“
Esha, lewat dah ni!” marah Shasha, PA
Esha merangkap kawan rapatnya.
Masa persembahan lagi 30 minit , dan Esha masih
belum bersiap. Shasha cepat-cepat membawa
Esha duduk ke meja solek, kemudian kelam-kabut make up artis Esha- Kak Safa menjalankan
tugas.
“
Mana kau pergi tadi Esha?”
Esha
teringatkan apa yang berlaku sebentar tadi. Apa yang dia lihat tadi menganggu
fikirannya, pasangan itu dan perbuatan mereka.. Dia kenal artis itu, siapa yang
tak kenal., Faza.. tetapi siapa lelaki itu? Persis tubuh dan wajahnya seakan model. Siapa yer?
“
Somewhere...”
“
Jangan cakap besok akan keluar berita lagi tentang kau??Apa pula kali ini? ”
Shasha membuat andaian sambil berfikir apa lagi headlines yang belum keluar
lagi di majalah.
Hari
itu Esha dikatakan sombong kerana tersebar gambar dia kelihatan berpaling muka
seolah-olah tidak suka berada di majlis perasmian produk minuman yang mana
Esha dilantik sebagai dutanya. Hakikatnya saat gambar itu diambil, Esha cuma berpaling sekejap
melepaskan letihnya kerana malam itu, dia baru balik dari Los Angeles untuk projek album inggerisnya. Kebenarannya, sepanjang majlis, Esha sentiasa tersenyum dan mesra
pada semua walaupun letih.
Selepas isu itu selesai, keluar pula berita yang mengatakan Esha seorang gadis
sosial dan seksi hanya disebabkan tersebar gambar dia keluar berpakaian
terdedah di belakang sampai ke pinggang, walhal hakikatnya gambar itu diambil
ketika Esha kelam kabut nak kembali ke dalam kereta kerana baju yang dipakainya
rosak zip belakang. Isu itu juga selesai selepas kebenaran tentangnya diketahui.
Haishh... Shasha benci bila hanya satu gambar candid, seribu satu cerita mampu direka
wartawan.Dan
paling dia stress bila Esha sendiri
tidak peduli sangat tentang imejnya. Yang penting bagi Esha adalah bakat nyanyiannya
dihargai dan dia boleh mengubah lagu sebebas-bebasnya. Esha sangat free
dan bebas membuat sesuka hatinya.Disebabkan itu Shasha cuba mengawal dan menjaga imej Esha sebaik boleh . Semua gosip akan ditepis dan semua masalah akan diatasinya. Dia taknak bakat Esha dan kemahuan Esha untuk
berkongsi lagu dengan semua orang tersekat disebabkan gossip gossip tak
berasas.. Al maklumlah dunia seni ini tidak seindah disangka.. ia penuh persaingan,
dengki dan cemburu..
“
Takdelah... Even kalau ada pun, buat apa nak risau, jika berita itu tak
betul...dan.. jika betul pun , buat apa nak risau .. Benda benar tak perlu
disembunyikan.. betul tak?”
Shasha geleng kepala letih dengan perangai
Esha yang relaks jer dalam semua hal. Esha senyum lebar, namun fikirannya
melayang kembali pada Faza dan teman lelakinya di bilik persalinan tadi.
Kebenaran yang dia lihat tadi.
~~~
Esha
keluar dari bilik persalinannya, bersedia untuk menyampaikan lagu barunya yang
sedang hits- Lagu bertajuk CINTA itu
sudah 4 minggu berturut-turut di tangga nombor 1 carta semua stesen radio.
“
Esha! Jap.. jap...” panggil Shasha yang terkejar-kejar mendapatkannya.
Di
tangan Shasha terdapat seutas anting-anting. Esha meraba cuping telinga
kirinya, baru menyedari yang dia hanya memakai sebelah anting-anting.
“ Takpe.. baru style pakai satu anting-anting..”
“
Banyakle kau punya style.. nanti entah apa media dok kutuk kau lesbian pulak ,
pakai satu subang..“bebel Shasha.
Esha ketawa sambil membiarkan Shasha
memakaikan anting-anting pada telinganya.. Shasha ni particular betul, tapi dia
berterima kasih pada Shasha yang banyak menjaga dan membina imejnya hingga dia mampu
berdiri di pentas ini.Ketawa
Esha terhenti saat melihat teman lelaki Faza itu sedang berjalan ke arahnya,
bersendirian tanpa Faza.
Saat ini, Esha terasa berdebar-debar, dia tidak pernah
lihat lelaki sekacaknya.. Tinggi lampai dan tegap, muka bujur sireh dengan
kulitnya yang bersih kuning
langsat. Pakaian dan auranya seperti
model dalam katalog majalah yang tiba-tiba keluar dan catwalk di depannya.Mereka berselisih. Lelaki itu
memandang Esha.
Pandangan mata mereka bertemu seketika dan pantas berkalih.
Esha telan air liur dengan hati yang berdebar-debar.
~~
Di bawah lobi hotel, Esha sedang menunggu
Shasha yang sedang ambil kereta di
parking basement untuk menjemputnya di sini. Mereka tidak menginap di hotel
ini walaupun di offer penganjur, sebabnya Esha berasal dari sini dan dia dah
lama tidak balik ke sini.Kesempatan ini dia ingin
kembali duduk di tempat lamanya dahulu dan berjumpa penjaganya, adik-adiknya
dan cikgu-cikgunya.
“ Hmm.. siapa dia yer?” kata Esha
sendirian bila sekali lagi teringatkan lelaki tadi. Perlukah dia selak majalah lama,
kot-kot nampak gambar lelaki itu ke..Mungkinkah lelaki itu model baru atau
artis baru?
Imej Faza dan lelaki itu bercumbu menganggu fikirannya.Esha geleng-geleng kepala cuba
menghilangkan imej itu dari kepala otaknya. Lelaki itu teman lelaki Faza, dan dia sudah melihat bukti itu...
kebenaran itu... Dia tidak sepatutnya tertarik kepadanya...Jap.. Ter... ter
tarik?? Kenapa pula dia boleh rasa begini pada lelaki yang baru pertama kali
dia jumpa eh terserempak.. lepas tu teman lelaki orang lak tu! Haish.. mungkin
dia terlalu letih dan stress dengan aktiviti-aktiviti nyanyiannya sampai dia
boleh rasa camni tak betul.
Sebuah Mercedes hitam berhenti di
depan lobi. Dari bayangnya, Esha lihat pemandu dan penumpang perempuan itu
sedang bercumbuan tanpa segan silu. Almaklumlah, hari sudah lewat malam, tiada
sesiapa di sini kecuali dirinya yang berada di satu penjuru yang agak
terlindung. Mungkin sebab itu pasangan itu tidak perasan dan begitu selesa melakukan perbuatan mereka itu.
Esha cuba untuk tidak ambil kisah, dalam bidang
seninya ini, dia sudah terlalu biasa melihat perkara ini dikalangan artis dan
mereka yang terlibat dalam entertainment ini.Penumpang perempuan itu keluar
dari kereta dan berjalan ke arah pintu pemandu. Cermin di turunkan. Esha kenal
lelaki itu.. seorang komposer lagu yang terkenal.
Pasangan itu berbual dengan
mesra, dan Esha lihat perempuan itu
dengan gediknya mengesat kesat gincu di bibir komposer itu. Kemudian bila
perbualan mereka berakhir, kereta itu berlalu dan wanita itu masuk ke dalam
hotel,tidak ambil kisah akan kehadiran Esha walaupun dia berselisih dengan
Esha.. Tetapi Esha cam siapa wanita
itu...FAZA.
Memori Esha melayang kembali pada Faza dan teman lelakinya di bilik persalinan siang tadi. Tertanya-tanya dan keliru dengan apa yang dia lihat.. Kebenarannya.