“ Abang ambil dia bekerja sebab dah takde orang nak tolong Fai kat
depan. Tau kan bisnes semakin maju
sekarang. Bila tambah seorang pekerja , boleh lah dia jadi runner in case of
emergency. Lagipun, adik bukan dapat tolongpun, nanti habis pinggan mangkuk,
lingkuplah bisnes camtu..”
Ui, ui, sempat lagi dia menyindir. Hal tu pun nak diungkit, dah seminggu pun... cam perempuan betul Zarif ni. Tapi itulah jawapan Zarif bila aku terkejut lihat Ary bekerja di kafe ni, seminggu lepas. Sejak itu aku selalu perhatikannya, berharap dia akan berikan penjelasan tentang hal tempoh hari, tentang kata-katanya, tetapi, dia kekal membisukan diri, seolah-olah tiada apa-apa pernah berlaku antara kami.
Malah, dia tidak pernah lagi bercakap dengan aku walaupun
seringkali aku cari peluang untuk bertembung dengannya, Dia seolah-olah tidak
melihat aku.. Hari-hari, dia sibuk bekerja, rajin mengelap meja, ambil order,
sekali sekala menolong Im di dapur. Tidak pernah merungut walaupun kerjanya banyak
atau letih. Bila aku cuba tanyakan tentang Ary pada mereka.,
“ Em.. dia baguskan.. rajin bekerja. Sejak dia kerja sini, makin
ramai lak pelanggan wanita ke sini, bagus.. bagus.. ahahahaha..” itu kata Zarif
ketawa.
“ Entah,dia jarang cakap tentang personnel life dia.. emm,,
honestly, dia jarang cakap ngan kiteorang selain buat kerja..” kata Fai tentang
Ary.
Im pulak. - “ Dia sangat
cekap, selesa bersama dia dan boleh
diharapkan..selain dari tu, sorry, aku tak tahu apa-apa tentangnya. Ko patut
tanya abang kau tentang Ary, dia yang kenal dan hired Ary..”
Semua soalan bertemu di jalan buntu. Zarif pun tidak tahu apa-apa pasal Ary , tapi memang itu perangai Zarif, suka ambil lewa pasal benda-benda ni. Suka-suka buat keputusan ikut mood, dan perangai gila-gilanya.
“ Kalau dia tidak cerita
pasal dirinya, biarlah..Bukan semua
orang boleh kongsi segalanya pada orang lain. Lagipun setiap orang ada rahsia
sendiri.. tidak adil kita menghakimi mereka disebabkan itu. Dia boleh bekerja dengan bagus, sama seperti
Fai, dan Im.. jadi itu takde masalah bagi abang.”
Panjang lebar falsafah Zarif
bila aku persoalkan tentang Ary. Jadi
aku berhenti bertanya, dan mulai memerhatikannya.Zarif tidak faham kenapa aku jadi begini.
“ Serafina...”
Dia tahu namaku, apa lagi yang dia tahu?
Dia tahu namaku, apa lagi yang dia tahu?
“ Layak.. sangat layak.. awak tahu, lagi awak marah, awak nampak lebih cantik. Ini cukup bahaya..”“ Bahaya? Kenapa?”“Sebab saya akan lagi jatuh cinta pada awak.. “
Aku perhatikan Ary..
XOXOXOXOXO
Itu katanya satu hari, sebaik sahaja keluar dari rumahnya. Dia tahu aku menyembunyikan diri di balik tembok ini dan mendekati aku.
“dari awak mengekori saya senyap-senyap untuk tahu kegiatan yang saya lakukan setiap hari. Saya decide
untuk bawa awak bersama saya.” Katanya mesra.
Peliknya, bila di kafe , dia sering tidak mempedulikan ku, tapi di
luar, dia mesra pula?
“ Bagaimana? Setujukah?”
Aku diam. Apa maksudnya? Dia tidak marah ke aku selama ini menjadi
stalkernya? Dia tidak ingin tahukah kenapa aku buat begini? Kenapa dia begitu
ambil mudah tentang ini? Dia berjalan pergi dan aku bergegas mengikutnya.
“ Ada apa yang awak nak tanya pada saya?” katanya.
Aku berdiam diri, ragu-ragu untuk mengeluarkan soalanku.
“ Saya janji akan jawab semuanya..mungkin awak nak tanya tentang
umur saya? Nama sebenar? Background saya.. single atau tidak?Hobi? Bukankah itu
yang awak tanyakan pada mereka di kafe ? “Cis, dia tahu rupanya. Siapa yang kantoikan ni? Fai, Im? Zarif ke?
“ Apa yang awak nak tahu? Serafina..” namaku disebutnya lembut, ia mengetarkan
perasaanku.
“ Apa maksud awak tempoh hari ? tentang kata-kata awak tu pada
saya?!”
“ Ooo.. . Saya maksudkan apa yang saya maksudkan tempoh hari..” Ary berhenti di sebuah restaurant mewah.
“ Kita dah sampai, mari..” dia mengajakku masuk.
Di dalamnya, tiada sesiapa melainkan seorang wanita seksi yang berada di bar. Wanita yang matang itu tidak menyedari kehadiran kami, dia sibuk mengelap pinggan dan gelas untuk bisnes hari ini. Ary berjalan ke arahnya, langkahnya mudah dan teratur, seolah sudah biasa dengan susun atur restaurant ini. Aku juga yang terkial-kial mengelak meja dan kerusi yang masih belum diatur.
“ Ah! Selamat datang..” tegur wanita itu gembira melihat Ary. Dia
yang berpakaian dress hitam menampakkan lurah dadanya, turut teruja bila
melihat aku.
“ Ooh.. seorang teman? Tidak disangka-sangka..mari duduk di sini.”
Pelawanya menunjukkan tempat duduk di depannya. Sebaik sahaja aku duduk, dia
memperkenalkan dirinya sebagai Kak Gee..
“ Restaurant belum dibuka lagi, chef pun belum datang.. tapi kalau
nak minum, Gee akan sediakan.. nak minum apa?”
Aku pandang koleksi botol-botol asing yang berada di almari arak.
Jadi, Ary sering datang ke tempat beginikah? Well, he is not nice as i
thought.. aku rasa tidak selesa.
“Juice ada.. “ kata Kak Gee, seakan mengetahui kerisauanku.
“ Fresh orange satu..” laju aku memilih menu yang terlintas di fikiran. Kak Gee memandang
Ary.
“ Cam biasakan? Encik..?.”
Soalan itu kedengaran pelik.Kak Gee ingat minuman biasa Ary, tetapi
tidak namanya.
“ Ary.. ” kata Ary tidak tersinggung walaupun dirinya tidak
diingati.
“ Ary...” Kak Gee senyum. “
Ok! Sekejap yer....”
Kak Gee
menghilangkan diri di balik pintu yang aku andaikan menuju ke bahagian kitchen.
“ Kenapa kau bawa aku ke sini?”
“ Untuk memenuhi rasa ingin tahu awak..”
Kak gee muncul dengan membawa minuman yang dipesan. Selepas
dihidangkan, Kak gee duduk di sebelahku.
“ Lama dah kenal Ary? Sejak
bila? Dah berapa lama?”
Soalan diajukan bertubi-tubi . Aku lihat Ary meneguk
minumannya tanpa mempedulikan kami.
“ Er... takdelah. Dia Cuma keje di kafe abang saya.” Kataku sopan.
“Ooh... okey..”
“ Apa hubungan akak dengan Ary?’ aku tak tahu kenapa aku sibuk nak
tahu pasal itu. Kak Gee sengih.
“ Gee bukan kakaknya ,bukan jua saudara maranya “
“ Kawan?”
“ emm.. bukan..”
“ special?”
“ sangat...”
“ooh...” kataku hambar.
Special rupanya.. patutlah Ary ke sini
sebaik sahaja dia dapat cuti . Seminggu skali cuti, mestilah dispend kan bersama
orang tersayang.
“ Tapi bukan ‘special’ itu.. Gee bukan kekasihnya.. Ary masih
single.”
Aku tak sedar yang wajahku
cukup ceria bila mendengar kenyataan itu. Kak Gee senyum seolah mengetahui apa yang tersirat di hatiku. Kami berdua berborak
panjang selepas itu dan serba sedikit aku tahu tentang Ary. Dia anak yatim
piatu, tinggal dengan uncle nya yang merupakan pemilik rumah banglo itu,
setelah 5 tahun berada di Korea, dia kembali ke sini. Dia tiada kawan di Malaysia,
jadi dia sentiasa bersendirian. , Kak Gee yang banyak cakap dan sangat ramah tamah itu membuatkan masaku berlalu begitu cepat. Tup-tup,
sudah sejam lebih aku di sini.Sebelum balik, Kak Gee bercakap sesuatu pada Ary. Dia tidak perasan
yang aku senyap-senyap memerhati dan mendengar.
“Nampaknya kau sedang bermain dengan hati..”
Satu kad ace
berbentuk hati merah disisip pada Ary.
“Memang, Ia bukan permainan
biasa....”balas Ary.
Kak Gee senyum.. dia mengosok dada Ary seolah-olah menyapu debu di bajunya.
“ Ia satu permainan yang kau sepatutnya hindari..”
Kali ini kak
Gee membetulkan kolarnya, kemudian dia berbisik di telinga Ary.