Gluk gluk gluk gluk.. dengan derasnya air kosong membasahi tekak aku yang terasa begitu kering , walaupun ini adalah gelas yang ke -5 aku teguk. Fai yang berdiri di sebelah aku, memandang dengan penuh takjub akan ketidakwanitaan aku hari ini. Lebih teruk dari biasa, mesti dia fikirkan begitu.. Tanpa mempedulikannya, aku perhatikan lelaki yang sedang leka dengan ipad nya. Air ice green tea yang diordernya masih kaku tidak terusik di meja makannya. Apa yang dibuatnya sampai begitu terleka ? Tiba-tiba lelaki itu memandangku, aku bingkas mengalihkan pandanganku.
“ Kau nak air lagi ke?” tanya Fai,
“ Tak.. takpe.. t kalo Zarif balik beritahu dia aku singgah.. “
pesan aku sebelum keluar dari situ. Aku perlu freshkan minda aku, dari dia. Aku
betul-betul dah tak betul. Baik aku
balik ke rumah, mandi basahkan kepala hotak ini.
Di belakang ku lelaki itu mengekori ku..aku berpaling.
“ Apsal ha? Nak cari gaduh ke?!” seraya penumbuk diacah padanya.
Aku tak tahu kenapalah aku buat begini, memang perangai aku seteruk ni ke?
“ Rumah saya arah ini jua....” balasnya. Oh, aku lupalah dia
adalah jiran baru aku. Penumbuk
diturunkan, dan aku meneruskan perjalanan aku, dengan aku didepannya. Sambil berjalan aku mendengar langkah kakinya
yang teratur perlahan, tidak segopoh aku.
Honnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!
Tubuh aku ditarik lembut tetapi cukup pantas untuk mengelakkan aku
dari dilanggar sebuah lori barang. Aku memandang ipad yang hancur dilenyek tayar lori.
Dalam keadaan masih terpinga-pinga dan terngiang-ngiang bunyi hon
di telingaku, aku mendongak dan melihat pada penyelamatku. Dia melepaskan
pelukannya.
“ Sama-sama..” katanya tahu
yang aku tidak akan mengucapkan terima kasih. Dia meninggalkan aku, kembali
menyambung perjalanannya.
Bayu angin terasa bertiup ke tubuhku.. sama seperti hari pertama
aku melihatnya, seolah-olah berbisik....
X0x0x0xx0x0x0
Gale memerhatikan jarinya, panjang dan tirus, tiada celanya, tiada
kasarnya. Walaupun zahirnya begitu
sempurna, ia bukannya sesuci yang terlihat. Dia menyarung sarung tangan hitam ,
menyarung kemeja hitamnya, jaket hitamnya, kemudian keluar dari rumahnya.
Peraturan pertama: Setiap
permintaan wajib diterima, tanpa soal.
X0x0x00x0
“ Yo, Terima kasih pasal semalam.” Tegur aku sebaik sahaja dia
keluar, itupun setelah lebih kurang 2 jam aku tunggu di luar pagar rumahnya.
Dia sedikit terkejut dengan kehadiranku, tetapi wajahnya kelihatan manis
sentiasa.
“ It’s not Yo, it’s Ary.” Katanya.
“ Oh.. em.. okes..Sef..”
aku hulurkan tangan. Dia
menyambutnya lembut.
“ Sefarina.. “ katanya. Aku terkejut, dia tahu namaku?
“Camne kau tahu nama aku?”
Dia senyum sinis, seolah-olah mentertawakan soalan ku. Mengapa?
Mengapa begitu?
Kemudian dia meninggalkan aku. Adakah dia bencikan aku
sebab hal-hal sebelum ini? Tak! itu takde kaitan,yang penting camne dia tahu
nama aku? Senyuman sinisnya itu mencurigakan ku.
Aku ekorinya dan dia berpaling, sambil memandangku dia berjalan
dengan dirinya mengadapku. Dia senyum sinis,..kenapa? Kemudian dia berpaling
dan berjalan seperti biasa. Tadi, apa yang dia buat itu, seolah-olah dia mahu aku mengekorinya, mahu
membangkitkan kemarahan aku.. sengaja. Di wajahnya, terangan-terangan yang dia
sengaja mempermainkan aku.
Aku mempercepatkan langkahku dan bila aku dapat mengejarnya,
dirinya aku tahan. Kemudian aku lepaskan
sebuah tumbukan padanya, Kenapa aku lakukan itu, kerana aku rasa ada yang tidak
kena. Memang aku sedikit baran, dan
selalu memilih cara kasar ini untuk sesuatu jawapan..
Tapi pertimbangan aku silap, dengan senangnya dia mengelak
serangan kejutan ini, malah dengan lembut dia
memegang tanganku, memusingkan tubuhkan lalu menjatuhkan aku dalam
dakapannya.
Semuanya berlaku begitu mudah baginya dan sekilas pantas bagiku.Aku betul-betul terkaku. Ini kali pertama seseorang dapat menepis serangan aku!Aku yang selaku instructor berpengalaman dan juara 3 tahun berturut-turut takewando. Berapa ramai lelaki yang aku pernah jatuhkan..tetapi lelaki ini,, dia..
Semuanya berlaku begitu mudah baginya dan sekilas pantas bagiku.Aku betul-betul terkaku. Ini kali pertama seseorang dapat menepis serangan aku!Aku yang selaku instructor berpengalaman dan juara 3 tahun berturut-turut takewando. Berapa ramai lelaki yang aku pernah jatuhkan..tetapi lelaki ini,, dia..
“ Saya rasa awak patut kurangkan ganas awak tu, Serafina satu nama
yang cantik, seperti awak.” dia melepaskan ku. Aku sukar percaya yang lelaki
yang nampak begitu lemah ni lebih kuat dari aku. Ego aku tidak mungkin tercalar
di sini.
“ Maksud kau, kau rasa aku tidak layak guna nama itu?!” aku serang
lagi, dan dia mengelak sambil tertawa. Ia buatkan aku rasa egoku tercalar, dia.. sengaja membangkitkan
kemarahanku. Kenapa mesti dia menepis dan mengelakku dengan begitu gembira? Dia
memperendahkan kemahiran ku kah?
“ Layak.. sangat layak.. awak tahu, lagi awak marah, awak nampak
lebih cantik. Ini cukup bahaya..” Katanya sambil menepis dan mengelak
seranganku yang tak berhenti,
Kami seolah-olah dalam pertandingan akhir seni mempertahankan diri, menentukan kalah mati. Ia sesuatu yang serius, tetapi dia kelihatan
seolah-olah sedang bermain, tanpa sedikitpun menyerangku.
“ Bahaya? Kenapa?” kataku sebaik sahaja aku berhenti, sedikit
mengah, diperlakukan seperti ini. Aku rasa seperti hari pertama belajar
taekwando, dan dipermainkan oleh instuctor.
“ Sebab saya akan lagi jatuh cinta pada awak.. “
Wajah aku terasa kehangatan. .Lagi jatuh cinta? Lagi? Bila masa dia jatuh cinta padaku sebelum, Adakah ini bermaksud dia sedang jatuh cinta
padaku?
Aku pandang dia mahukan jawapan lebih lanjut, namun dia sudah
tiada. Bila masa dia menghilangkan diri? aku langsung tidak perasan.