Arghhh!!!!
Zarif menjerit sekuat hatinya. Kepalanya
pening dengan permintaan ibunya semalam. Baginya permintaan itu tidak rasional,
ianya satu kegilaan yang tidak mampu dia penuhi. Sukar, mustahil, tidak
mungkin!
Arghh!!! Sebolehnya dia ingin menjerit
sekuat hatinya, biarkan café ini bergegar. Biarkan…
Arghh!!!
Pap!!
Berdegang gegendang telinganya dan serentak
kepalanya terasa sakit.
" Bising saje!!
Larilah pelanggan nanti!" marah Im.
Di tangannya terdapat sebuah dulang yang digunakan sebentar tadi untuk mengetuk kepala Zarif
yang keras dan dalam kebingungan itu. Dia membetulkan kaca matanya dengan air
muka yang langsung tidak bersalah memperlakukan pengurus, bos dan
pemilik Kafe Adora sebegini rupa.
" Auchh… "
lambat pula tindakbalas Zarif ini.
Kepalanya digosok-gosok; berpura-pura macamlah
sakit sangat seperti dihempap batu 10 kg. Im tidak peduli. Sebenarnya, Im
memang sentiasa tidak peduli dan mukanya yang serius tidak berperasaan itu
selalu menyakitkan hati bos, rakan sekerja, sahabat handai, semua orang.
"Im… berani kau
buat bos kau macam ini…grrr...." gertak Zarif.
" Heh."
Seperti biasa, Im tidak peduli, sebaliknya sempat meng'heh' kan Zarif.
Tidak langsung tercabar atau tergugat ; sebaliknya Zarif yang
rasa tercabar diperkotak-katik oleh Im.
" Im…… "
panjang sahaja nama Im di sebutnya. Geram ni.. geram…O-O
" Bos!! Apsal bos!!? " Fai kelam kabut mendekati bos nya itu.
" Im.. buli..huhuuhu…"
adu Zarif sambil mengosok-gosok matanya meniru gaya budak kecil yang
dibuli. Dia menyorok belakang Fai,kunun cute la tu.. Sempat dia menjelir
lidah pada Im, mengajuknya. Ini menyebabkan Im lagi bertambah baran melihat
kelakuan tidak matang Zarif itu. Rasa hendak dihentaknya bos dia ni dengan tray
untuk kali ke-2. Ya, hentak…hentak.. hentak.. bos ngada-ngada ini. Zarif sengih
seakan tahu apa yang difikirkan dalam kepala hotak Im tu. Nak hentak aku le tu…
wek, dia terus berulang kali menjelir lidah dari belakang Fai.
" Im!! Meja 12 nak ambil order!"
panggil Ary yang sedang sibuk mengambil pesanan dari meja lain.
Hari ini
terlalu ramai pelanggan, sampai tak cukup tangan Ary
dibuatnya. Sampaikan chef Im diorang ni pun kena buat keja juga.
" Shoh… shoh… gi amik order…shOh…"
kata Zarif meng'halau'.ala-ala kucing.
Berkerut jer muka Im menahan marahnya
yang tersindir. Fai menyabarkan Im
yang seolah-olah gunung berapi yang hendak meletup. Payah betul melayan 2 ekor
ini terutama si boss yang suka menyakat Im dan selalu buat Im
marah-marah dengan usikannnya. .
"Huh…" Im
beredar akhirnya walaupun masih tidak berpuas hati.
" Yeah!! Kejayaan!
Kejayaan kali ke 55!! "
Zarif menyambut kejayaannya itu dengan
mengipas-ngipas kipas kertas pada dirinya, siap baling kertas-kertas kecil
bewarna warni, macam parti akhir tahun. Fai tertanya-tanya manalah boss dia
dapat benda-benda ini, selalu sangat dibawanya.
" Boss, apsal tadi.
Panjang jer keluhan?."
Zarif dah agak dah Fai yang sangat prihatin ini
akan bertanya. Oohh… Fai…tidak sia-sia dia mempunyai Fai yang
prihatin, mengambil berat dan comel di Kafe ini.. Ecehh...
" Haish… Umi aku
buat satu permintaan la…susah…susah…"
Kipas kertas yang dibelinya dari kedai
kraftangan jepun disimpan ke dalam jaketnya. Kali ini Zarif kembali
serius. Dia duduk dengan muka yang serius. Senyuman dan perangai
anak-anaknya tadi terus hilang.
" Apa
permintaannya??"
" Umi nak aku bawa bakal isteri dalam 2
minggu ini, untuk kenalkan pada satu family. Susahler, aku kan free,sexy and single . Kalau aku gagal penuhi permintaannya.. Umi ugut nak
amik alih café ni dari aku… uWa!!!…… Fai!!….."
Zarif memandang Fai dengan matanya yang
berkaca-kaca air itu, mengharap simpati dan sokongan dari Fai.
" Ya… I sayang you
juga.. Nanti malam ya.. Love you…"
Fai tersengih-sengih melayan Dana, teman wanitanya di talian..Rupanya dia langsung tidak dengar dan memberi perhatian pada luahan
hati Zarif yang emo itu.
" Fai-sal
Fakh-ran!!"
Tinggi jer suara Zarif menyebut nama Fai. Telefon bimbit
dimatikan.
" Hehe….." tersengih-sengih
Fai macam kera busuk.
"Kamu mempermainkan
jiwa raga aku yer.."
Fai masih tersengih.
" Kemas semua ini, sekarang!" kata
Zarif secara garang sambil merujuk kepada sampah kertas kecil bertaburan
di lantai yang dicampaknya tadi dalam pesta yang dilancarnya sendiri.
" Dan minggu ni... ..kau cuci toilet ~"
Tidak!!!!!! Fai rasa nak menjerit. Zarif ni bos
yang kejam. Kekekekekek…~ Zarif ketawa jahat
Hahahaahahahaah…;~~
- Nota
kaki : Sehari dalam hidup Zarif sebagai boss Kafe Adora ~