dunianya akan berubah sepenuhnya.
“ Alisya.. your sister is sick but she’s getting better.
Doctor says we must love her, care her.. that’s will help her a lot.. Can you do it?’
Alisya angguk walaupun di mata jernih anak kecil yang baru menganjak usia 13 tahun itu terselit rasa takut.
Alisya angguk walaupun di mata jernih anak kecil yang baru menganjak usia 13 tahun itu terselit rasa takut.
“ Do
you hate her?”
“No mummy... ”
Jawapan Alisya melegakan hati yang gundah gulana dengan keputusan ini, iaitu membawa pulang Arsya. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan membesar di wad pesakit psikologi? Disebabkan inilah, dia membawa Arsya pulang walaupun dia tahu Alisya masih kekadang termimpi-mimpi dan terbawa-bawa akan kenangan ngeri tempoh hari.
Tetapi keputusannya diterima baik oleh doktor pakar yang merawat Arsya. Darinya, Arsya dikatakan banyak berubah dan ujian menunjukkan Arsya kini normal, tidak lagi merbahaya.
“
You are such an angel..my little angel.” Alisya dipeluknya erat.
Kata-kata itu menambahkan keyakinan pada Alisya yang bahawa semuanya akan jadi lebih baik. Tetapi sebaik sahaja Arsya kembali, dia disekat dari bertemu Neal dan bila
dipinta alasannya, ibunya kata untuk kebaikan Arsya. Kewujudan Neal akan
menyebabkan Arsya cemburu dan ini menyukarkan proses merawatnya. Malahan,
Alisya dicadangkan untuk meluangkan masa dengan Arsya di rumah. Dan bermulalah, dunianya yang hanya terpenjara di rumah banglo ini.
Hinggalah, dia mendapat tawaran ke sekolah asrama di bandar. Berita ini seolah-olah membuka peluang untuk dirinya, memberikan kebebasan untuknya dan dia.. dia mungkin akan dapat bertemu Neal kembali. Itu harapannya bila dengan senang hati menerima tawaran itu.
Namun, hari di mana dia dibawa pergi dari kampung untuk pendaftaran, ia menjadi detik penderitaanya. Tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Neal, Mek Jah, semua orang, mereka keluar dari kampung ini. Di rumah baru di bandar, saat ibu dan ayahnya keluar untuk membeli barangan untuk dibawanya ke asrama, sebuah kebenaran tersingkap.
Terikat di kerusi, dia hanya memandang dengan perasaan tidak percaya pada Arsya yang mengacukan gunting padanya. Senyuman sinis dan pandangan mata Arsya tidak ubah seperti beberapa tahun lalu.. ia langsung tidak berubah.
Hinggalah, dia mendapat tawaran ke sekolah asrama di bandar. Berita ini seolah-olah membuka peluang untuk dirinya, memberikan kebebasan untuknya dan dia.. dia mungkin akan dapat bertemu Neal kembali. Itu harapannya bila dengan senang hati menerima tawaran itu.
Namun, hari di mana dia dibawa pergi dari kampung untuk pendaftaran, ia menjadi detik penderitaanya. Tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Neal, Mek Jah, semua orang, mereka keluar dari kampung ini. Di rumah baru di bandar, saat ibu dan ayahnya keluar untuk membeli barangan untuk dibawanya ke asrama, sebuah kebenaran tersingkap.
Terikat di kerusi, dia hanya memandang dengan perasaan tidak percaya pada Arsya yang mengacukan gunting padanya. Senyuman sinis dan pandangan mata Arsya tidak ubah seperti beberapa tahun lalu.. ia langsung tidak berubah.
“ Let's play a game... ”
" Taknak!! Taknak!! " jerit Alisya separa merayu bila rambutnya ditarik hingga wajahnya terdongak ke atas. Arsya mengacahkan hujung gunting pada biji mata Alisya dan bila Alisya memejamkan matanya, Arsya ketawa. Gembira melihat ketakutan itu.
Berderau darah Alisya mendengar kata-kata yang sudah lama tidak didengarnya.Serta merta kesakitan dahulu seolah-olah kembali ke setiap tubuhnya.
" Taknak!! Taknak!! " jerit Alisya separa merayu bila rambutnya ditarik hingga wajahnya terdongak ke atas. Arsya mengacahkan hujung gunting pada biji mata Alisya dan bila Alisya memejamkan matanya, Arsya ketawa. Gembira melihat ketakutan itu.
“Tau tak aku boleh perlakukan apa saja terhadap kau? Bukan sebab aku adalah kakak, tetapi sebab kau adalah aku.. separuh aku dan .Kau sebenarnya tak wujud..kau cuma mengambil semuanya dari aku!
“ Aku sepatutnya dilahirkan seorang diri bukan bersama kau! ”
“Hari kelahiranku, wajahku, keluargaku! Ia milik aku seorang!! Tetapi semua orang sukakan kau lebih dari aku! Sedangkan kau cuma separuh dari aku.. Jika aku dilahirkan sendirian, aku akan sempurna, jadi... Aku akan ambil kembali semua yang sepatutnya miliku dan kau pula akan melepaskan segalanya."
Arsya menghalakan mesin penembak paku ke pintu masuk. Alisya tidak tahu bagaimana Arsya memperoleh mesin itu.
“ Bermula dari sini..”
Zap!Zap!Zap! Paku-paku dilepaskan dan ia tepat mengenai
dada ibunya yang baru hendak masuk ke dalam rumah. Bapanya yang berada disisinya terkejut bila
ibu beranak dua itu jatuh ke lantai. Semuanya berlaku terlalu pantas dan dia
tidak dapat berkata apa-apa, hanya terkejut memandang Arsya dan Alisya di
depannya.
“Yang terakhir adalah yang paling berharga..”
Xoxoxoxoxoxoxo
Alisya tidak ingat sudah berapa bulan dia
berada di sini... Masa seolah-olah tidak berjalan di sini dan dia sudah letih
mengira siang dan malam dan akhirnya akur membiarkan
nasibnya ditentukan samada kekal atau berakhir di sini.
Pintu terbuka dan bunyi langkah kasut bertumit tinggi berdetam detup di anak tangga, teratur dan semakin menghampirinya. Seperti biasa,
Arsya akan ke sini, bercerita tentang kisah luar padanya, memberikannya dia
buku, makanan, pakaian baru.. menjaganya sesempurna boleh.. tidak menyakiti tubuhnya lagi kecuali hatinya.
“ Kau rindukan kebebasan?”
Alisya tidak menjawab. Di luar sana tiada sesiapa untuk dirinya. Ayahnya sudah membenci dirinya kerana setiap kali melihat wajah Alisya, dia akan teringatkan Arsya yang telah menguburkan cintanya. Lalu, ayahnya berhijrah ke Paris, meninggalkan Arsya di hospital psychiatric berprestij di kuala lumpur. dia masih tidak sanggup memenjarakan anak kandungnya itu kerana membunuh, jadi kematian isterinya dijadikan sebagai sebuah kemalangan. Itu sahaja yang dia lakukan sebagai seorang ayah, untuk kali terakhir.
Manakala, Alisya dibiarkan tinggal bersendirian di kuala lumpur dan hanya memastikan duit perbelanjaan dihantar ke bank setiap bulan. Rumah dan orang gaji anaknya itu dibayar tanpa tunggakan . Dia tidak lagi peduli lagi tentang mereka berdua.
Bila hilangnya Arsya dari hospital,
berita itu tidak pernah sampai kepadanya kerana pihak hospital gagal
menghubunginya. Begitu juga bila beberapa minggu kemudian, Alisya turut hilang . Tiada
sesiapa mempedulikan dua anak gadis ini atau mencari mereka. Disebabkan itu, tiada apa di luar sana
yang menarik lagi bagi Alisya. Lagipun, dia
berada di sini demi melindungi..
Arsya menyelitkan sekeping gambar di bawah tiang.
“ Ingatkah kau tentang banglo kita, inginkah kau kembali ke situ?..kembali pada Neal? "
Alisya tersentak bila nama Neal disebut. Sudah lama Arsya tidak menyebut nama itu, hinggakan Alisya ingatkan Arsya sudah lupa, sudah tidak lagi berminat merampas insan yang paling disayanginya ini. Cukuplah ayah dan ibunya.. cukuplah!
Alisya lihat gambar yang terletak di atas lantai. Walaupun dia tidak pernah berjumpa Neal sejak perpisahan mereka dan walaupun sejauh mana Neal berubah, Alisya masih dapat cam bahawa lelaki yang berjalan keluar dari starbuck di dalam gambar itu, adalah Neal! Wajah Neal sudah terpahat di mindanya kerana hanya Neal menjadi sumber kekuatannya untuk terus berada di sini..
“ Mana kakak dapat gambar ni?” tanya Alisya gusar.
“ I took it..nice right?”
“ Kakak dah janji takkan libatkan Neal dalam
hal kita! Kakak dah kata jika saya ikut cakap kakak, jika saya duduk di sini
diam-diam, kakak takkan cederakan Neal..kakak janji akan biarkan dia!.. ”
“Yang terakhir adalah yang paling berharga..”
Terngiang-ngiang kata-kata itu di ingatan Alisya
“ Siapa kata akak nak cederakan dia? Akak kan dah ada Ris..” balas Arsya
“ Siapa kata akak nak cederakan dia? Akak kan dah ada Ris..” balas Arsya
Alisya telan air liur bila nama Ris disebut.
Serta merta dia teringatkan lelaki muda yang bermata jernih yang dijumpainya
sekali sekala. Walaupun di setiap pertemuan mereka, bukanlah sebuah memori yang
indah, tetapi dia tidak akan lupakan wajah Ris. Hingga kini, dia masih dapat
lihat tompokan darah di lantai, tempat di mana tubuh Ris dibuka di depan matanya.
Penderitaan Ris.. Jeritan dan kecekalan Ris menahan segala kesakitan mengingatkan dia pada Neal.. Beginilah Neal saat diperlakukan dahulu, dan dia tidak mahu Neal kembali seperti dulu iaitu melindungi Alisya dengan mengorbankan dirinya ..kerana Neal juga suci seperti Ris, sanggup melakukan apa sahaja untuk sebuah cinta.
Penderitaan Ris.. Jeritan dan kecekalan Ris menahan segala kesakitan mengingatkan dia pada Neal.. Beginilah Neal saat diperlakukan dahulu, dan dia tidak mahu Neal kembali seperti dulu iaitu melindungi Alisya dengan mengorbankan dirinya ..kerana Neal juga suci seperti Ris, sanggup melakukan apa sahaja untuk sebuah cinta.
Apabila Alisya dapat tahu yang ibu Neal meninggal dunia dalam kemalangan ketika mencari Neal yang melarikan diri ke
KL untuk mencarinya, Alisya menyalahkan dirinya atas kejadian itu. Malah bila bapa Neal mempersalahkan Neal atas kematian itu, Alisya faham dan turut menderita sekali. Keluarga yang sempurna itu musnah disebabkan dirinya... seperti keluarganya . Jikalah dia tidak pernah wujud dalam kehidupan
Neal, jikalah dia tidak nampak budak lelaki yang menyorok itu.. dan jikalah dia
tidak mencintai Neal, Neal tidak akan mengalami kesengsaraan seperti ini.
Kerana itu dia sanggup berjauhan dari Neal,
hilang dari hidup dan memori Neal, asalkan Neal dapat menjalani kehidupan
normal dan selamat. Perpisahan ini walaupun adalah selamanya, dia sudah rasa
cukup dengan memorinya pada Neal selama ini.
Namun, apabila Arsya mengugut untuk kembali ke
dalam hidup Neal, munculkan diri pada Neal, Alisya tahu dia perlu lakukan
sesuatu. Lalu dia mengorbankan kebebasannya. Dia tahu Arsya
membencinya kerana dia adalah separuh dari diri Arsya. Kewujudannya membuatkan Arsya merasakan dirinya tidak lengkap, jadi dengan membiarkan dirinya dikurung dari dunia luar, ini memberi tanggapan kepada dunia yang dia sudah mati dan hanya Arsya wujud di sini.
Arsya senang hati dengan keputusannya dan dia pula tidak kisah. Baginya sekiranya tertulis yang dia akan menghabiskan sisa hidup seperti ini atau mungkin maut di tangan Arsya, sekurang-kurangnya dia tahu, Neal tidak akan lagi terlibat dalam kegilaan ini. Neal akan bebas dan melupakan memori kurang enak ini, untuk selamanya. Alisya cuma ingin melindungi Neal, kali ini.
Arsya senang hati dengan keputusannya dan dia pula tidak kisah. Baginya sekiranya tertulis yang dia akan menghabiskan sisa hidup seperti ini atau mungkin maut di tangan Arsya, sekurang-kurangnya dia tahu, Neal tidak akan lagi terlibat dalam kegilaan ini. Neal akan bebas dan melupakan memori kurang enak ini, untuk selamanya. Alisya cuma ingin melindungi Neal, kali ini.
Arsya membuka pintu penjara yang selama ini
tidak pernah terbuka. Dia menghampiri Alisya, duduk di depannya dengan kaki
yang disilang selesa dan yakin.
“ Don’t you think it’s like a mirror when we
see each other?”
Bila Arsya bercakap begitu barulah Alisya
perasan yang kakaknya memakai pakaian sama seperti dirinya. Blouse putih paras
lutut. Malah gaya rambut dilepaskan ikal tanpa disikat rapi, namun tidak
terlalu kusut atau selekeh. Saling
tidak tumpah seperti sebuah imej pantulan.
“ Ya, saya lihat sebuah cermin yang kotor..”
“ Hahahahahaha!!! ”
ketawa Arsya mendengar sindiran itu. Dia suka.
" Kau mestikan bencikan aku bukan?"
" Kau mestikan bencikan aku bukan?"
“ Tidak, saya tidak pernah benci pada kakak.. .”
“ hahahaha... such an angel.. my little angel”
Arsya sengaja menyakitkan hatinya dengan mengucapkan kata-kata ibu mereka.
“ Apa yang kakak nak buat pada Neal?”Alisya
masih risau tentang itu. Dia tidak senang hati apabila soalannya itu hanya
membuatkan Arsya tersenyum dalam renungan yang penuh rahsia. Alisya tahu ada
sesuatu dan ia pastinya tidak baik.
“Tiada apa-apa, cuma nak tunjukkan dia pada kau, yang dia masih di sini..”
“ Jangan apa-apakan dia..Please just forget
about him...”
“ How do i forget him if you still here..?”
Alisya faham.. jadi beginikah?
Alisya faham.. jadi beginikah?
“ Then? do you want me to die?’
“ Will you?’
“ Yes!”
Tanpa sekelumit ragu-ragu, Alisya
memberikan jawapan yang Arsya tidak ingin dengar. Jawapan yang membuatkan dia
berang. Innocent Alisya, Angel Alisya.. sweet Alisya.. meluat! Walau bertahun
di sini, Alisya tidak pernah berubah... sentiasa berlagak suci, berlagak bidadari,
sweet dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Neal...mengorbankan diri untuk sebuah cinta.
" Baiklah! Aku ingin lihat sejauh mana pengorbanan kau untuk dia?!"
Pantas Arsya menerpa pada Alisya, leher Alisya
dicengkamnya kuat,tubuh Alisya terdampar ke lantai dengan Arsya diatasnya. Sedikitpun tiada rasa gementar, dia
senyum bila melihat Alisya meronta-ronta dicekik . Arsya menguatkan cengkamannya dan wajah Alisya naik merah padam menandakan darahnya tersekat di bahagian itu, udara jua
semakin berkurangan.. Alisya putus asa, uma memejamkan matanya...sambil
berfikir.. 'aaahh... begini pengakhirannya... aku sudah
agak..". Hinggalah dia terdengar suara Arsya..
“ Bila kau mati, aku akan beritahu Neal bagaimana kau mati disebabkan dia."
Arsya terkejut.. tidak! Neal tidak boleh
tahu! Kehidupan Neal akan musnah jika
dia dapat tahu! Segala pengorbannya akan jadi sia-sia...Neal, dia tidak boleh
tahu tentnag semua ini... tentang penderitaan ini, tentang dirinya yang masih
hidup.. dia tidak mahu memori ini menghantui Neal.. cukuplah.. cukuplah!..
Pandangan Alisya gelap. Dan bila dia tersedar,
di hujung kakinya, Arsya terdampar kaku berlumuran darah. Seluruh tubuh Alisya juga basah dengan darah. Alisya tergamam, terjelepuk ketakutan,
beresot ke tepi dinding. Di tepi Arsya terdapat kaca yang pecah, di dada
Arsya juga tertusuk kaca itu...
Badan Alisya mengigil bila kembali teringat akan tindakannya. Dia masih dapat rasakan kehangatan darah yang membasahi kedua belah tangannya, bagaimana dalam
keadaan kelam kabut, dia mencapai pasu porcelin di lantai dan terus menghentak kepala Arsya. Keberaniannya dan kekuatannya walaupun ketika di hujung nyawa, membuatkan Arsya terkejut dan melepaskan lehernya.. Kemudian apabila
Arsya kembali cuba menerkamnya, dia hanya mampu mempertahankan diri dengan
menikam Arsya di dada dengan kaca yang pecah.
Tikaman itu hanya membuatkan Arsya ketawa sambil meludahkan darah pekat ke mukanya, Sedikitpun Arsya tidak peduli akan kecederaan itu, sebaliknya terus cuba membunuh Alisya. Tindakan Arsya seperti tidak sedar yang dirinya telah ditikam dan kepalanya berdarah. Arsya seperti dirasuk. Dan Alisya yang ketakutan,menikam Arsya lagi. Kali ini dia tidak berhenti.
Tikaman itu hanya membuatkan Arsya ketawa sambil meludahkan darah pekat ke mukanya, Sedikitpun Arsya tidak peduli akan kecederaan itu, sebaliknya terus cuba membunuh Alisya. Tindakan Arsya seperti tidak sedar yang dirinya telah ditikam dan kepalanya berdarah. Arsya seperti dirasuk. Dan Alisya yang ketakutan,menikam Arsya lagi. Kali ini dia tidak berhenti.
“ Alisya.. your sister is sick but she’s getting better. Doctor says we must love her, care her.. that’s will help her a lot.. "
Alisya duduk memandang mayat Arsya.. wajahnya
pucat lesi.. tapi tidak sepucat Arsya yang sudah sejuk sebagai mayat . Darah di tubuhnya sudah kering dan darah Arsya pula penuh di lantai, seperti sebuah lopak air yang besar. Apabila Ris masuk, Ris terkedu, tidak menyangkakan yang ia akan berselerak seperti ini.
“ Clean the mess...”arah Alisya dengan
pandangan yang kosong. Alisya perlahan-lahan meninggalkan Ris. Langkahnya
terhuyung hayang .
“ Arsya?"
Alisya menoleh dan tersenyum..