“
Nah!” Im menghulurkan satu manila yang
dipotong kecil menjadi kupon empat segi, ditulis dengan marker pen hitam - PASS HERO.
“
Apa ni?”
“
Hadiah..”
Budak
perempuan itu mengambilnya dengan kening terangkat tinggi, was-was.
“ Hadiah apa?” tanyanya sambil membelek-belek
kupon ditangan.
“
Sebab awak selamatkan saya, saya bagi awak kupon ajaib ni..Ehem.. ehem...
Dengan kupon ni, awak boleh dapat apa sahaja dari saya... saya akan
tunaikan semua permintaan awak...tapi
kupon ini boleh digunakan sekali sahaja tau... “ jelas Im.
“
Sekali sahaja?”
“
Em! Sekali sahaja tau... jadi awak kena fikir betul-betul apa yang awak nak
minta nanti...”
~~~~~
Esha
merenung kupon lama di tangannya. PASS HERO... tulisan itu pun semakin pudar,
tetapi memori itu tidak pernah .Esha menyimpan kembali kupon itu ke dalam kotak
di dalam laci mejanya. Setiap hari dia
melakukan perkara yang sama..
Dia
tidak sangka Im adalah budak lelaki
itu... Dia adalah cinta pertama Im dan Im juga cinta pertamanya.. Dia tidak tahu bagaimana Im boleh menganggap
Faza adalah budak perempuan itu, Tetapi dia juga tidak dapat memberitahu perkara
yang sebenarnya pada Im. Setelah melihat bagaimana Im sanggup melakukan apa
sahaja dan terus menerus mencintai Faza
walaupun dilayan begitu sekali... Esha tidak pasti samada Im mencintai Faza
disebabkan dia menganggap Faza tu cinta pertamanya.. atau mungkin sememangnya
Im benar-benar mencintai diri Faza itu sendiri.
Esha
meletakkan kepala di atas meja. Dia takut untuk mengetahui pilihan Im
nanti...jadi dia kunci mulutnya, dan membiarkan hatinya terus terluka..
“ Mengapa kita ditemukan dalam
situasi begini?”
Esha memejamkan matanya...
~~
Perlukah dia berpaling ke tempat
lain? Cinta bukan mudah beralih arah!
Kesilapan?
Dia cintakan Faza....
Atau dia cintakan cinta
pertamanya?
Im keliru... apa sebenarnya yang
dia rasa? Kebenaran ini buatkan dia rasa segala-gala yang dia tahu tentang
cinta dan cinta yang dimilikinya, hilang...
Dia tidak faham dengan dirinya
sendiri...
Cikgu!Cikgu sukakan kak Esha ke?
Sebelum ini, dia tidak perasan
tentang itu.
Awak sangat menarik....
I'm happy, you know...
"Kau ambil berat padanya? Ini pertama kali bukan?
Kini dia mengetahui Esha
adalah budak perempuan yang selama ini dia cintai,, Esha adalah cinta pertamanya...
perasaan ini semakin jelas...Ia seolah-olah memberitahu padanya.. tentang
butanya dia tentang cinta...
Tetapi..
dia masih bingung...
Ia tidak adil bagi Esha...
Faza... dan
Tidak adil baginya..
Adakah dia mencintai Esha?
Sedangkan selama ini dia betul-betul
mencintai Faza?
Atau adakah cinta pertamanya hanya satu
perasaan anak kecil yang sebenarnya tidak wujud?
“ Mengapa kita ditemukan dalam situasi
begini?” bisik Im.
Im mendail no telefon Faza.Ia berdering 5 kali kemudian, terputus. Dan bila Im mendail lagi sekali, ia masuk voicemail . Im perhatikan dari jauh, Faza yang sengaja mematikan telefon bimbitnya, lalu masuk ke dalam kereta seorang pengarah lelaki yang Faza digosipkan bersama, sejak beberapa minggu ini. Im getap bibir dan beredar... sesuatu mengganggu fikirannya... dirinya yang tidak kena..