Minggu ni sahaja dah 3 kali hujan pada waktu malam. Hujan lebat pula tu. Fikir Fai bulan depan dengan menggunakan duit gaji, dia akan sambar satu payung. Letih nak redah hujan je setiap malam. Kalau selalu begini, lemah antibodi badan dia nanti, siapa yang susah??. Ary juga yang kena jaga dia hehehe... Fai yang berkhayal di kaunter display, dikejutkan bila bahunya ditepuk-tepuk Zarif.
“ Hantarkan order ni pada mereka.”
Zarif tunjuk pada tiga orang gadis yang
sedang berborak dengan meriah di satu sudut. Fai tarik muka bila melihat salah
seorang antara mereka adalah Dana. Dengan berat hati dan menyampah, Fai bawakan
juga dulang berisi kek cherry, banana pie,
aiskrim, dua chocolate shake dan secawan hot chocolate..
“ Last time you pergi Korea tu, you buat plastic surgery?’
“ Shh... beauty surgery.. tapi nampak natural kan?kan?”
“ Yerlah, tak nampak sangat yang you
betulkan hidung tu..”
“Tapi untunglah kawan kita seorang ni dah
cukup perfect , tak payah nak cantikkan diri lagi.. so jealous..”
Mereka berdua memandang Dana yang sedang menepek bedak pada mukanya bersih dan licin
tanpa satu pun cela mahupun jerawat.Dana senyum simpul bila dipuji mereka.
“ Well, beauty runs in the family.. ..“
kata Dana bangga, sambil menyimpan cermin kosmetiknya ke dalam tas tangannya.
kata Dana bangga, sambil menyimpan cermin kosmetiknya ke dalam tas tangannya.
“ Tapi kan last week, I nampak gambar you
kat magazine, macam fat skit.. “
“ Aha.. betul-betul.. .. “ sahut temannya yang chubby .
“ Yerker?”
Dana memicit pipinya dengan wajah kerut seribu, penuh kerisauan.
Dana memicit pipinya dengan wajah kerut seribu, penuh kerisauan.
“ Yerlah..lepas tu kulit you pun cam dah
kurang glowing, you better watch what you eat dear..”
“ And your make up too... Today, kurang
umpphh tak cam selalu... you tukar lipstick ker?”
“ Aha..i like this colour..” kata Dana.
“ Dear, it’s not suit with you. “
Dana mengeluarkan cermin kosmetiknya dan membelek wajahnya. Memang apa yang kawan-kawannya katakan itu betul. Wajahnya tiba-tiba nampak kelam dan berbanding tadi, cepatnya?.. .. berat idealnya 45kg, tapi masih belum cukup rupanya, nampaknya dia kena turunkan lagi.
“ Hey, waiter!”
Dana sambil petik
jari, memanggil Fai yang baru nak beredar
setelah meletakkan order mereka di a atas meja. Dengan jari telunjuk yang
digerakkan, dia mengarah Fai datang kepadanya.
“ Yer?”
“
Change this.. bring me hot green
tea.”
Kata Dana menunjukkan hot chocolate yang tidak disentuhnya. Fai mengangguk dan mengambil kembali hot
chocolate untuk dibawa tukar. Petikan jari yang annoying itu berbunyi sebelum sempat Fai beredar jauh. Fai berpaling dengan air muka yang sudah berubah.
“ Take this too.. ”
Piring kek
ditolak ke tepi.
~~~~~~~~~~~~~~~
“ Apa yang kau tengok tu?”
Fai dari tadi memerhatikan Dana dan
rakan-rakannya.
“ Brainwash..”
‘Huh?”
“ Perempuan macam tu entah berapa kali
dibrainwashkan..Setiap pendapatnya, ideologinya, dirinya, semuanya ditulis
kembali oleh orang sekelilingnya.. “
“ Huh?”
“ Kau takkan faham sebab kau tak pernah hidup
macam tu..”
“ Jadi, kau pernah hidup ke camtu?”
Fai pandang Ary. Wajah Fai jadi serius.
“
Tak..” Fai sengih melebar .
“ Ceit..”
Perbualan mereka terganggu bila seorang customer perempuan yang baru masuk terlanggar
Dana yang hendak keluar. Tas tangan Dana terjatuh ke lantai.
“ Maaf..”
Perempuan yang berusia
awal 30-an cepat-cepat mengutip kembali tas tangan Dana. Dia menghulurnya pada
Dana yang merenungnya.
“ Maaf?” soal Dana, tidak berpuas hati.
Rakan-rakannya yang disisi berganjak jauh, mereka tahu wajah Dana yang berubah, bermaksud sesuatu akan berlaku. Dana memang tidak boleh orang lain menyentuh barangnya, inikan pula wanita itu telah melanggar Dana dan menjatuhkan tas tangan Dana yang baru dibelinya dari Milan minggu lepas.
Dana naik berang. Perempuan ini tidak tahu kah siapa dia?
Berani melanggar dia, menganggunya, dan membuatkan barangnya jatuh ke lantai
yang kotor. Tidak tahu ke berapa ribu harga beg ini, berapa bernilainya
tubuhnya berbanding wanita ini? Dan perempuan ini berani menghalang dan menganggu harinya.. Dana angkat
tangan hendak menampar wanita yang masih terpinga-pinga itu.
Rakan-rakannya yang memerhati senyum
sinis, menyokong dari jauh..sudah biasa dengan scene ini. wanita ini memang malang hari ini bertemu
Dana.
“ Benda remeh jer kan? “
Belum sempat tapak tangan Dana hinggap ke
pipi wanita itu, tangannya dipegang dan dihalang oleh Fai. Rakan-rakan Dana terkejut, malah Zarif dan
Ary yang melihat dari tadi, dari kaunter display jua tergamam.
“ Dia sudah minta maaf dan bukannya
sengaja.” Sambung Fai masih tidak lepaskan tangan Dana.
Zarif telan air liur, cuak dan berfikir apa
tindakan Dana seterusnya. Memang banyak kali scene Dana mengamuk tak tentu
pasal dan menampar orang sesuka hati disebabkan hal-hal remeh berlaku dan kerap
kali ia berlaku di sini..Dana seorang perengus dan sebabkan itu, mereka sehabis baik melayan dan memastikan Dana keluar cepat-cepat tanpa berlaku apa-apa terhadap customer lain, atau mereka.
Hakikatnya memang mereka semua memang tak berapa menyenangi Dana, terutama Fai yang kerap merungut tentang ini. Tetapi Fai tidak pernah masuk campur. Nampaknya kesabaran Fai ada tahapnya, Zarif tidak sangka yang hari ini, Fai akan ambil tindakannya sendiri.
Hakikatnya memang mereka semua memang tak berapa menyenangi Dana, terutama Fai yang kerap merungut tentang ini. Tetapi Fai tidak pernah masuk campur. Nampaknya kesabaran Fai ada tahapnya, Zarif tidak sangka yang hari ini, Fai akan ambil tindakannya sendiri.
Wanita itu menyerahkan tas tangan pada
salah seorang rakan Dana, kemudian cepat-cepat beredar dari suasana tegang ini,
sambil diperhatikan oleh ekor mata Dana yang masih tersimpan rasa tidak puas
hati.
“Even awak frustrated ngan life awak, tak
perlu lepaskan kemarahan pada dunia ni kan? ”
Air muka Dana berubah.
“ Lepaskan tangan I.”
“ Ahh.. sorry.. sorry...”
“ Don’t talk like you know me. .”
Dana dan rakan-rakannya keluar dari Kafe
Adora. Tas tangan yang dikembalikan itu, Dana campak ke dalam tong sampah.