Di
belakang rumah anak yatim di
situ, Im sedang menyidai cadar-cadar yang baru dibasuhnya tadi di ampaian.
Atas ajakan Esha, sekali lagi dia dibawa ke sini untuk jadi sukarelawan di
sini, Esha dan charity worknya. Esha ni betul-betul dedicated pada rumah anak
yatim ini. Rasanya ini sudah beberapa kali dia menurut permintaan Esha walaupun dia tahu dia sepatutnya tidak melakukannya. Semakin mereka terus mendekati satu sama lain, Esha akan makin terluka.. Tapi dia terus membenarkan kegilaan ini.. Dia betul-betul dah gila.. mementingkan diri sendiri..
Im menghabiskan kerjanya sambil di kelilingi Zaid yang sedang bermain kejar-kejar dengan temannya,
Lisa, seorang budak perempuan sebayanya. Mereka menganggunya tapi walau banyak
mana pun Im memarahi nanti, Zaid yang nakal itu tidak akan mengendahkannya.. Jadi dia mendiamkan diri,
membiarkan mereka. Lagipun dia kekok hendak berborak dengan budak kecik seperti
Zaid dan Lisa ni..Im tiba-tiba berhenti.. Dari balik cadar, tidak jauh, kelihatan Esha sedang duduk di bangku kayu
sambil leka membaca buku. Dia tidak
perasan yang Im sedang memerhatikannya.
Im
perhatikan rambut panjang Esha yang dilepaskan dan berbuai-buai ditiup
angin. Esha suka lepaskan rambutnya bila
sedang membaca novel. Sambil membaca,
mulut Esha akan kumat-kamit mengulang dialog yang dirasanya menarik dan
romantik kemudian tersengih seorang diri.
Kemudian bila cerita itu tidak lagi menarik, Esha akan
mulai menguap, tetapi hanya selepas 5 kali menguap barulah Esha akan
berhenti membaca. Im
tersenyum manis..
“
Cikgu! Cikgu sukakan kak Esha ke?” suara halus itu mengejutkan Im.
Im pandang
Zaid yang rupa-rupanya perasan apa yang dia lakukan tadi.
“
Cikgu beritahulah yang cikgu sukakan kak Esha..Kak Esha mesti suka.. ” sampuk Lisa. Diapun lebih kurang becok seperti Zaid.
“
Cikgu takut yer.....” laju mulut Zaid membuat tuduhan sebelum sempat Im buka mulut.
“
Kenapa cikgu nak takut? Cikgukan dah besar...” tanya Lisa.
“
Mestilah cikgu takut.. kak esha kan garang cam harimau” jawab Zaid suka hati
dia jer....
“
Kak Esha mana ada garang cam harimaulah.. dia cam singa.. Singa lagi garang
dari harimau...”
“
Mana ada... harimau lagi garang...”
“
Singa!”
“
Harimau!”
Im
membiarkan sahaja Zaid dan Lisa berborak sesame sendiri. Budak-budak ni kalau
bercakap berterusan macam mesingan.. Dia dah terbiasa dengan mereka setelah
beberapa kali jadi volunteer di sini.. Semuanya sebab Esha..Dia meneruskan
tugasnya yang tergendela namun baru beberapa minit Zaid mengacau lagi.
“Hari
tu Kak Esha berikan saya hadiah sebab saya tolong orang buta melintas jalan.. Dia
kata, saya boleh gunakan hadiah ni untuk minta apa sahaja dari dia. " Zaid membuka cerita. "Mula-mula
saya nak guna untuk suruh Kak Esha bawa pergi Legoland.. tapi... “
Zaid menyeluk kocek seluarnya.
“
Saya nak bagi cikgu.. Cikgu boleh pakai
dan minta Kak Esha sukakan cikgu kannn...?.”
Zaid menghulurkan satu kupon buatan sendiri
dari kertas manila warna merah yang tertulis, PASS HERO.
“ Kupon ni namanya PASS HERO,
sebab hanya hero boleh menunaikan semua perkara.. ”
~~~
Esha
terjaga. Boleh pula dia tertidur di bangku ini. Cuaca yang mendung dengan angin
yang bertiup betul-betul buatkan dia
rasa mengantuk. Esha capai buku yang
terjatuh dari ribanya, kemudian baharulah menyedari yabng Im yang sedang berdiri di depannya, sejak tadi.
“
Dah habis dah?” tanya Esha sambil lihat cadar-cadar yang sudah siap bersidai.
Kelibat Zaid dan Lisa sudah
tiada, mungkin sudah kembali ke dalam rumah.
Esha pandang pada Im yang membisu.
“
Kenapa?” tanya Esha bila lihat raut wajah Im yang berkerut, merenungnya.
“
Apa yang tak kena pada saya?”
Esha belek diri sendiri kalau-kalau ada sesuatu
pada dirinya. Air liur basi ke? Pantas Esha lap mulut dan tiba-tiba Im terus
memeluk Esha. Membenamkan dagunya ke bahu Esha dengan dahi yang masih berkerut
dan renungan yang semakin kosong..
“
Ke.. kenapa?” Esha terpinga-pinga.
Im
mengeratkan lagi pelukannya dan perbuatannya buatkan Esha berdebar-debar amat gembira...Hampir
terlupa.. hampir hanyut.. tetapi...
“ Jadi awak patut tahu apa yang saya lakukan dengan awak adalah untuk kepentingan diri sendiri. It's just a tantrum , an angry feeling,of being neglect.
Esha
tersentak. Kebenaran itu yang hampir dia terlupa...
“ Sesuatu terjadi ke antara awak dan
Faza?”tanya Esha menahan rasa kecewanya.
Pelukan Im terasa sedikit lerai...
“Tidak..,
sesuatu cuma terjadi...”