Hehehe….
Berbulu
jer telinga dia mendengar ketawa kecil yang terkeluar dari mulut Fai. Walaupun
Fai cuba control tetapi dia dapat dengar seolah-olah dipasang speaker. Tak
pasal-pasal dia jadi bahan jenaka Fai, Im dan Ary kafe Adora, tetapi
cukup-cukuplah satu hari, sampai kat depan gate rumah uminya pun Fai masih lagi
nak mem’bahan’kan dia. Kalau dia ada masalah anger management dah lame
disikunya fai dan buat smack down 2-3 kali, tetapi selamat lah dia seorang yang
sabar, paling-paling pun dia akan cancel application cuti Fai yang diletakkannya . Hehe..
“ Sorry,
bos. Tak tahan, teringatkan nasib malang bos kekeke…”
“ Takpe,
aku faham. Ingat tak cuti minggu depan yang kau nak apply sebab nak kuar dating
tu kan?”
“ A’ah..
kenapa bos?”
“ Aku
rasa cam nak… Tak approve, heh.” Zarif senyum puas hati.
“ Ala
boss….”
“ ahhh!!
Takde boss, bos..”
Zarif
terus menolak pintu gate dan masuk ke dalam laman rumah. Segala rayuan Fai tidak
diterima. Sebaik sahaja mereka berdua sampai di pintu masuk, Serafina muncul secara
mendadak. Hampir-hampir sahaja mereka berlanggar.
“ Hai,
Sef.. cantik sekarang ni.” tegur Fai.
Serafina senyum, kemudian pandangan matanya
beralih pada abangnya Zarif. Serta merta Zarif terasa dipandang hina bila Serafina memandangnya sambil geleng-geleng kepala dan membuat bunyi citcitcitcit… Amboi,
ni mesti uminya citer benda yang teruk pasal dirinya, terutama hal salah faham
semalam. Oh tidak! Imej perfect brother yang disemainya sejak kecil pada Serafina seperti
dilumat-lumat dalam satu hari. Serafina!!!!my little sister.. no!!
“ Umi
memang tengah tunggu abang..” kata Serafina.
Dia menyarung sneaker Nike. Dia
pandang Zarif dan sekali lagi membuat muka, pandang atas bawah Zarif, geleng
kepala dan bunyi citcitcit tu.. Serafina beredar untuk bertemu Ary, mereka berjanji untuk menonton cerita kegemaranya hari ini- The PURGE
Fai
memegang bahu Zarif yang kaku, seperti rohnya baru sahaja terbang keluar. Fai,
tahu betapa tersentapnya Zarif bila diperlakukan begitu terutama oleh adik
kesayangan intan payung emas berliannya yang kini sudah salah faham.
“ Tabah,
boss, tabah..” Fai memberi kata-kata semangat.
Dengan lemah, Zarif masuk ke
rumah, diikuti oleh Fai. Mereka menuju ke ruang tamu dan seperti yang Sef katakan, Puan Salimah sedang menanti mereka.
“
Assalamualaikum Umi..” Zarif bersalaman dengan ibunya. Begitu juga Fai.
“ Em..
sebenarnya, Zarif nak beritahu pasal hal semalam tu.. Specially yang message
umi tu..”
Zarif tidak sempat habiskan kata-katanya bila perempuan semalam yang
menjadi punca semua salah faham ini, muncul sambil membawa dulang berisi 3
cawan dan seteko air panas. Dari baunya cam air panas favourite ibunya, teh
campur lemon. Umi sudah ambil perempuan ni jadi orang gaji ke?
Perempuan
itu meletakkan cawan dan teko dengan penuh sopan. Siap dituangnya, dengan gaya
sangat cermat. Rambut potongan layer yang dibiarkan lepas, berbau wangi syampu
lavender dan mengoda deria bau Zarif.
“
Minumlah…” katanya lembut sambil menghulurkan cawan pada Zarif.
Bibirnya
menguntum senyum yang manis, dan pipinya kelihatan kemerahan di balik kulitnya
yang putih licin. Zarif terkedu. Macam tak percaya yang inilah perempuan semalam tu, tapi hari ini apasal macam perempuan melayu
terakhir ni?
Fai menyiku
Zarif sambil sengih panjang. Zarif tahu dari pandangan dan
sengihan yang panjang melebar-lebar tu, Fai nak cakap yang perempuan ni cantik,
ayu, fufuuyooo…. Tapi seriously, Zarif masih tak nak percaya, what’s is
happening here..
Perempuan itu duduk di sisi Puan salimah, dan uminya senyum lebih lebar dari fai. Siap dipegangnya tangan perempuan tu, diusap-usap mesra macam yang selalu dibuatnya bila Sefarina duduk di sisinya.
Perempuan itu duduk di sisi Puan salimah, dan uminya senyum lebih lebar dari fai. Siap dipegangnya tangan perempuan tu, diusap-usap mesra macam yang selalu dibuatnya bila Sefarina duduk di sisinya.
“ Umi dah
tahu. Dia dah beritahu semuanya salah faham je..”
Fuuhhh…
Zarif rasa lega, seolah-olah segala beban di hati telah dicampak keluar. Badan terasa
ringan, otak terasa tenang.. Segalanya perfect dan kembali seperti biasa.
Takpayah pening-pening dia nak jelaskan segalanya. Ok gak perempuan ni.
“ Maafkan
umi sebab sangkakan yang buruk-buruk pada Zarif.”
Zarif
mengangguk-angguk. Dia tak pernah salahkan ibunya pun. Semua ini cuma satu
salah faham. Maaf diterima hehe..
“ Dan umi
tak bangkang apa-apa. Umi setuju sangat-sangat dengan pilihan Zarif ni.”
Puan Salimah memandang perempuan itu yang tertunduk malu.
Puan Salimah memandang perempuan itu yang tertunduk malu.
“ Dia
baik, cantik pula tu.Tapi yang penting, kamu berdua saling mencintai. Umi tak
sabar nak tunggu wedding kamu berdua tak lama lagi.”
Zarif
terkedu. what??
~~~
“ Awak ni
kenapa yer?”
Tanya Zarif sebaik sahaja mereka berdua sampai ke beranda rumah,
jauh dan tersembunyi dari Puan Salimah dan Fai yang sedang berborak-borak di
ruang tamu.
“ Apa
maksud awak?”
Perempuan itu mengelip-ngelip matanya, buat-buat
muka innocent tidak faham.
“ Maksud
saya, bila masa kita bercinta? And kahwin?! Bila.. bila.. bila masa?!! Awak??
.. saya? !! ”
Gagap-gagap Zarif bercakap.Otak dia tidak dapat proses apa
yang sedang berlaku disebabkan rasa terkejut dengan berita ini, dan situasi ini.
“ Sekarang!
Kita bercinta sekarang dan kahwin lepas tu.”
Amboi,
Senang jer cara perempuan itu bercakap. Sekali lagi dengan perangai selambardan confidentnya.. Yep, memang Zarif tak salah lagi. Ni perempuan
yang semalam, so hari ni depan –depan semua orang, dia berpura-pura lah.
Tapi kenapa?
“ Awak ni
berhalusinasi yer?”
Zarif pegang kedua bahu perempuan itu, direnung dalam-dalam ke anak matanya.
"Saya dan awak tidak pernah bercinta. Kita baru je jumpa semalam. Awak pengsan, saya tolong awak. Kita tak akan dan tidak pernah merancang untuk berkahwin. Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. Awak ingat tak awak dari hospital mana? “ jelas Zarif seperti seorang doctor sakit jiwa dengan pesakitnya. Perempuan itu menepis tangan Zarif. wajahnya yang manis tadi berubah serta merta.
Zarif pegang kedua bahu perempuan itu, direnung dalam-dalam ke anak matanya.
"Saya dan awak tidak pernah bercinta. Kita baru je jumpa semalam. Awak pengsan, saya tolong awak. Kita tak akan dan tidak pernah merancang untuk berkahwin. Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. Awak ingat tak awak dari hospital mana? “ jelas Zarif seperti seorang doctor sakit jiwa dengan pesakitnya. Perempuan itu menepis tangan Zarif. wajahnya yang manis tadi berubah serta merta.
“ Awak
dengar ni. Saya tau yang umi awak suruh awak kawin dalam masa terdekat and
within 2 weeks kena bawa bakal isteri jika tidak kafe kesayangan awak tu umi
awak take over.. Seriously, tengok jer sya dah tau, awak langsung takde
calon. So, wallah.. here I am. A perfect lovely and likeable future daughter in
law. “
Zarif
memandang perempuan ini. Seriously? Camne dia boleh tahu semua ini. And, wait,
Zarif baru perasan yang perempuan ini memakai baju kurung Sefarina yang dibelinya
seminggu lepas. Cantik juga, susuk badannya. Zarif alihkan pandangannya.
“ Awak
serius ke nak kahwin hidup semati dengan saya? Tapi kita kena kenal-kenal
dulu..”
Zarif mengaru-garu hidung yang tidak gatal, try cover rasa malu.
“ Hey!
Jangan nak over yer. Euww… bukanlah! Just for 3 month.”
Zarif
memandang tidak mengerti.
“ 3 bulan. Kita pretend sebagai pasangan kekasih, pretend to marry. Umi
awak pun suka, syarat dipenuhi dan kafe awak selamat. “
“ Lepas
tu?..”
“ Kita break up..I’ll do the break up,saya cheated. awak jadi mangsa keadaan ,innocent dan umi awak pun takkan marah awak,malah dia pastikan akan rasa kesian kat awak. Buat seketika 1-2 tahun, umi takkan paksa awak kahwin, kafe awak pun takkan dijadikan bahan peras ugut. Nothing to lose.”
Zarif
mula tertarik dengan tawaran itu. Dia memandang perempuan yang mempunyai idea
licik ini. Tak sangka dalam satu malam dia mendapat kepercayaan familinya,
malah dapat tahu rahsia nya dan merancang plan ni. Perempuan ini bukan
sebarangan.
“ What’s
the catch? Apa yang awak nak dari semua ini?” Duit?”
“ Bukan”
“ Habis tu?”
“ Sediakan satu tempat tinggal untuk saya , . Saya tak kisah jika ia rumah atau bilik.. apa-apa sahaja, hanya untuk sementara..saya akan blah dalam masa 3 bulan ni, mungkin lebih awal. ”
“ Kalau
awak tak berminat, fine. Saya akan beritahu perkara sebenar pada family awak.
And awak boleh say byebye to your kafe. “
Zarif masih ragu-ragu. Melihat tiada lagi jawapan dari Zarif, perempuan itu bergerak untuk beredar.
Zarif masih ragu-ragu. Melihat tiada lagi jawapan dari Zarif, perempuan itu bergerak untuk beredar.
“Ok!! “
Perempuan itu senyum.
Perempuan itu senyum.
“ Ok,
deal.”
Perempuan itu menghulur tangan untuk berjabat. Huluran tangan disambut.
“Deal.
Saya Zarif.”
“ Nama
saya Putri.”