“ Ok, awak boleh tinggal sini.”
Zarif
dengan bangganya memperkenalkan tempat tinggal baru untuk kekasih cinta hatinya
yang palsu ini. Putri memandang apartment ini. Apartment Zarif yang tempoh hari
dia bermalam di sini.
“Seriously? Tinggal sini dengan awak?”
‘ Yep. Awak cuma cakap suruh sediakan tempat tinggal je,
tak kisah kan? Lagipun dengan ini, kita boleh la loving dovey..mmuuahh..”
Zarif
sengih bila melihat reaksi Putri yang seperti takut dengan lelaki miang iaitu
dirinya.
“ Awak takut ke?” Tanya Zarif. Dia mendekati Putri yang
setapak demi setapak menjauhinya.
“ Untuk jenis ‘perempuan’ seperti awak , saya rasa benda ni
bukannya satu masalah bukan?.. “ kata Zarif sambil mengusap-ngusap dagu
sendiri, dan menjilat bibir sendiri. Matanya merenung Putri dalam miang.
‘ Perempuan seperti saya? Huh, typical man. ”.
Zarif tergamam bila melihat cara Putri memandangnya. Ia bukan takut atau marah, tetapi seolah-olah benci dan merendah-rendahkannya.
“So, shall we start? Should I remove my clothes here or
inside?.Sinikan tempat tidur awak ? ”
Putri
berjalan ke bilik tidur utama. Dia masuk ke bilik yang dimaksudnya.
Langkah Putri mati bila melihat bilik itu terkemas bersih. Terdapat satu beg
baju besar di tepi pintu. Putri memandang Zarif yang cepat-cepat mengambil begnya.
“ Awak boleh tidur sini. Saya dah kemas everything, so awak
boleh selesa.”
“ Beg tu?”
“ Beg saya. Saya akan pindah keluar. 3 bulan ni, this
apartment is yours alone.”
Putri
diam, seolah-olah memikirkan sesuatu.Zarif mengalas beg bajunya.
“Saya tahu batas-batas antara kita. I’m not that typical
man.”
Zarif
bergerak ke pintu keluar. Dia menoleh pada Putri.
“ Dan maafkan kata-kata saya sebelum ini. I’m sorry, I
didn't mean it .”kata Zarif kesal dengan gurauan nya..
Dia keluar meninggalkan
Putri.
~~~~
“ Fuffufuufu… rugilah bos. Dia nak bagi dah, bos tak ambil..
rugilah..
Zarif
mengetuk kepala Fai dengan bucu buku majalah anjung seri yang dipegangnya.
“ Otak kau benda tu jer difikirkan kan?”
“ ,hahah.. Tapi saya tak
bermaksud apa-apa, saya bukan begitu dalam real life, ini hanya gurauan, seloroh dalam perbualan kita. ” jelas Fai.
Fai
mengosok-gosok kepalanya yang sakit.
‘ Tapikan bos, siapa perempuan tu? Tiba-tiba je muncul.. boss tak pernah beritahu pun boss ada teman wanita? Tiba-tiba nak kahwin..?Pelik ni.."
Fai memandang sekeliling, takut-takut ada yang
mendengar.
“ Entah-entah boss buat apa yang saya suggest hari tu ke? Pasal kahwin kontrak tu.. ?” bisik Fai. Dan sekali lagi Fai mendapat
ketukan di kepalanya.
“ Kau memandang rendah pada aku yer.. Ish..ish.. Bukanlah~” bohong Zarif, bukannya disengajakan, cuma dia taknak Fai yang mulut cam tempayan ni kantoi kan yang dia dan Putri hanya berlakon. Lagipun ini cuma 3 bulan, dia akan jelaskan pada Fai bila tiba masanya nanti.
“ Betul ke ni.........?” Fai masih tidak puas hati.
Kcing...kcing...
Loceng
angin yang digantung di pintu masuk berbunyi, menandakan ada orang yang masuk. Mereka
berdua memandang pada dua lelaki yang berada di depan pintu. Im dan Ary.
“
Morning!!” tegur Zarif.
Ary mengangguk tanpa bersuara, manakala Im, dia
betul-betul terkejut dengan situasi ini!Terkejut melihat Zarif datang awal
pagi untuk buka kedai. Selalunya hanya dia dan Ary yang first datang sini.
“ Kenapa…
terkejut ke.. percayalah…” usik Zarif
Dia mendekati Im yang mukanya sedang
berkerut-kerut, terkejut, tidak percaya. Suka Zarif tengok wajah kekalahan itu
Bukan selalu.
“ Mulai
sekarang, sempena azam tahun baru, aku, Zarif, pengurus kafe Adora, akan
menjadi orang pertama membuka kafe ini setiap pagi. So, sapa yang datang
lambat, akan di punish. Hehe..”
lagak Zarif, walaupun hakikatnya dia tanpa
pengetahuan semua, telah menjadikan loteng tingkat atas sebagai apartment
sementaranya. Nak tak nak, memang dialah yang akan membuka kafe ini di awal
pagi. Ary
mengangguk setuju. Fai pula sengih dan member tepukan sokongan pada Zarif.
Im?
Dia masih lagi kaku, tidak bergerak. Jasadnya seperti kehilangan roh. Dia tidak
dapat percaya semua ini berlaku sekarang ini. Zarif yang dikenalinya selama ini
adalah seorang insan yang tidak pernah betul-betul bertanggungjawab pada kafe
Adora. Zarif banyak main-main dan selama ini dialah yang mengatur plan dan
strategi, mengurus financial kafe Adora ni. Zarif
merenung Im yang masih kaku. Nampaknya Im perlukan masa untuk mengumpul
kekuatan dan kepercayaannya tentang keajaiban ini. Sukanya dia , Hehe…
“ Ok,
mari kita abaikan Im. Semua, sila start keje.. Fai kemas dapur. Ary kemaskan
meja depan.kita nak buka kedai..”
Mendengar
arahan Zarif, masing-masing terus bertindak pantas. Semuanya bersemangat.
Begitu juga Zarif. Dia pun tidak membuang masa untuk membantu apa yang patut.
Sedang mereka semua busy menyediakan persiapan untuk pagi yang ceria ini,
sekali lagi loceng di pintu utama berbunyi.
“ Selamat
pagi sayang...” tegur satu suara yang manja padanya.
Zarif menoleh. Putri
berada di depannya dengan membawa bekal makanan. Wajahnya ceria dan manis. Dia
memakai blause labuh kosong warna peach yang menyerlahkan warna kulitnya.
Rambutnya pula disanggul rendah dengan penyepit rambut yang cantik. Wajahnya
bersih bermake up simple. Buat seketika Zarif terpana dengan kecantikan asli si
Putri ini.
“ Saya
rindukan awak...”
“ Err..”
“ Tak suka ke saya datang sini?”
“ Err…”
Zarif
masih tidak mengerti kenapa Putri datang ke sini, sehinggalah dia perasan yang
Puan Salimah juga hadir bersama Putri.
“Zarif,
kenapa?” soal Puan Salimah bila melihat Zarif yang tidak bereaksi apa-apa.
“ Eh!!..
u..umi? Umi buat apa kat sini?”
“ Takde..
Umi on the way ke sini nak bagi kamu dan kawan-kawan kamu sarapan. Jadi Umi bawa sekali Putri ke sini. Hari ni
Zarif buka kafe ke?”
Bekas makanan sarapan pagi yang
dibawanya beralih tangan.
“ Aah,
kenapa umi?’
“ Bukan ke kamu nak bawa Putri keluar jalan-jalan hari ini? “
“ Bukan ke kamu nak bawa Putri keluar jalan-jalan hari ini? “
Zarif
blur.
“ Jangan
cakap kamu lupa. Putri dah bersiap cantik-cantik ini. ”
“
Takpelah umi, dia tak sengaja terlupa…” wajah Putri jadi muram.
Zarif
serba-salah, walaupun dia tahu Putri hanya berlakon.
“ Ah,
takpe.. mana ada sibuk. Im boleh jaga Kafe. Kita keluar yer..”pujuk Zarif, walaupun confius kenapa Putri menipu tentang mereka hendak keluar bersama.
Putri
gembira. Puan Salimah pula tersipu-sipu malu melihat kemesraan dua kekasih ini, terutama anaknya Zarif yang begitu menyayangi Putri. Tak sabar dia nak melihat mereka berdua bersanding di atas pelamin, macam
pinang di belah dua, sama padan.. Dia perlu gesa mereka kahwin secepat mungkin.. 3 bulan lambat sangat..