Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 27 November 2014

Obsesi Cinta




 " Kau tak takut ke?"

Itu soalan yang acap kali aku dengar dari rakan-rakanku bila melihat aku membiarkan sahaja budak perempuan itu mengekori ku. Mengekori ku ke mana-mana sahaja. Di mana sahaja.

Aku memandang dia yang sedang cuba berselindung di sebalik tiang lampu. Walaupun tubuhnya tidak jelas tetapi bayang-bayangnya memanjang terpamer di jalan raya, Gagal disembunyikan. Bayang itulah yang sentiasa mengekori ku.. di belakangku. Sejak 7 bulan lalu.

Aku abaikan kehadirannya dan terus bermain bola keranjang bersama teman-temanku.  Mereka juga mengabaikannya bila lihat aku tidak kisah. Permainan hari ini rancak seperti biasa, dan seperti biasa budak-budak perempuan yang meminati ku bersorak sakan bila aku menjaringkan gol. Ada yang melarikan mata mereka bila aku memandang mereka, ada yang tertunduk malu bila aku lemparkan senyum pada mereka. Bagiku, reaksi mereka itu sungguh comel bila dapat bersua denganku, budak lelaki yang mereka sukai.. iaitu aku.

" Oklah.. jumpa esok macam biasa." kataku pada teman-temanku sebaik sahaja aku mengemaskan barang-barangku ke dalam beg. Dengan mengalas ia ke bahu, aku beredar dari court bola keranjang. Mereka juga  kembali ke rumah masing-masing. 

Aku memandang bayang budak perempuan itu yang masih kekal di posisinya sejak tadi. Sambil berjalan aku teguk air mineral ditangan, dan  memandang langit yang semakin mengorak senja, Aku lap peluh di dahi dan leher ku dengan towel dan melihat bayang diriku di atas jalan raya. 170 cm, tinggi langsing, sasa dan tegap. Seorang lelaki muda berusia 20 tahun, aku bangga dengan diriku.

Di sisi bayangku, sedang mengekori ku.. bayang-bayang budak perempuan itu. 150 cm, kecil, langsing.. sebayaku..  Aku tidak toleh ke belakang, hanya mendengar tapak kakinya mengikut rentak tapak kakiku. Dan aku biarkannya...

"Aku akan mencintaimu... hingga kau membenciku."








' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'