Akhirnya
Zarif terjebak dengan idea Fai. Sekarang ini, mereka bertiga secara
senyap-senyap mengekori Im dan untuk menjalankan misi ini, Zarif tutup Kafe
Adora half day hari ini.
“
Sampai bila kita nak ekori dia ni?” tanya Ary.
Mereka bertiga sedang bersembunyi
di balik dinding lorong ini, sambil mengintai setiap gerakan Im. Ikutkan ini
adalah laluan ke rumah Im, Im nampaknya tidak berniat hendak singgah ke
mana-mana.
“
Kalau hari ni kita tak dapat apa-apa, kita akan teruskan sampai dapat
sesuatu!” kata Fai penuh semangat.
“
Takkan nak half day hari-hari???!!....”
Zarif tidak bersetuju..
“
Shhhh...” serentak Ary dan Fai menyuruh Zarif diam. Suara Zarif kuat sangat, mereka khuatir Im akan perasan kehadiran mereka.
“ Ok jom!” ajak Fai bila Im dilihat melencong
ke arah lain. Tetapi sedang mereka asyik
mengekori Im, tidak disangka-sangka mereka terserempak dengan Serafina, Putri dan umi Zarif-Puan Salimah.
“
Abang!” panggil Serafina .
“ Kenapa kamu bertiga berada di sini? Hari ni
tak kerja ke?” tanya Puan Salimah.
“
Hari ni Zarif buka half day je Kafe Adora. Umi nak pergi mana dengan adik dan
Putri?”
“
Pergi butik pengantin uruskan tentang majlis kamu lah.. Nak dekat dah ni.. “
Zarif
sengih cam kera sumbang.. lupa pula, pagi tadi Putri ada beritahu yang dia nak
pergi butik.
“
Awak free lah sekarang kan? Mari teman saya?” ajak Putri.
Zarif
pandang Fai yang berkerut-kerut dahinya cuba memberi isyarat agar Zarif
menolak...Tapi zarif rasa serba-salah pula nak tolak permintaan Putri. Dia tidak pernah mengecewakan Putri dan Fai
tahu tentang itu. Zarif ni lembut hati betul dengan Putri!
“
Ah! Kalau camtu, adik nak ajak Ary jugalah!” Sefarina menarik tangan Ary.
“
Ha, saya juga?’ Ary terkejut.
“
Yelah... kita boleh cari idea untuk majlis kita pula nanti kan?”
“
Majlis kita?’
‘
Mestilah..habis jer saya study, kita kahwin..Lagi 3 tahun.. Itu idea saya, ok?..”
“
Ooo..”
“
Napa? Awak tak nak kahwin dengan saya ke? Jangan main-main..”
“
Tak ! bukan begitu! “
“
Habis tu?”
Ary
memegang bahu Sefarina, menatap wajah Sefarina, merenung anak mata itu...
“
Awak tahukan saya mencintai awak..” kata Ary serius, risau Sefarina anggap yang dia berpura-pura mencintainya.
Sefarina ketawa . Dia hanya bergurau dan mengusik Ary. Dia percayakan cinta Ary dan cinta mereka., itu tak boleh dipertikaikan lagi. Tetapi reaksi Ary yang comel gelabah ini buatkan Sefarina semakin jatuh cinta dengannya.
“
Ok, jom..” Sefarina memimpin tangan Ary dan mereka berdua berjalan dulu ke
butik, meninggalkan yang lain-lain. Fai yang melihat, mencebik .. cis.. tumbang
satu soldier..
“
ha, apa yang kau tercegat lagi tu.. “ bebel Umi.
“
Mari Zarif..” Putri mengajak Zarif.
"Maaf yer Fai, putri pinjam Zarif
boleh ke?” tanya Putri pada Fai yang
akhirnya akur menerima situasi ini. Nampaknya hanya dia seorang sahaja yang
belum kecundang.
Setelah
mereka semua pergi meninggalkannya, dia kembali mengekori Im yang sudahpun
semakin jauh jarak antara mereka.Tetapi itu bukan masalah besar, dia sudah biasa
dengan lorong-lorong shortcut di sini,berkat dari selalu melarikan diri dari lelaki
berpakaian serba hitam selama ini.. hohoho...sekejap sahaja dia akan dapat catch
up dengan Im.
Tit..
tit.. tit... Telefon
bimbitnya berbunyi..satu message masuk..
“
I miss you.. can we meet ? I..love you... ”
Message
dari Dana dibacanya dengan senyum yang melebar. Dia memandang Im yang semakin
jauh.. hmmm... nampaknya hari lain je lah. No telefon Dana, didail..
“ Hi my love...” katanya sambil berpusing dan melangkah ke arah bertentangan
dari Im.
~~~~
Im
sampai ke apartmentnya. Dia lega bila tiga sahabatnya itu akhirnya meninggalkan
dia. Sejak di Kafe Adora tadi,
dia sudah perasan ada yang tak kena dengan mereka, macam ada sesuatu yang
dibincang dan dirahsiakan dari diri nya. Bila Zarif tiba-tiba kata nak tutup
kafe awal, dia terus rasa tak tenang, tak sedap hati.. . tuptuptup.. dirinya
diekori tanpa sebab sebab... Ni mesti Fai punya idea ni.. apa agaknya yang mereka plan?
Tombol
pintu dipusing dan Im rasa pelik bila pintunya tidak berkunci. Sebaik sahaja pintu
diselak, seorang perempuan cantik berjeans pendek dan seksi memakai baju tiub lace hitam, berlari
dan melompat memeluk Im.