Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 10 Oktober 2014

Adora Cafe- My heart (Hatiku) 9





“ Nah..” 

Tuala dicampak pada Gale, jatuh ke ribanya. Gale mengambilnya dan perlahan-lahan mengelap rambut dan kepalanya yang basah lencun, sambil diperhatikan oleh lelaki itu. Di sisi lelaki berusia di awal 40-an itu, berdirinya dua lelaki . Mereka berdua begitu senyap dan serius, tidak sekalipun mengalihkan mata mereka dari Gale. Seolah-olah berjaga-jaga dari apa-apa jua tindakan tidak munasabah yang Gale mungkin lakukan. Di luar, hujan turun diiring kilat , tiada tanda-tanda akan reda.

“Apa yang aku lihat tadi, itu bukan diri kamu. “  lelaki itu menyalakan curutnya. 

“ Tentang perkara itu, kamu belum bertindak lagi,  itu juga bukan diri kamu.. “  Asap dari curut dihembus perlahan.Wajah Gale berubah gusar. 


“Aku berikan arahan untuk kamu berjumpa aku, tetapi kamu ingkar. Gale, this is not like you.”

Gale terus membisu dan lelaki itu tidak kisah menanti, dengan tenang.  Dia tahu tiada apa-apa yang diperolehnya jika mendesak Gale. Dirinya arif dengan perangai Gale, Gale cuma akan cakap sesuatu bila dia rasa diperlukan.Lagipun anak muda yang dibesarkannya sejak kecil;  anak yatim piatu yang dikutipnya di jalanan, anak ini sanggup buat apa sahaja untuk dirinya..termasuk menyerahkan nyawanya sendiri. Jadi, jika sesuatu membuatkan Gale berubah, dia perlu tahu, dan hapuskannya.

Peraturan pertama: Setiap permintaan wajib diterima, tanpa soal.
Peraturan kedua : Tidak percaya pada sesiapa, melainkan diri sendiri. 

Begitulah didikannya pada Gale, diterap di sanubari Gale. Gale dipelihara untuk kepentingan dirinya, digunakan untuk kerja-kerja istimewanya, kerana dia bukan seorang businessman yang biasa. Dia seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Untuk mencapainya, ada sisi gelapnya, dan Gale hidup dalam dunia itu.

 “ Baiklah beritahu apa yang sedang menganggu fikiran kamu?’ katanya lembut. Dia tahu ada sesuatu yang membuatkan Gale ragu-ragu pada diri sendiri, kepercayaan dan peraturannya. 

“ Adakah pasal gadis tu?’

Wajah Gale berubah, Lelaki itu sudah mengagak. Dia melepaskan curutnya yang sudah pendek dan pembantunya segera memadamkan baki api dengan memijaknya. 

“ Saya tak boleh lakukan apa yang tuan arahkan.” 

Lelaki itu mengeluh.

“ Kau tahu apa yang ayah budak itu lakukan terhadap aku kan? Dia sedang menyiasat tentang aku, tahun ini sahaja dah berapa kali, aku ditahan dan disoal siasat. Aku sangat ‘sukakan' layanannya. Jadi, aku hendak memberi satu hadiah terima kasih kepadanya..dan aku pilih kau  untuk sampaikannya! ”

“ Perkara lain yang tuan suruh , saya sanggup lakukannya, tapi tentang ini.. maafkan saya.”

Lelaki itu mengusap-ngusap dagunya yang berjambang, berfikir dan teringatkan perkara-perkara yang pernah Gale lakukan untuk menghalang mereka yang cuba menyekat ketamakannya dan kuasanya selama ini.  Sudah berpuluh orang yang Gale kunci mulut mereka , berbelas anak kecil yang hilang keluarganya, tiada satupun Gale persoalkan. Jika  bulat dikatanya, bulatlah.. tidak akan jadi persegi. Begitulah kesetiaan Gale padanya. 

“ Maksudnya, kamu tak boleh rosakkan anak perempuan inspektor jeneral itu?! “ Lelaki  mulai marah, tidak suka akan kenyataan ini. 


“ Kalau boleh, saya minta tuan tidak libatkan dia dalam hal ini..” jawab Gale.

“ Jadi, hanya perlu libatkan abang dan ibunya?”

Gale tunduk merenung jubin lantai yang sejuk.

“ Jai, hantar beberapa orang kita ke rumah inspektor jeneral Zairuddin. Beri amaran pada isteri dan anak lelakinya..” arahnya pada salah seorang pembantunya.  
Lelaki itu bangun dari duduknya dan beredar. 

“  First rule, second rule.. you broke it, Gale...Aku kecewa dengan kamu. "  Lelaki itu berjalan ke pintu keluar, diiring pembantunya yang tinggal.

“ Tang, take over and kill that 'girl".....”  katanya pada pembantu itu. . Gale terkejut. 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'