Putri dan Zarif membawa haluan masing-masing sebaik sahaja mereka sudah berada jauh dari Kafe Adora, jauh dari sesiapa yang mengenali mereka. ‘
“Ok,takde sapa perhatikan lagi, kita berpisah di sini.
”
Mudahnya Putri berkata-kata, bagaikan seorang pengarah
yang menamatkan pengambaran, tegas dan tidak berperasaan. Lakonan baginya seolah-olah dalam gengamannya, ia datang dan pergi dengan senang.
“ Kita hanya jumpa bila perlu.”
Zarif tersenyum bila teringatkan kata-kata Putri
sebelum mereka berpisah di sini. Jumpa bila perlu kah? Nampaknya Putri memang
sudah mengatur apa dan apa yang tidak perlu dalam lakonan mereka, seperti
seorang penulis skrip yang sudah ada
ending untuk ceritanya. 3 bulan Zarif
akan menghadap perempuan licik ini. Zarif berdoa agar masa berlalu sepantas kilat dalam
3 bulan ini…
Zarif masuk ke dalam sebuah shopping kompleks 5 tingkat yang gah . Dia berniat untuk buang
masa di sini memandangkan uminya berada di rumahnya sekarang dan dia tidak
boleh balik ke rumah mahupun kafe, agar lakonan mereka tidak kantoi.
“ Ha, tak boleh pakai?!” kedengaran teriakan seorang
wanita.
Di situ Putri dan salesman sedang bercakap tentang kad kredit yang ditolak. Zarif cepat-cepat menyorok, perhatikan dari jauh. Bila masa pula minah ni ada kat dalam shopping kompleks ni? Bukan ke dah berpisah tadi?
“ Kad kredit cik dah di blok.”
“ Dua-dua tu kah?”
“Ya..”
“ Hmm…mana atm terdekat? Saya akan bayar cash untuk
baju-baju ini.”
Selepas mendapat tunjuk arah dari salesman itu, Putri
bergegas ke atm maybank tak jauh dari situ. Lama juga dia berada di situ,
banyak kali kad atm nya di masukkan, tetapi setiap kali itu juga, kad atmnya
ditendang keluar.
“ Aahhhhh!!!” jerit Putri marah.
Nak je ditendangnya
mesin atm ini! Perbuatannya diperhatikan Zarif dari jauh.
“ Tak guna! Tak guna..” rungut Putri mencangkung di
tepi atm.
Semua kadnya diblok dan Putri tahu ini mesti keje Zack. Zack takkan senang-senang lepaskannya begini dan ini baru amaran awal. Seterusnya pasti lebih teruk dari ini.Dia tak boleh tinggal lama di sini, seperti mana dia berpindah dari tempat ke tempat lain, dan semakin jauh dari KL, seperti itu juga dia perlu tinggalkan tempat ini . Lambat laun orang Zack akan jumpa dia di bandar kecil ini. Tapi apa perlu dia lakukan? Tiada wang, tiada apa-apa, dia perlu fikir jalan untuk menyelamatkan dirinya. Mampukah dia pertahankan dirinya sendiri? Berapa lama dia boleh bertahan… dia keseorangan… dia…
Putri menaikkan lututnya bawa ke muka. Dia duduk di
situ memeluk lututnya, membenam mukanya…
Dia ingin menangis, tetapi dia
sudah berjanji dengan dirinya, tiada lagi air mata akan mengalir darinya. Tiada
lagi.. Dia bukan lemah.
“ Nah..”
3 buah beg shopping di letak di depan Putri. Di
dalamnya terdapat baju-baju, kasut dan barang toiletries yang Putri sudah pilih
dan hanya menanti untuk di bayar. Putri mendongak dan lihat Zarif yang berdiri
didepannya.
“Saya dah bayarkan
semuanya..”
Putri bingkas bangun.
“ Jangan hina saya! Saya tak
perlukan pertolongan awak! lelaki macam
awak… “
“ lelaki cam saya?’
“ Ya, lelaki cam awak!
Typical lelaki! Lelaki hanya tahu ambil kesempatan terhadap perempuan, mereka
anggap perempuan semuanya lemah,useless ! Sebabkan awak adalah lelaki jadi awak
ingat awak boleh buat apa sahaja? Boleh berlagak yang awak lebih baik dari
saya? Saya tak perlukan awak, saya boleh jaga diri saya sendiri.“
Zarif sangat yakin yang dia
tidak fikir dan berniat seperti itu langsung!
Kemarahan Putri juga sewajarnya tidak kena mengena dengannya walaupun
memang dia lelaki, tapi adakah itu satu kesalahan? Dia tidak faham dengan
Putri.
“ Firstly, saya bukan
begitu. Secondly.. saya teman lelaki awak, walaupun Cuma lakonan.. so just anggaplah
yang ini salah satu lakonan kita di mana saya belikan barang ini untuk kekasih
saya, kerana saya mencintainya.. ..Noktah.“
Putri diam kemudian dia mengambil bag shopping
itu.
“ Whatever!”
Whatever, bukannya terima kasih?Zarif tak tahu kenapa
dia rasa perempuan ini menarik.
Gruk gruk gruk gruk…
Bunyi itu mengejutkan Zarif. Kuat dan datang dari
perut Putri yang kelihatan segan, merah padam dek kantoi dia sedang lapar. Zarif berkerut bila lagi sekali perut Putri
berbunyi. Kali ini, Putri bersedia untuk melarikan diri.. malu wei.. tetapi tangannya dipegang, dihalang Zarif.
“ babak dua : Lunch with my
love… “
~~~~~~~~~
~~~~~~~~~
‘ Perempuan seperti saya? Huh, typical man.
Zarif bangun dari katil, dan mencapai penyapu lidi, lalu disapunya sarang labah-labah di siling.
Ya, lelaki cam awak! Typical lelaki!
Dua kali dia dengar perkataan itu dari Putri. Typical lelaki.. kenapa Putri cakap begitu? Apa yang membuatkan Putri berfikir begitu? Haish… dia tak perlu ambil tahu, tinggal di loteng yang sempit ini, menyebabkan otak dan fikirannya juga jadi kusut dan berfikir benda-benda yang tak penting. Semak! Putri bukan penting.