Batu kecil yang disepak Zarif berguling-guling perlahan. Zarif
memerhatikan batu kecil itu sampai ia berhenti kemudian mengeluh sekuat hatinya,
sambil menjeling pada Fai yang berjalan di sebelah kirinya. Sengaja nak tengok
response Fai.
" Hai? Tak habis-habis lagi ke bos? " tanya Fai
kesian, tanpa tahu yang dirinya telah termakan helah Zarif. Yes!
" Haishhhhh… camne nak abis? Startnya pun belum lagi..
Haishhh… Haishhh…" Sengaja Zarif mengeluh berkali-kali..
" Pasal pagi tadi tu, betul ke, boss ?"
Oh rupa-rupanya Fai
tidak ambil serius tentang hal pagi tadi. Yelahkan boss Zarif dia
ni pun perangai cam kartun skit, entah-entah ini adalah propaganda Zarif saja
yang memang suka menyakat pekerja dia. Zarif memegang erat bahu Fai, merenung tepat di matanya.
" 100% tulin" jawapan dengan nada serius itu buatkan Fai
telan air liur kecut.
"Habis tu? Bos nak buat camne? Bagi jer ler kafe ni
balik kat umi boss? Lagipun bukannya umi boss tu serius pun takkan la mak
sanggup buat anak camtu kan ? Kan ?
"
"Ishh..ishh… kau tak nampak ke'seriusan' hal ini.. Imagine
kan my umi take over this café… apa yang akan terjadi? Imagine..! Imagine…..!! "
Serta merta Fai terbayangkan umi Zarif jadi boss mereka. Dia
pernah jumpa Umi Zarif, sebab uminya agak selalu datang jenguk Zarif di sini.
Umi zarif seorang yang sophistacted, selalu datang sini dengan pakaian ala-ala
mak datin, wangian perfume serta mekap yang tebal. Setiap 5 minit akan
membetulkan make upnya dan sanggulnya.
" Semua pekerja kau laki jer nih.."
" emm.. jambu, macho, hensem, tinggi semuanya.."
Mulutnya yang merah menyala dengan lipstick itu tak henti-henti memuji dan komen sana sini. Kerap kali Fai dengar umi Zarif membebel sorang-sorang sambil meninjau sekeliling. Dan ayat
yang selalu keluar dari mulut umi Zarif adalah..
" Café Maid?!" kata Fai, teringat.
Zarif mengangguk iya.
" Café Maid.. dia kata dia akan tukar this café yang penuh
dengan kemachoan, kehenseman, ke'jambuan' , konsep café prince charming yang
aku usahakan ini kepada konsep Maid yang penuh dengan ladies-ladies ayu mayu
pakai baju orang gaji dan act innocent cam kat jepun tuh……I blame my father
yang baru-baru ni bawa umi pergi holiday kat jepun, kan dah terpengaruh…
urghh.."
Zarif memeluk tubuhnya seolah-olah sejuk bila membayangkan cafenya
bertukar rupa. Seperti mimpi ngeri. Fai tidak mengerti Zarif ni, dia ni alergik ngan perempuan
ke? Comel pe konsep tu? Perempuan kiut-kiut.
Tapi memang selama bekerja dan berkawan dengan Zarif, dia perasan Zarif tidak
pernah ada teman wanita, dan selalu mengelak kalau ada yang ingin berkenalan
dengannya. Zarif selalu kata dia tidak selesa bila dikelilingi
perempuan. Rasanya perempuan yang Zarif hanya akan borak kalau bukan ahli
keluarga, hanyalah customer café lah!
Kafe Adora berkonsepkan prince charming yang mana
pekerja-pekerjanya perlu mengikut satu criteria – lelaki and charming. So
dari chef sampai ke waiter, sumenya boleh dikategorikan lelaki kacak lah.
Interior design pun ala-ala castle classic , siap ada taman lagi kat
tengah-tengah. Memang unik dan 5 star café nih, dan ramai pelanggan perempuan
yang tertarik untuk spent time kat sini.
Tapi kehadiran perempuan yang ramai tu tak buatkan Zarif kekok pu!, malah setiap kali customer datang, Zarif lah yang menyambut mereka, malah Zarif boleh ingat wajah-wajah mereka dan nama mereka satu-satu. So, apa yang menyebabkan Zarif tak selesa untuk berinteraksi di luar waktu bekerja dengan gadis-gadis yang berminat dengan dia?
Tapi kehadiran perempuan yang ramai tu tak buatkan Zarif kekok pu!, malah setiap kali customer datang, Zarif lah yang menyambut mereka, malah Zarif boleh ingat wajah-wajah mereka dan nama mereka satu-satu. So, apa yang menyebabkan Zarif tak selesa untuk berinteraksi di luar waktu bekerja dengan gadis-gadis yang berminat dengan dia?
" Eh!" langkah Fai terhenti. Matanya terbeliak
seolah-olah baru teringatkan sesuatu.
Dia memandang Zarif.
" Ni serious, kalau kafe Adora tukar jadi kafe maid.. kiteorang
sume nak kerja kat mana?"
Zarif senyum.. akhirnya Fai baru tahu situasi ini sangat SERIUS.
Slow tul!
" Takde kerja lah.. korang sume kena cari kerja lain and kau
kena balik rumah lah .. TU.AN.MU.DA.."
Mereka semua sudah tahu identity sebenar Fai, walaupun pada
awalnya agak terkejut dengan kebenaran yang Fai adalah anak seorang Dato’,
kemudian berita dia bercinta dengan dana.. satu persatu, semuanya mengejutkan. Tapi, sekejap sahaja, selepas kes Ary, tiada yang mengejutkan lagi.
" Bos! Bos, cari perempuan, buat couple and kawin
kontrak."
Berderau darah Fai mendengar perkataan TUAN MUDA tu.. Terus jer otak yang tadi malas nak amik port pasal hal ini, berfungsi gear nya .Dia dah dapat bayangkan masa depannya nanti. Tidak!! Ini perkara serius! Dia tidak mahu diheret pulang oleh lelaki-lelaki berbaju hitam itu..
"Heh, coi! Kau ingat ni citer novel diadaptasi ke drama ke kahwin kontrak-kontrak, kahwin paksa-paksa ni ha? Apa muka hensem macho cam brad pitt seperti aku ni , terdesak
sangat ke nak kene bayar perempuan menyamar jadi bakal bini, kemudian kawin
kontrak? "
Brad Pitt, hak tui! berbulu telinga Fai. Zarif ni kalau
bab angkat bakul sendiri no 1.
" Then, gi la ngorat awek-aweks dengan muka Brad pitt tu..
kot-kot dapatlah Angelina jolie satu " balas Fai sindir dalam gurau.
" Kauuu…grrrr...."
Belum sempat kata-kata Zarif tamat, Fai sudah
berlari-lari anak ke depan meninggalkan dirinya.
" Boss! Lambat ni !bas last saya kul 11.45.! Kita bincang sok!
" jerit Fai tanpa menoleh ke belakang.
Matanya tertumpu pada jam tangannya
yang dah pukul 11.25 Stesen bas lebih kurang 30 minit perjalanan dari sini, so
kalau dia berlari sempat lah kot, doa nya dalam hati. Fai berhenti sebentar, menoleh kebelakang, ke arah Zarif.
" Don't worry bos! Saya tak rasa umi boss tu serius pasal hal
ni.. dia gurau manje jer tuh.. Jumpa esok bos! Bye!"
Fai melambai dengan senyum ceria pada Zarif dan terus lari pecut
seperti olahraga sukan olimpik. Beg galasnya bergoyang-goyang hebat effect dari
pecutan Fai tu.
" Cis budak nih! Hishh…" rungut Zarif , licik betul Fai
ni nak lari topic, siap tinggalkan dia sorang-sorang kat sini..
Tetapi dalam
masa sama dia rasa lega dengar kata-kata semangat Fai tu.
Budak tu memang yang paling muda antara mereka dan paling hidup carefree, tak
suka bincang hal-hal serius. Cam takde masalah jer., tapi
dia juga paling prihatin pada mereka. Kalau ada problem dialah yang pertama
menghulurkan bantuan, paling-paling pun dia menjadi pendengar dan penceria yang
terhebat.
Rasa rungsing hilang. Bulan penuh di langit kosong begitu terang pula malam ini. Cahayanya yang terang mengasyikkan. Sambil merenungnya, Zarif teringatkan kongsian di laman facebook, tak salahnya bulan mengambang malam ini dikenali sebagai blue moon.
Rasa rungsing hilang. Bulan penuh di langit kosong begitu terang pula malam ini. Cahayanya yang terang mengasyikkan. Sambil merenungnya, Zarif teringatkan kongsian di laman facebook, tak salahnya bulan mengambang malam ini dikenali sebagai blue moon.
" Once in a blue moon, heh?.. "
Dia tersenyum lucu, menurunkan renungannya dan tergamam . Di bawah
cahaya bulan yang sama, seorang gadis berambut pendek sedang
memerhatikannya.