Im turun dari treadmill setelah
tamat lariannya. Inilah rutin setiap malam sebelum dia mandi dan masuk tidur.
Dari sini, dia dapat lihat kolam renang yang airnya kelihatan bersinar-sinar
kebiruan dibawah cahaya lampu. Televisyen yang terpasang sedang
menyiarkan iklan model kacak yang dilihatnya di Kafe Adora semalam.
“ Huh.. lelaki ini lagi..” rungut
Im sambil mengelap peluhnya.
Walaupun dia tidak menyukainya, tetapi Im terus menontonnya
dan memerhatikan model kacak yang pernah digosipkan dengan Faza itu. Bukan model
ini sahaja, ada ramai lagi, artis, pelakon, penyanyi, komposer, penerbit, hampir
semua yang dilihatnya di kaca televisyen pernah berhubungan dengan Faza. Disebabkan itu, Im tidak suka
menonton televisyen. Dia lebih selesa terperuk di kitchen membuat pastry dari mengetahui hal-hal luar terutama tentang dunia entertainment dan Faza yang menyakitkan
hatinya. Baginya, dia taknak tahu langsung
tentang semua ini.
Kepercayaan adalah titik penting dalam sebuah
percintaan, itu yang Im pegang. Dia
tidak mahu hubungannya dengan Faza tergugat disebabkan rasa cemburu.
“ It just work you know.. just work..”
Dahulu, Faza bukan begini.
“ Only with you I become so naughty"
Personalitinya juga bukan
begitu.
Perubahan Faza itu berlaku sebaik sahaja
popularitinya menjulang tinggi, bila satu demi satu anugerah dibolotnya dan job tidak
putus-putus . Faza semakin sibuk dan semakin jauh darinya tetapi Im tidak
mahu ambil tahu. Dia sentiasa percayakan Faza dan cinta mereka yang tersulam
sejak dahulu, jadi walau apapun.,dia sentiasa
mencintai Faza, mempercayainya.. itu sudah cukup...itu sudah cinta. Im masuk ke bilik mandi.
~~
Faza tanpa segan silu bergurau senda
dengan seorang ahli kumpulan ZeX-t , Cuit sana sini, cubit sana sini, sentuh
sana sini..kemesraan mereka itu sedikit melampau. Sekali tengok mereka ibarat
pasangan yang sedang hangat bercinta.
Dan perbuatannya itu Im terlihat sebaik
sahaja dia dan teman barunya ini, berpelukan dan keluar dari bilik persalinan.
Faza tidak sangka yang Im berada di luar biliknya walaupun memang Faza yang mengajak Im
untuk datang ke sini, tetapi Im sampai awal dari
dijangkanya.
“ Err..You pergi dulu, nanti I follow..”
kata Faza.
“ Im.. Apa yang you lihat tu it’s
nothing. .We just.. friend..I just.. ”
Faza cepat-cepat menjelaskan keadaan sebaik sahaja mereka ditinggalkan
berduaan.
“ Don’t...I don’t wanna know
that...” potong Im.
Im mendekati Faza, menyerahkan sebungkus kotak kek pada
Faza. Di dalamnya terdapat cupcakes kegemaran Faza, sengaja dibawanya untuk
surprise kan Faza. Im senyum.
“ Wow, my favourite! Thank you baby..!’
“ Anything dear..”
“ I love you! You know I love you
right... “ Faza masih khuatir Im mencurigainya.
“ I love you more..” balas Im.
Mereka berdua bergurau manja
sekejap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku tadi. Faza meminta diri bila dirinya dipanggil oleh temannya tadi. Hari
ini dia ada shooting majalah dan temuramah bersama dengan kumpulan ZeX-t.
Im perhatikan Faza yang kelihatan
gembira dengan ahli kumpulan ZeX-t itu. Mereka berbisik dan lelaki itu
tiba-tiba mencium pipi Faza . Faza pula tidak menolak sebaliknya hanya
ketawa nakal. Mereka masuk ke dalam set dan Im beredar.
Tetapi langkah Im terhenti
bila di sebelah kirinya, di sebalik
dinding yang terselindung, dia melihat seorang perempuan sedang kaku ,tergamam, seolah-olah melihat dan mendengar sesuatu yang mengejutkan. Mata
mereka bertaut lama dan bila Im ingin mendekati, perempuan itu tiba-tiba
berganjak ke belakang lalu berlari pergi.
~~~~~~
Esha berlari masuk ke dalam bilik
persalinannya yang ada Shasha dan make up artisnya. Pintu dikuncinya dari dalam.
“ Kenapa kau ni?”
Esha ingin bercakap,ingin jelaskan tetapi
nafasnya masih tercungap-cungap. Dia melihat dan mendengar sesuatu yang tidak
disangkanya. Betul lah lelaki itu teman lelaki Faza, namanya Im dan dia dengar
dengan jelas sekali perbualan mereka dan words I love you tu.. .
Tetapi..Apa
hubungan Faza dengan komposer malam tadi? Juga tadi.. kemesraan yang Faza dan ahli kumpulan ZeX-t itu kelihatan lebih dari kawan biasa dan Im
melihatnya tanpa rasa marah?Bukankah Faza kekasihnya? Atau adakah sebenarnya
Faza tu memang begitu dengan semua lelaki? Apa sebenarnya ni?!! What's wrong with
them all?
Tapi yang paling pelik what's
wrong with herself? Dari tadi perkara yang tidak dapat dilupakannya adalah
renungan dan jernih mata Im yang memandang padanya!!!
Dia betul-betul dah senget..