Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 15 Oktober 2014

Adora Cafe- My heart (Hatiku) 12



“ Gale apa yang kau buat ni?” soal Jai sebaik sahaja melihat Ary berada di depan rumah inspector jeneral Zairuddin,sedia menghalang dia dan 10 orang kuncu-kuncunya dari mendekati rumah itu.

Melihat kayu besbol di bahu Ary, Jai tahu Ary serius. Serius untuk cari maut.

“ Aku sedang menghalang kau dan yang lain-lain.”

Jai ketawa  diiringi gelak tawa dari yang lain. Suasana jadi hingar bingar dengan tawa mereka.  Bila ia berhenti, Jai kembali serius.

“ Kau jangan bodoh. Kiteorang ramai, dan kau cuma seorang! “

“  Kuantiti bukan satu masalah bagi aku.”

Jai bengang dengan lagak Gale. Dalam kumpulan ini, nama Gale dilambung tinggi ,bukan saja disebabkan dia anak buah yang paling disayangi tuan, tetapi disebabkan Gale tidak pernah gagal dalam setiap tugasnya dan dia lakukan semua itu hanya seorang diri. Jika mereka adalah balaci yang biasa; membelasah, mengertak orang, merompak, mengedar dadah, melacur, Gale lebih ‘kotor’ dari mereka di sini. Gale hanya lakukan tugasan rahsia untuk tuan dan walaupun dia tidak pernah lihat sendiri, tetapi dia dengar yang Gale ber’main’ dengan nyawa orang demi tuan.  Jadi setakat 10 orang di sini, mereka bukan lawan Gale yang mahir dengan maut.

“ Kau jangan berlagak, sebaik sahaja tuan tahu pasal kau berpaling tadah ini,  kau akan diburu macam binatang.. kau takkan selamat!”
“ Aku tau.. tapi aku tak boleh endahkan hati ini.. “

Jai dan kuncu-kuncunya terus menyerang Gale.


~XOXOXOXOXO~

~ bila aku jatuh cinta padanya, aku tahu aku menempah maut. Tetapi, walaubagaimana aku cuba menafikannya, debaran hati ini tidak dapat aku hentikan...seperti yang kau katakan, percaturan aku kali ini silap, hatinya yang kuingini,bagaimana pula jadi hatiku yang diambilnya pula?”

Kak Gee teringatkan kata-kata Gale yang kusut hatinya. Gale tidak pasti dan dia keliru. Namun, Kak Gee tidak sangka yang Gale cepat membuat keputusan tentang ini, dan ia satu keputusan yang mengejutkan.

Malam itu, selepas menghalang Jai dan yang lain-lain,  Gale tidak  melarikan diri sebaliknya pergi bersemuka dengan tuannya. Dia tidak cakap apa-apa bila bertemu dengan tuannya tetapi tuannya bila melihat air muka Gale malam itu, sudah mengagak apa yang berlaku.  Dengan rasa kecewa, Gale ditamparnya dan tanpa banyak soal ,Gale diheret dan dibelasah di laman banglo mewahnya.

Sepanjang itu, Gale tidak melawan atau cuba mempertahankan dirinya sebaliknya hanya menunduk ke tanah, tidak berani menatap wajah tuannya yang marah dan kecewa bila Gale memilih Serafina.

Kak Gee ada di situ, dan dia dapat melihat kesedihan di wajah Gale, memahami yang hati anak muda itu, begitu terseksa kerana  kesetiaannya dan cintanya. Antara tuan yang membesarkannya, memberikan dirinya sebuah harapan dan peluang untuk hidup, dan Serafina yang mencuri hatinya dan mengembalikan padanya kehidupan 'Ary', yang indah dan tenang. Dia tidak boleh kehilangan kedua-duanya,  jua tidak boleh memiliki kedua-duanya juga.

Gale..malam itu,  dikurung dan dijadikan punching bag  atas arahan tuanny. Dia dibelasah beramai-ramai sehingga nyawa-nyawa ikan dan setiap kali Gale tidak sedar diri, mereka akan mengejutnya Sebaik dia sedar, proses memukul diulang berkali-kali. Gale harus menerima hukumannya dan dia perlu sedar untuk merasai setiap kesakitan itu.

Kak Gee tahu, banyak kuncu-kuncu bawahan yang berdendam dengan Gale, cemburu dengan keistimewaan yang Gale peroleh dan sikap Gale yang ego dengan kemahirannya. Jadi bila Gale silap, bila Gale hilang keistimewaan itu, bila tuan tidak lagi mahukan dirinya,  ia seolah-olah sebuah pesta bagi mereka. Tiada sesiapapun yang belas padanya, tiada sesiapa. Begitulah kehidupan Gale, dunianya.. dan dia 'survive' selama 11 tahun ini sejak kecil.


 “ Perkara hati, tidak boleh dijangka..ia berubah-ubah tanpa sebabnya..” kata Kak Gee sambil melihat lelaki yang dipanggil tuan oleh Gale itu menyarungkan kemeja ke badannya. . 

Kak Gee adalah wanita simpanannya sejak dulu, dan dia telah melihat bagaimana Gale membesar. Dia menjadi tempat Gale meluahkan perasaan sejak dulu lagi dan kekadang dia rasakan Gale seolah-olah anaknya sendiri.  Kerana itu, hatinya tidak tenteram bila Gale dalam kesusahan.

“ Kerana ia berubah-ubah, ia goyah, sekali lagi Gale akan kembali pada aku. Hanya tunggu masa sahaja.. ”

“ Ya, tunggu masa, jika ia hanya libatkan hati sahaja.  tetapi jika ia cinta? Bagaimana?’

“ Jadi dia harus pilih antara maut atau cinta.”

“ Dia sudahpun memilihnya, malam itu bila dia muncul di depan kau, bila dia hanya membiarkan dirinya dipukul oleh yang lain.. dia sudah memilihnya.. Cuma kau yang belum buat pilihan bukan?”

“ Aku benci bila kau mengetahui semuanya tentang diriku..”

Kak Gee diciumnya.

“ Malam ini aku akan ke sana , mungkin hari ini dia akan ubah fikirannya .” 

Lelaki itu keluar.





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'