Inilah peraturan yang paling penting bagi Gale. Peraturan yang membolehkan dia hidup hingga hari ini. Untuk hidup dalam dunia 'gelap' ini, dia perlu terus berpegang pada satu peraturan ini.
Di zaman kecilnya, dia yang
dilahirkan oleh seorang pelacur, membesar menjadi anak peleseran di kaki jalan.
Dia mencuri untuk sesuap nasi, menipu
bagai satu permainan dan merupakan punching bag bagi samseng-samseng dan
pelanggan ibunya. Ibunya kadang-kadang membantu, tetapi apalah kudrat seorang wanita,
kecuali sama-sama dibelasah.
Saat kehilangan ibunya, tiada tangisan di hatinya. Wanita itu tidak melakukan apa-apa untuknya kecuali melahirkannya. Dan saat itu, hanya kata-kata ini, jadi pembakar semangatnya. Dia tekad, dia
tidak akan mati sia-sia seperti ibunya. Diam-diam dia mempertahankan dirinya, belajar
melawan, untuk terus hidup.
Tetapi, seorang anak kecil tanpa orang
dewasa di sisinya, tidak mampu untuk terus menjaga diri sendiri. Dia kekal
menjadi mangsa baran pemabuk-pemabuk dan gangster di jalan gelap itu. Suatu
hari ketika dia mencecah usia 12 tahun, dirinya ditangkap dua orang samseng untuk
diliwat. Dengan menggunakan kekuatan dan akalnya, serta tekad untuk mempertahankan dirinya, entah bagaimana, dia dapat mencederakan mereka berdua. Memang tidak dinafikan dia jua cedera teruk hari itu, tetapi mereka jauh lebih teruk darinya. Seorang
menjadi buta, seorang lagi patah kaki dan retak dagunya.
Hari itu, dia berjaya 'hidup' dan menyelamatkan dirinya sendiri. . Kejadian itu disaksikan oleh tuannya lalu dia diambil dan dijaga oleh tuan itu. Hidupnya berubah, dia diberi pelajaran dan kekuatan tetapi bukan kebebasan, namun ini lebih baik dari menjadi anak peleseran. Mulai saat itu juga, dia berjanji pada dirinya yang dia akan lakukan apa sahaja untuk tuannya. Hidup dan mati untuknya dan Gale jadi namanya..
Hari itu, dia berjaya 'hidup' dan menyelamatkan dirinya sendiri. . Kejadian itu disaksikan oleh tuannya lalu dia diambil dan dijaga oleh tuan itu. Hidupnya berubah, dia diberi pelajaran dan kekuatan tetapi bukan kebebasan, namun ini lebih baik dari menjadi anak peleseran. Mulai saat itu juga, dia berjanji pada dirinya yang dia akan lakukan apa sahaja untuk tuannya. Hidup dan mati untuknya dan Gale jadi namanya..
Hinggalah..
“ Sehingga tuan arahkan yang lain, kau dekati budak perempuan ini, mainkan
perasaannya dan buatkan dia jatuh cinta pada kau..”
Gambar Sefarina diletak di atas meja. Alamat dan maklumat terperinci
tentangnya jua diselit sekali. Mereka juga telah menyediakan tempat tinggal untuknya, berdekatan dengan gadis ini. Arahan tuan kali ini pelik. tetapi Gale tidak mahu persoalkannya.
“ Tuan mau budak perempuan ini menconteng arang pada kedua ibu
bapanya. Musnahkan masa depan anak gadis ini, kau tau maksud ini bukan?”
Tang pergi tanpa menunggu keputusan Gale. Yakin yang Gale tidak akan membantah. Apa jua arahan tuan, Gale turutkan.
Semua kerja kotor yang tuan inginkan, Gale akan lakukan, tidak kira ia melibatkan
anak kecil, orang tua, wanita, Gale tidak pernah gagal. Kerana itu, tuan sangat
sayang pada Gale berbanding yang lain, namun tuan juga menghukum Gale lebih
dari mereka yang lain. Gale tahu.
“ Hati, jika salah atur, it will be the death of you..”
Gale mengambil kayu besbol,
pisau dan pistol dari bawah katil. Dia keluar dari rumahnya sambil mendial
nombor telefon seseorang.