“Bismillahirahman
nirahim… !!”
Semangat Fai hendak menjamu selera. Makanan yang dibawa oleh Putri semuanya sedap-sedap, semalam nasi tomato ayam madu, dua hari lepas lasagna dan spaghetti.. Untung Zarif bakal berbinikan Putri,cantik dan rajin masak.Zarif meninggalkan Fai dan Ary yang sedang menjamu makan tengah hari mereka. Im masih di dapur,dah dua hari Im merajuk.
Zarif tahu Im masih slow-slow menerima kenyataan yang makan tengahari bebudak kafe Adora ini, tidak akan lagi disediakan olehnya. Putri bakal bini Zarif yang akan sediakan. Im merajuk sebab rasa diri tidak diperlukan lagi..Nampaknya, Zarif kena pujuk lah camni.. huhu.. member dia yang nampak cool jer, tapi hati ada bunga-bunga. Ceit..
Di luar kafe Adora, Putri hulurkan tapak tangan, seperti
biasa. Apa yang dia buat ini bukannya percuma. Dia akan minta bayaran untuk
perkhidmatannya menghantar makanan walaupun Zarif tak pernah meminta. Tapi
perempuan licik ini ada sahaja caranya untuk membuatkan Zarif membayarnya.
Hari itu, tiba-tiba perempuan itu muncul di lotengnya, mengemas lotengnya tanpa
dia izinkan, lalu hantar bil cas untuk perkhidmatannya. Boleh dikatakan apa
sahaja yang Putri buat untuknya, ada cas.. uiii.. licik.. licik…
“ 50 ringgit.”
“ Mahalnya… Makan kat luar pun tak mahal gini.”
“ Caj untuk
bahan masak..”
“ Bukan ke semua cost barang mentah dan bahan masak
di taja oleh dapur saya kat apartment tu?”
“ Then, ini cas untuk masak dan kasih saying yang
dimasukkan sekali, 100~.”
Aik, up pulak!
“ Nak bayar ke tak? Kalau taknak saya takkan buat
lagi, then diorang akan cakap yang bakal isteri Zarif sombong dan pemalas.. Umi
ajak saya pergi teman dia shopping wikend ni, mungkinkah saya patut reject dan
tidak mengembirakannya?“
Zarif tidak tahu apa masalah Putri hingga dia mudah
mengeluarkan kata-kata itu, mudah membenci lelaki seperti itu… tapi dia tahu
wajah rungsing di atm tempoh
hari,kemuraman dan kerisauan itu membuatkan dia ingin membantunya, walaupun
dengan apa cara jua.. dia tidak boleh biarkan Putri keseorangan.
Saya tak perlukan pertolongan awak! lelaki macam awak…
Zarif mengeluarkan wang kertas 50 dua keping. Dia
hulurkan pada Putri.
“ Yerlah.. bakal isteri saya seorang yang cantik,
rajin masak dan sayangkan saya. I’m one lucky man. ”
Duit diambil dengan kasar. “Apa-apa jelah!”
Zarif perhatikan Putri yang meninggalkannya dengan
perasaan melenting .. lagi sekali. Tidak pernah dia lihat Putri tidak
marah-marah bila bersama dengannya. Tetapi bila ada orang lain, Putri
seolah-olah menjadi orang lain. Baik, mesra , sopan serta sentiasa tersenyum. Malah lakonan cinta
mereka walaupun hanya lakonan, ia kelihatan real, dan buatkan ramai yang
cemburu. Hanya dia dan Putri tahu kebenarannya. Tiada sesiapapun tahu akan
perjanjian yang dibuat dengan Putri, termasuklah Fai.
Fai pernah persoalkan kenapa tiba-tiba dia hendak berkahwin dengan Putri dan tertanya-tertanya samada Zarif terfikir pasal idea kahwin kontraknya yang gila itu, Zarif nafikan sekeras-kerasnya.
Fai pernah persoalkan kenapa tiba-tiba dia hendak berkahwin dengan Putri dan tertanya-tertanya samada Zarif terfikir pasal idea kahwin kontraknya yang gila itu, Zarif nafikan sekeras-kerasnya.
“ Aku cintakan dia… “
Itu jawapannya.Fai tidak lagi persoalkannya malah terima jawapan Zarif ini dengan baik. Seolah-olah , ia kebenarannya…
“ Aku cintakan dia..”
Dia tidak pernah ucapkan perkataan ini pada
sesiapa,tidak pernah terfikir yang dia akan menyebutnya tetapi sebabkan Putri,
dia mudah untuk mengucapkannya… walaupun
semua ini cuma sebuah lakonan..kah?