Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 27 November 2014

Obsesi Cinta 2




Malam ini aku tidur sambil mendengar pintu rumah diketuk dan tombol pintu dipusing-pusing dari luar, seolah-olah seseorang cuba hendak pecah masuk. Semakin lama semakin kuat, dan aku terus lena.

Aku akan mencintai mu, hingga kau membenciku.. 

Aku terjaga bila mentari pagi mencuri masuk dari tingkap bilik yang ku kunci rapat. Tanpa malas, aku bangun dari katil, mengemas katil dan selimut, ke bilik air, membersihkan badan dan bersiap-siap. Rutin harianku.. Aku tinggal sendirian, dan sedang menyambung pelajaran di kolej swasta dalam bidang teknologi maklumat, jadi rutin harian aku adalah normal, tiada apa-apa yang menarik kecuali..

Aku renung roti bakar, telur cheese, sausage dan air epal yang tersedia di atas meja, di dapur. . Sekuntum bunga dijadikan hiasan di tepi pinggan. Sarapan pagi ku yang bukan aku sediakan.  Aku capai beg galas dan keluar tanpa menyentuhnya.


~~~~~~~~~~~~~~~~

"Gila! Gila! " jeritku sambil mengunci pintu rumah dari dalam. Bukan satu kunci, tetapi 5 kunci dan mangga yang aku gunakan untuk mengunci rumahku. Mengeletar, tubuh ku mengeletar, aku tidak pernah rasa setakut ini... aku intai dari lubang pintu, meninjau di luar. 

" Hey.. hey... kenapa? Kenapa? Kenapa?" suara manja itu nyaring berteriak dari luar. 
" Kenapa? Kenapa awak lari?Kenapa? Kenapa? Hey.. hey..."

Mata itu mengintaiku kembali. 

Lemah lututku saat mendengar suara itu, lalu tubuh ku terjatuh, terduduk, sambil menutup kedua belah telinga serapat-rapatnya. 

" Hey, awak.. tak usah takut.. saya sukakan awak.. suka suka.. suka... Boleh saya tengok wajah awak? hey.. ? saya tahu awak di dalam..."


Tombol pintu dipusing berulang-ulang dari luar. Dia ingin masuk.. pintu ditendang-tendangnya dari luar.

" Hey. hey... awak dah tidur ke? "

Dia mengintai lagi dari lubang pintu. Dia takkan dapat lihatku dari luar. tetapi aku tidak rasa selamat. Pintu diketuk bertubi-tubi.

" Hey, hey...  saya masuk yer? "

Pintu dicungkil dari luar dengan cungkil besi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~


" Woi, melamun ke.." tegur kawanku, Jo.  Aku tersentak, lalu mengalihkan perhatianku pada Jo. 

" Berani kau pandang dia ?" tanya Jo perasan tindakan aku yang dari tadi merenung budak perempuan yang berada 5 tempat duduk dari aku.

Budak perempuan itu jua sedang merenungku.. matanya besar dan bulat. bola mata hitamnya gelap dan pekat, tidak berkedip setiap kali melihatku. Dan di wajahnya.. sentiasa ada sengihan yang lebar, mempamerkan barisan giginya yang putih dan teratur. Seolah-olah dia sedang dalam hipnosis yang lama., tidak pernah mengalihkan matanya dariku... 

" Walaupun dia cantik dan body dia pun seksi.. tapi huisshhh... tak berani aku nak dekat, dia cam tak betul.. . She give me chills man! ."  Jo memeluk tubuh sendiri, bergaya kononnya dia sedang kesejukan. Aku senyum lucu melihat gaya Jo. 

"Yerp.. she also give me chills..scary right?"
" Chills chills pun sampai bila kau nak biarkan dia follow ko camnie??"
" Em..  "

Jo memandang perempuan yang tidak langsung beralih perhatiannya dari member nya ini.

" lagi skali aku repeat, walaupun dia cantik dan body dia seksi... tapi... don't keep her around..she is a stalker.. a crazy one! "

Aku tak tahu nak jawap apa, jadi aku diam.


~~~~~~~~~~~











' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'