Sefarina datang ke tempat yang dijanjikan. Tepat pada masanya, seperti dikehendaki oleh si pemanggil. Di depannya, Ary sedang berdiri menantikannya. Wajah Ary serius.
“ Fight me..”
Ary mencampak kayu besbol dan pisau ke depan
Serafina.
“ Protect yourself.”
Ary
meletakkan pistol di depan Serafina yang kelihatan tenang.
“ Kenapa?”
Soal Serafina sambil perhatikan Ary yang sedang menyarung sarung tangan ke kedua-dua belah tangan, seolah-olah bersedia untuk mengotorkan tangannya.
“ I’m going to kill you..”
kata-kata itu mengetarkan Serafina.
Di tempat sunyi dan terpencil ini, tiada sesiapa dapat membantu sekiranya berlaku apa-apa, kerana itu Ary akan lakukannya di sini. Ary tidak bergurau, sejak tadi, dia serius, tiada lagi ‘game’, tiada senyuman atau gurauan dalam dirinya.
Serafina berganjak ke belakang dia berfikir ingin melarikan diri tapi akhirnya, dia hanya diam di tempatnya. Dia takkan berganjak, selagi dia tidak dapatkan penjelasan dari Ary. Dia tidak takut pada Ary, dia cintakan Ary, dan jauh dihatinya dia tahu Ary mengetahuinya.
“ Aku mendekati kau sebab diarahkan oleh seseorang yang berdendam
dengan bapa kau. Aku hendak permainkan kepercayaan kau, dan perasaan kau., it
just one stupid game. “
“ Tang, kill that girl.....”
katanya pada seorang lagi pembantunya. Gale terkejut.
“ Nanti!” teriak Gale, bergegas mendekati tuannya.
“ Maaf saya tuan. I was confused.. Saya akan lakukannya..” rayu Gale. Tuannya diam seraya berfikir.
Kemudian dia menepuk-nepuk bahu Gale.
“ Baik. Aku percayakan kan kamu.. tapi ingat Gale, jika kamu
gagal, nyawa kamu galang gantinya.”
Ary memandang Serafina yang tidak cuba melarikan diri darinya. Ary
sudah mengagak, Serafina tidak mudah
takut, dia bukan seperti gadis biasa, dia kuat dan cekal.. Namun dalam ketegasannya, dia jua penuh
kelembutan, senyum dan tawanya , mententeramkan perasaan Ary, walaupun dalam Ia
satu waktu yang singkat tetapi Ary dapat
lihat semuanya tentang Serafina, sikapnya, rahsianya..dan Keistimewaannya itu memikat hatinya,
membuatkan dia teragak-agak tentang apa yang sepatutnya dia lakukan.
“ tapi ingat Gale, jika kamu gagal, nyawa kamu galang gantinya.”
Ary tarik nafas sedalam-dalamnya, cuba membuangkan rasa teragak-agak ini. Nyawanya sedang dijadikan pertaruhan, tak mungkin dia akan musnahkan usahanya dan kepercayaan tuannya.
“ Pertahankan diri kau jika ingin hidup.”
Ary berlari ke arah Serafina dengan matanya tertumpu pada leher
Serafina. Dengan sekali hiris, dia akan pastikan Serafina pergi tanpa rasa
sakit. Dia pernah lakukannya banyak kali
sebelum ini, dan tidak pernah silap.
“ Maafkan aku, Serafina.” Kata Ary. Serafina memejamkan
matanya, bersedia, merelakannya, tanpa sedikit pun rasa getar.
Ting...
Serafina membuka matanya bila mendengar bunyi itu. Pisau yang Ary
pegang terlantar di lantai, dan Ary sedang memeluknya.
“ Ingat tak saya beritahu
bila seseorang jatuh cinta, hatinya akan berdegup tidak keruan?”
Dalam dakapan Ary, Serafina mengangguk perlahan.
“ Malam itu, saya dengar degupan hati sendiri.”
Ary meleraikan pelukannya. Wajah Serafina
ditenungnya.
“ Berdegup
tidak tentu arah, disebabkan awak..”
Serafina tergamam.
Tetapi cukup Gembira, hatinya gembira mendengarnya.. Ary mengeluh kuat seolah-olah lega melepaskan apa yang terbuku di
hatinya.
“
Disebabkan hati ini... , you will be the death of me..Gila betul!”
Ary mengambil kayu besbol yang tidak terusik, meletakkannya ke
bahu kirinya. Pistol dan pisau diselit di pinggangnya. Dia memandang Serafina
yang dari tadi memerhati dan membisu.
“ Saya
cintakan awak.. ”