Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 29 September 2014

Adora Cafe- My heart (Hatiku) 1





“ Sefarina!!”

Terkejut aku saat nama aku dilaung sebegitu kuat. Aku  membalas panggilan itu dengan satu sengihan yang panjang. Ia seakan sesuatu yang biasa bila namaku di laung sebegitu, ini bermaksud aku telah melakukan sesuatu kesalahan.

Zarif memandang ku dengan pandangan yang sangat membara-bara. Sekiranya boleh terkeluar api dari biji matanya itu, pasti ia sesuatu yang menakutkan. Secara langsung, aku teringatkan naga dalam cerita Merlin di tv3 tempoh hari. Agaknya beginilah kalau naga itu mengamuk.

Serpihan kaca dari pinggan yang jatuh aku tepis perlahan dengan kaki, dengan niat dapatlah aku nyorokkannya. Tetapi, si Zarif yang mempunyai deria sensitif, lebih peka dari lidah ular ini dapat menghidu niat aku. Terjengil matanya merenung aku.

‘ Ala, sorry lah bang.”
“ Ish... suh basuh pinggan pun susah. Mana perginya ciri-ciri kewanitaan adik aku ni..Muka dah comel dah, pakai pakaian ala-ala waitress dengan apron, skirt .. cukup comel. Cuma kureng kewanitaan jew.. aduhai..”
Amboi, panjangnya aduhai dia...
“ Sedih..sedihnye aku ngan budak tomboy sekor ni. Kenapalah kau tidak mau menjayakan impian abang untuk melihat kecantikan, keayuan dan kemanisan adik perempuan ku yang cute ni.. wa... aku rasa sedih...”

Ha, mula dah drama pagi ini. Siap dengan gaya ala-ala nak pengsan, nak jatuh la konon. Zarif memegang bangku dan membuat gaya ala-ala nak pitam.

“ Ala, abang ni.. kecoh ler.. “
“ Tengok tu.. tengok tu.. kasar je menjawab.. Jawablah lembut-lembut skit.. “

Aku malas nak melayan dia dah. Semakin dilayan semakin menjadi-jadi. Dah naik tuli dah telinga ni mendengar bebelan Zarif ini. Apa salahnya perempuan berambut pendek, bercakap kasar, tak pakai high heels, tak reti buat keje rumah, basuh pinggan, masak dan bersolek. Salah ke?

“ Dah, dah... pergi amik pesanan customer.. Jadi waitress ok..” arah Zarif. Dia kini sedang duduk di bangku sambil mengurut-ngurut dahinya; konon-konon pening dengan telatah adik kesayangannya ini.Aku menurut. Memandangkan aku cuma menambahkankan koleksi pinggan pecah sekiranya aku menolong di dapur, baik aku tolong si Fai ni. Kesian Fai dok jadi waiter sorang-sorang. Dengan langkah yang agak terkial-kial maklumlah pakai kasut tinggi, aku berhati-hati maju ke depan. Zarif hanya mampu geleng kepala.aduhai..

Gale~
“ Sef.. kau tolong lap tingkap tu..” arah Fai. Dia nampaknya terlalu sibuk mengambil order seorang customer perempuan. Aku ambil kain lap tingkap dan bergerak ke tingkap yang dimaksudkannya.

Dup.. dap

Aku diam. Bunyi apa itu?

Dup..dap....

Degupan jantung yang kencang. Aku terpegun. Tanganku terasa sejuk. Mengapa?

Dup.. dap...

Tiba-tiba terasa angin lembut menyapu leherku. Peliknya... di dalam cafe yang tertutup ini, bagaimana terasa angin bertiup? Nak kata pakai kipas, cafe ni cuma pakai aircon yew.. malahan tingkap cafe di sini takde yang terbuka, semua tingkap jenis cermin macam kat display shopping complex. Jadi... bila masa angin ni masuk?

Dup.. dap..

Aku melangkah mendekati tingkap yang tertutup dengan langsir biru dan aku selaknya perlahan. Di luar, cuaca agak mendung namun tidaklah hujan. Ianya berangin lembut  kerana aku lihat seorang pejalan kaki wanita yang memakai skirt labuh, terbuai-buai skirt nya, suasana seperti biasa, sentiasa sibuk dengan penghuni bandar yang sibuk dengan hal masing-masing. Cafe... ini berada betul-betul di depan laluan zebra untuk pejalan kaki. Di sini, sebuah jalan raya yang agak sibuk.  Mungkinkah angin dari luar mencuri masuk?

Aku leka memerhatikan di luar. Seolah-olah mencari sesuatu di antara pejalan kaki yang ramai itu. Sesuatu yang tidak aku mengerti apa.Seolah-olah menyuruh aku berdiri di situ, memandang di situ, menanti sesuatu.

Hei, hati.. kenapa kau berdegup.. apa yang kau nantikan? Apa yang aku nantikan?
Sambil mataku terpaku di luar, aku sedari bunyi bising di dalam cafe ini seolah-olah menjadi sunyi sepi.  Seperti hanya aku di sini dan di luar sana.. Sesuatu...

Kemudian... di sebalik kerumunan pejalan kaki , jauh di seberang jalan .. aku lihat dia.

Dup..dap.. dup... dap...


Seperti mimpi. Aku lihat di sekeliling ku semuanya bergerak seperti sebuah filem yang diperlahankan..Jejaka bertshirt putih dan berjaket jeans itu kelihatan begitu menyerlah. Seolah-olah hanya dia sahaja yang wujud di saat ini. Mengapa hati aku tidak tenteram? Mengapa mataku tidak dapat melarikan dari merenungnya. Merenung matanya yang seakan ... Dan bila angin kuat meniup tubuhnya, aku tahu.. hati ini menunjukkan padanya... Angin ini membisik sesuatu..

Matanya tiba-tiba jatuh padaku. Tepat memandangku walaupun dia masih berada di penghujung jalan itu, dan tiba-tiba dia tersenyum. Dan dia.. dia ...mengerakkan mulutnya, membenarkan aku membacanya, apa yang cuba disampaikannya.

" ketemu"

Dan kakinya terus melangkah untuk melintasi jalan itu, mendekati cafe ini... Mendekati aku.. dan degupan hati ini semakin rancak hingga buatkan aku terasa seakan terumbang-ambing.

Aku keterbelakang. Langsir ku biarkan tutup balik tingkap itu. Adakah dia akan ke sini?? Dia ke sini ke??Seperti tidak keruan, aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Terasa ingin lari, terasa ingin menyorok, terasa... sangat berdebar-debar. Mengapa aku begini? Sebelum ini tidak pernah aku rasa seperti ini. Apakah ini...

“ Sef!!!”  rungut Fai bila tubuhnya aku langgar tanpa sedar. Habis pinggan yang dibawanya jatuh berderai pecah, namun aku tidak dapat menghentikan gerakan tubuh ini. Seolah-olah aku sudah hilang kawalan pada diri ini. Cuma kerana terpandangkan dia.. Jejaka itu..Aku jadi tidak keruan.

Prak!!!! Kcing!! KTang!!!
“ Aduih.. abislah pinggan aku.!!”
 “Sef.. ko pijak kaki aku! WOi!!”
“ SEFARINA!!!!”

Satu-satu laungan amarah dari Sef, dari Zarif, Im malah dari customer semuanya seperti tidak bermakna. Kerana aku cuma fikirkan satu...'dia sedang datang ke sini..ke arah sini...”

Dup..dap..dup.. dap...

Daun pintu diselak  lembut dan loceng angin yang tergantung di depannya berbuai-buai sambil mengeluarkan bunyi  loceng yang lembut..

“ Selamat datang...”
Dupp.. dap.. dup.. dap..

Dia!! Dia kah??

Aku toleh pada tetamu yang baru masuk itu. Seorang wanita berbadan sedikit gempal  yang masuk. Aku lega,  namun ia sedikit hampa. Di luar, aku lihat dia tiada.. mungkin, ini bukan destinasinya. Hai, hati.. saja mainkan aku..Bodohnya!

Aku tarik nafas dalam-dalam.  Cafe ini dalam keadaan kelam kabut. Serpihan kaca bertaburan di lantai, dan kelihatan Sef dan Zarif sibuk meminta maaf pada pelanggan akibat kekecohan ini. Nampaknya kena lah aku minta maaf kat abang aku sebab telah merosakkan banyak pingan mangkuk kesayangannya. Aduh.. hari yang malang sungguh.,

Tiba-tiba angin lembut menyapu lembut leherku.. sejuk namun menyenangkan.. aku toleh..
Dan jejaka itu betul di depanku,  memandangku .







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'