“ Demam dah kurang dah.. “
Ary mengalihkan tangannya dari dahi Fai, check suhu badannya. Fai tarik hingus kemudian bersih 3 kali.
“ Kau takyah gi kerja lagi hari ni. Nanti
aku beritahu boss.”
“ Beritahu boss, esok kompom aku masuk.” janji Fai, sambil sengih memanjang.
Ary senyum, demam-demam pun gembira jer mamat ni. Dia memastikan air kosong dan ubat Fai diletak di sebelah katil Fai, bersiap-siap dan barulah keluar. Fai bertuah mendapat roommate seperti Ary yang sentiasa ambil berat dan tolong menolong akan dirinya yang sebatang kara-eceh... Lepas Ary perjelaskan kisah dan siapa dirinya pada mereka , mereka semua tiada masalah menerima Ary dalam hidup mereka, no hal.. semua orang punya masa silam, punya rahsia,.. Im ada, Zarif ada, dirinya pun ada.. ahh.. emo pula dia hari ini.
Lagipun setiap orang ada rahsia sendiri.. tidak adil kita menghakimi mereka disebabkan itu
Lepas hal itu, Zarif cadangkan Ary untuk tinggal bersama
Fai. Kafe Adora menyediakan tempat tinggal
untuk pekerja, dan sebelum ini hanya dia seorang tinggal di apartment 3
bilik ini . Pastry chef; Im, tinggal sendirian sebab dia sudah mempunyai rumah sendiri. Bila Ary jadi roommate dia, tidak lah terasa sunyi sangat apartment ini. Bila sakit-sakit begini ada teman yang menolong, bungkus makanan dan pastikan dia makan ubat. Fai memang liat sikit nak makan ubat, tapi Ary tegas, so nak-nak taknak ditelan
gak ubat doktor. Dalam 3 hari jer, demamnya dah kebah, selalunya lama.
Haish cakap pasal demam, ni semua
gara-gara dia kena hujan hari tu, si Dana tu nak satu cake yang ingredient nya
dah abis, so nak taknak dia kena jadi runner ambil satu ingredient tu dari
kedai supplier yang berdekatan 2 blok jer, tapi bile nak balik dari sana, hujan
turun mendadak, habis kuyup die.. Ishh..
Fai bangkit dari katil, dia tak rasa nak lepak
sorang-sorang kat rumah ni. Demam pun dah kebah.. Baik dia lepaskan rindu pada
kekasih hati intan payung dia. Lepas bersiap-siap, Im keluar dan kunci pintu.
~~~~~~
“ Selalu juga datang tengok ini motor..
tak boring ke?”
Tegur mekanik yang badan sasa ala-ala juara angkat berat . Fai gosok-gosok Superbike Kawasaki R6 -600cc, warna merahnya sambil diperhatikan mekanik yang dipanggil Abang Tot.
“ Rindulah bang..satu hari tak tengok
dia, tak lena tidur saya bang.. “
“ Mengalahkan orang dilamun
cinta.”
“ Memang dia sweetheart intan payung saya
ni.. hehehe..” balas fai sengih-sengih cam kera busuk.
“Tau tak bang camne saya nak dapatkan dia
ni? 2 tahun bang, saya makan maggi dengan biskut kering jer.. cut cost
gile-gile, baju pun tak tukar-tukar bang 2 tahun.. fuuhhh... gila tak, gila
tak?” cerita Fai.
“ ha memang gila.. bile nak bawa gf ko ni kuar bengkel?. Dah
sebulan dok kat sini..”
“ Hehehehe....hujung bulan lah bang, time
gaji nanti saya bayar..sekarang takde duit ni.. “
“ Yolah... tu jer kojo ekau slalu simpan kek bengkel aku ni sampai
berkulat, selamat aku tak cas ko per malam cam hotel tu tau..”
“ Hehehe..... “
Abang Tot tu
senyum sahaja. Dia dah biasa dengan Fai dan sudah beberapa kali Fai datang sini
servis motor dia,sejak dia beli motor itu.. Malah dia dah anggap Fai cam
adik sendiri dan dia tak kisah sebenarnya nak baiki motor Fai secara percuma.
Tapi Fai tolak mentah-mentah niatnya, katanya dia akan bayar sendiri, dengan
usaha sendiri,.. camtu lah..
Walaupun Fai tak kaya, tapi dia tidak suka berhutang.. dan sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidupnya. Bila dia nak sesuatu, dia akan lakukannya. Contohnya motor ni, dalam 2 tahun tu, Fai buat banyak part time, kerja salesman dan lain-lain,.. nak dikatakan setiap waktu terluangnya digunakan untuk buat kerja dan menambah pendapatan. Akhirnya, dia dapat beli motor impiannya ini.
Susah nak jumpa budak lelaki sepertinya, sebab itu Abang Tot suka melayan Fai. Walaupun hidup susah, Fai ni sentiasa positif.
Walaupun Fai tak kaya, tapi dia tidak suka berhutang.. dan sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidupnya. Bila dia nak sesuatu, dia akan lakukannya. Contohnya motor ni, dalam 2 tahun tu, Fai buat banyak part time, kerja salesman dan lain-lain,.. nak dikatakan setiap waktu terluangnya digunakan untuk buat kerja dan menambah pendapatan. Akhirnya, dia dapat beli motor impiannya ini.
Susah nak jumpa budak lelaki sepertinya, sebab itu Abang Tot suka melayan Fai. Walaupun hidup susah, Fai ni sentiasa positif.
“ Saya akan berdiri dengan kaki
sendiri..”
Itu trademark Fai dan kata-katanya .
“ Oklah
bang.. saya blah dulu.. sok saya datang lagi hehehhe. Abang jaga motor saya
leklok yer.. saya sayang awak 200% .”
Fai melambai dan meletakkan kedua belah tangannya ke atas kepala,
membentuk rupa love, sempat bergurau .Abang Tot senyum sambil geleng-geleng
kepala.. Fai.. Fai... ada-ada saja..
~~~~~~~~~~~
Fai mengira duit dalam dompetnya yang
nipis. Ada 30 ringgit jer? Waktu beginilah dia harap sangat gaji masuk awal,
letih nak makan maggi jer tiap-tiap hari. Orang sakit mana boleh makan maggi..
huhuhuh... Fai mengambil sebungkus Mi Sedaap dan satu aiskrim magnum Gold. Dia
membayar kesemua barang itu di kaunter.
“ Orang sakit kena makan aiskrim, baru
sihat.. hehehe...” di depan KK MART, dia membuka bungkusan askrim magnum laju menyuap masuk ke dalam mulut. Ahhh nikmatnya, lupa sekejap yang dia baru kebah demam. Sambil berjalan menuju ke
perhentian bas, sambil itu otak laju berkira-kira camne nak dia jimatkan budget bulan depan lepas bayar motor.
Pon!!Pon!! Pon!!! Bunyi hon bertalu-talu
mengamit suasana yang tenang.
Fai perhatikan 3 kereta yang membunyikan hon bertalu-talu pada sebuah kereta merah Audi R8 yang parking senget dan menghalang jalan. Memang lah jalan ni tak sesibuk jalan lain, tapi ada kereta yang menggunakannya, dan bila ada orang yang jenis tak reti bahasa camnie parking menghalang laluan jalan, memang kurang ajar lah.
Fai jilat aiskrim sambil perhati dari dekat, menanti siapa pemandu kereta mewah ini.. Kalaulah dia jadi dalam situasi ini. dia dah langgar kereta ini, takpun calarkan
sahaja. Camne ambik lesen ni, parking senget, makan jalan.. apa ingat ni jalan
mak bapak dia punya? Selamatlah dia bukan pemandu yang terperangkap ni, dan
selamat ada aiskrim yang sejuk dapat meng cool kan dia.
Setelah agak lama juga, barulah keluar seorang perempuan dari sebuah butik baju mewah dan dengan lenggang kangkung dan catwalk nya, dia menuju ke keretanya. Oo... owner perempuan rupanya. Fai perhatikan sahaja, susuk tubuhnya, fesyen , gayanya dan hentakan kaki yang kuat dan tinggi tu, cam kenal. Tubuhnya dilanggar oleh seorang budak remaja lelaki dan kawannya yang mengekori perempuan itu.. Aiskrim yang dipegangnya terjatuh, tapi Fai tidak kisah sebab dia pun rasa dah tak selera nak habiskan aiskrim.
“ Oooo... padanlah.. dia rupanya.. ”
Dana masuk ke keretanya dan sedikitpun
tidak rasa segan, atau minta maaf pada pemandu-pemandu yang terganggu disebabkan diri dan perangainya. Egonya
setinggi hentakan kakinya.