Kafe
Adora hari ini sunyi, tidak sesibuk biasa, hanya terdapat beberapa orang
customer. Keadaan lenggang ini membolehkan pekerja-pekerja Kafe Adora berehat
sambil menonton television plasma yang terpasang. Paparan rancangan Melodi di
kaca televisyen menarik perhatian mereka.
“
Artis ni lagi.. asyik –asyik gossip die.. kali ini dengan artis lelaki mana
pula ..” kata Zarif yang berdiri dengan kedua belah tangan diseluk bawah
ketiak.
Ary yang di sebelahnya hanya mengangguk
setuju walaupun sebenarnya dia tidak tahu dan tidak mengikuti
perkembangan artis itu.
“
Oo Faza ni.. Aku minat dia ni, cantik! Suara dia sedap.. dia berlakon pun
best..Baru-baru ni dapat award artis paling popular .. ” puji Fai. Dia membaca
tajuk tertulis di televisyen , di bawah imej Faza yang sedang disoal jawab oleh
pengacara – Tajuknya ; FAZA BERCINTA DENGAN PENERBIT FILEM.
“
Hari tu bukan dia bercinta dengan penyanyi
Rez ke? Kan ada gambar diorang berpelukan hari tu?”
“
Aah.. sebelum tu dengan model antarabangsa, Maxx ..” sahut Fai.
Mereka bertiga diam dan fokus mendengar
soalan-soalan panas pengacara pada Faza., namun tidak lagi berminat sebaik wawancara itu tamat dan digantikan
dengan pengacara mewawancara seorang
artis baru –Esha
“
Im tu tak kosongkan pigeon hole die lagi ke?” kata Zarif saat menyedari yang
pigeon hole / peti surat Im penuh dengan surat
dan kotak hadiah sampai hampir-hampir terkeluar dari kotaknya.
Pigeon Hole /
peti surat khas itu diwujudkan oleh Zarif bila peti surat utama Kafe Adora
selalu dipenuhi surat-surat cinta , anak patung, keychain dan hadiah dan
benda-benda tidak berkenaan, yang diberikan oleh customer, secret admire,
peminat, stalker kepada pekerja-pekerja Kafe Adora.
“
Em.. rasanya sejak birthday dia hari tu.. ni ada kad hari jadi!”
Fai
membelek kad-kad di dalam pigeon hole Im. Kemudian dia mengosongkan pula pigeon hole nya yang berada di sebelah pigeon hole Im. Setiap seorang dari mereka mempunyai
pigeon hole masing-masing dan adalah normal pigeon hole mereka sentiasa
dipenuhi dengan surat dan hadiah dari peminat mereka.
“
Nampak sangat Im tu tak peduli tentang konsep Kafe Adora dan hubungan customer
dengan pekerja... PA penting okey! Apa yang syok sangat terperuk kat dapur
tu. Ary nanti ingatkan Im untuk ambil surat dan hadiah kat dalam pigeon hole
dia.. “
“
Banyak kali cakap dah boss, Im takkan peduli pun.. Dia tidak berminat nak layan
customer-customer yang sukakan dia.... Dia tu sukakan pastry sahaja,.. “ bebel
Fai sambil duduk di kaunter display untuk membaca kad-kad yang diterimanya.
“
Ingat tak dulu kita cuba tenetkan dia dengan seorang customer perempuan yang
dah 2 tahun lebih menyukainya.. dia marah-marah dan cakap yang dia tidak
berminat dan pesan jangan kenalkan dia dengan mana-mana perempuan lagi. ” sambung Fai membuka cerita.
Zarif mengangguk tapi tidak faham apa yang Fai cuba
sampaikan.
“
Apa yang kau cuba sampaikan ni?”
Fai
sengih, dia menarik Ary dan Zarif rapat membentuk bulatan seperti satu kumpulan rugby sebelum masuk padang.
“
Mungkin tak Im ada gf tanpa pengetahuan kita, sebab itu dia marah bila kita
kenalkan dia dengan perempuan.”
“
Emm.. mungkin itu atau mungkin dia tak berminat dengan perempuan?” Ary membuat
andaian.
“
Boleh jadi juga sebab tak pernah nampak dia berborak, hang out,atau punya kawan
perempuan..” sokong Fai.
" Okey, tapi boss dulu pun camtu.. skali tengok-tengok dah nak kahwin ngan Putri.."
“
Ok.. ok.. apa sebenarnya yang kau nak cakap ni Fai, Im?”
“
Jom siasat pasal Im nak? “ cadang Fai sambil tersengih.
“Kau
ni Fai.. berapa kali aku nak cakap...setiap orang ada secret masing-masing.."
Bulatan mereka bersurai bila Im tiba-tiba muncul dan menghampiri mereka
bertiga.
“
Apa yang korang buat ni?” tanya Im sambil membetulkan cermin matanya yang lurut
nak terjatuh.
“
Takde apa-apa... Im, tengok artis ni cantik kan? “ kata Fai sambil menunjuk
iklan lux oleh Faza di kaca televisyen yang tiba-tiba tertayang.
“
emm...” Im hanya melihat sekilas lalu , langsung tidak berminat, walaupun tubuh
seksi Faza yang ditutupi buih sabun mampu menggiurkan setiap pandangan seorang lelaki.
“
Ni buku account, aku dah check perbelanjaan bulan ni.“ Im menyerahkan buku
account pada Zarif. Kemudian semasa dia hendak kembali ke dapur, Im tiba-tiba terhenti sejenak untuk menonton
satu iklan model lelaki yang kacak, yang tiba-tiba muncul di kaca
televisyen.
“
See...I told you.. ” kata Fai pada Zarif sebaik sahaja Im masuk ke dapur.
Baca Dari awal -Koleksi Adora Cafe :