Suara itu lemah bercampur nafas yang letih. Tidak mampu marah, tidak bertenaga,
yang tinggal cuma genggaman tangan yang
kemas berpaut antara mereka.
Kedua-dua tubuh yang cedera dan basah lencun itu kaku merenung langit. Hari ini entah kenapa langit
terasa begitu jauh, terlalu jauh. Tiada awan, tiada bintang. Bila merenungnya, seakan-akan
tenggelam dalam pandangan yang tiada pengakhiran.
‘Di sisi saya, tiada bahagia.” Perlahan,
berbaur kekesalan dan kekecewaan.
“ Dan tanpa awak, akan wujudnya bahagia?’
“Ya..”
“ Adakah itu sebuah janji?”
Alisya diam...
“Bolehkah awak janji tanpa awak, kebahagiaan itu milik saya? Sebab apa yang
saya lihat, hidup saya ketika ini, ia nya tiada kebahagiaannya..tanpa
awak..”
Alisya mengusap rantai di lehernya. Dia tidak
mampu berjanji itu, tiada sesiapa dapat mengetahui semua itu. Dan, kehidupannya
juga sebuah penderitaan tanpa Neal. Jadi, dia tidak mampu berkata apa-apa,
tidak mampu meluahkan apa yang terbuku di hatinya.. kerana apa yang
diingininya, setelah apa yang telah dilakukannya, dia tidak lagi layak
memintanya.. Dia bukan lagi Alisya yang dulu, bukan lagi budak perempuan yang Neal kenali. Siapa dia, dia jua tidak pasti. Apa yang dapat mengubah semua ini?
“
Jadi inilah jawapan awak?” tanya Neal.
Serta-merta Alisya
teringatkan soalan yang sama ini juga diajukan pada Neal..
"Jadi inilah jawapan awak?"
" Apa gunanya jawapan dari saya, bila awak sudahpun melakukan apa yang awak inginkan, kan?
Alisya mengetap bibir, dia tahu ini bukan apa yang dia
inginkan..
“Tidak.. apa yang saya inginkan.. hati ini
inginkan.. adalah..”
“Awak..” potong Neal.
Alisya memandang Neal
yang seolah-olah membaca fikirannya. Di sisinya Neal sedang memandangnya sambil senyum.
“ Itu jawapan saya... ianya sama kan?” sambung Neal.
Perlahan-lahan bibir Alisya menguntum sebuah senyuman. Perasaan ini adalah kebenarannya. Dugaan dan halangan ketika dahulu dan yang akan datang, adalah kisah cinta mereka. Siapapun dia , dia tetap Alisya bagi Neal. Dia percaya akan cinta ini.. seperti dulu.
Neal menarik Alisya ke sisinya, dan sambil mengiring, dia memeluk Alisya.
“ Saya ingin beritahu awak satu rahsia..’
bisik Neal.
“ uhuh?”
“ Saya cintakan awak sejak dulu lagi.. dari
saat saya melihat si kecil yang bermain piano itu, saat itu saya sudah
mencintai awak...”
Alisya diam, wajahnya naik merah padan, dan
debaran di hatinya tiba-tiba berdetak kuat.
“Hoho... kecil-kecil lagi awak dah gatal..”
Tubuh Neal dipeluk sekuat-kuatnya..
“ Adeh...adeh...tulang rusuk patah.. patah..”
rayu Neal.
Alisya ketawa, melepaskan Neal, dia memandang wajah Neal.
“ Saya juga..” kata Alisya,
Neal senyum. Perlahan-lahan dia mencium Alisya.